Kebanyakan orang yang mempunyai masalah jerawat pasti rasa runsing untuk mencari produk yang bersesuaian dengan kulit wajah berjerawat ini. Jerawat seringkali terjadi akibat perubahan hormon, stres, penyalahgunaan produk solekan, pemakanan, terdedah kepada sinaran UV dan pakaian. Nah, gunakan produk yang betul dengan melakukan langkah penjagaan tepat bagi menghapuskan kesan parut dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Salah satunya adalah mencuci muka dengan bersih.

Teliti dahulu isi kandungan produk pencuci muka untuk jenis kulit berjerawat seperti bahan yang mampu membersih dan menghilangkan kotoran punca jerawat, mengunci hidrasi dari dalam dan mengurangkan kadar iritasi pada kulit wajah serta kerengsangan. Jom ikuti senarai pilihan produk pencuci muka terbaik untuk anda yang mengalami masalah kulit berjerawat.

Produk Berkesan, Sesuai Untuk Bakal Pengantin Yang Alami Masalah Kulit Berjerawat

 

COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser (150ml)

Membanteras jerawat pasir degil dengan asid Salicylic

Jerawat pasir kebiasaanya sering membiak pada permukaan dahi. Ini terjadi kerana kelenjar dibawah permukaan kulit tersumbat disebabkan oleh faktor perubahan hormon, tekanan, ataupun kebersihan muka yang tidak dijaga. Hilangkan masalah jerawat pasir ini dengan produk yang dapat menghalang lebihan minyak agar kulit anda tidak akan menyebabkan liang pori dan kelenjar tersumbat.

Diformulasi dengan khasiat asid Salicylic yang membantu mengurangkan jerawat bagi memulihkan kembali keadaan kulit. Ia berfungsi secara perlahan-lahan untuk menghilangkan kekotoran seperti sebum semasa memerangi jerawat dan cela. Kulit wajah anda akan tampak lembut dan licin tanpa meninggalkan rasa kesat.

Produk Berkesan, Sesuai Untuk Bakal Pengantin Yang Alami Masalah Kulit Berjerawat

IKLAN

NEUTROGENA Deep Clean Acne Foam Cleanser

Kadang kala kulit berjerawat akan menghasilkan minyak berlebihan dan membuatkan kulit wajah anda tampak kusam dan tidak bermaya. Pembersih muka buih berasaskan gliserin yang terbukti secara klinikal ini, berhasil untuk menghilangkan kotoran, sebum, minyak dan sel-sel kulit mati sambil mengembalikan seri wajah anda.

Diformulasi dengan bahan anti-bakteria dan Natural Botanical Complex yang berfungsi dengan berkesan untuk membantu melawan bakteria penyebab jerawat dan mencegahnya sambil membantu menenangkan serta menghidrat kulit. Dengan pencuci muka ini, kulit tidak akan menjadi kering dengan sistem kawalan minyak yang lembut.

Produk Berkesan, Sesuai Untuk Bakal Pengantin Yang Alami Masalah Kulit Berjerawat

KLAIRS Rich Moist Foaming Cleanser (100ml)

Pencuci muka hypoallergenic dan bebas alkohol untuk si kulit sensitif

IKLAN

Penjagaan kulit yang tepat bermula daripada pembersih muka hypoallergenic yang betul. Jika anda mengalami masalah kulit sensitif dan berjerawat, mulakan dengan menukar pembersih muka. Klairs menggunakan formula asid Amino yang merupakan komponen utama protein, menjadikan kulit anda lembap dan membersih liang-liang pori anda secara mendalam.

Dengan mengandungi asid Hyaluronik, Ceramide dan minyak zaitun untuk memberi penghidratan secara maksima. Pencuci muka ini juga akan mengubah tekstur wajah anda kepada lembut dan halus kerana ia mengandungi bahan pengelupasan semula jadi yang tidak akan merengsakan kulit. Sesuai untuk menghapuskan jerawat dengan berkesan.

Produk Berkesan, Sesuai Untuk Bakal Pengantin Yang Alami Masalah Kulit Berjerawat

CETAPHIL Gentle Skin Cleanser (250ml)

Pencuci muka Holy Grail dari farmasi, disyorkan oleh pakar dermatologi

IKLAN

Pasti anda sentiasa mendengar nama produk popular ini dimana-mana sahaja bukan? Dengan mengandungi rumusan formula yang ringan dan tidak menjengkelkan kulit malah melegakan kulit berjerawat serta iritasi semasa ia dibersihkan. Produk ini direka secara khusus untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang mengalami masalah ekzema dan psoraisis.

Formulanya yang bebas sabun dan buih, membersih tanpa menyebabkan rengsa serta melembap kulit. Ianya mampu untuk membersih residu sebum dan radikal bebas daripada menyumbat liang pori. Berkesan untuk mengecutkan jerawat dengan cepat.

 

 

NEOGEN Real Fresh Foam Green Tea

Produk unik ini mengandungi daun teh hijau yang asli di dalamnya dengan menggunakan 100% Camellia Sinensis Water agar ia dapat memberi kesegaran semulajadi. Tekstur busanya seperti krim yang memberi sensasi menyegarkan pada kulit berjerawat. Ekstrak daun teh hijau juga membantu dalam pengecutan jerawat dengan cepat dan mengurangkan sebum serta minyak berlebihan sambil membersihkan liang pori tersumbat.

Produk ini terbukti secara klinikal, ianya mampu untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit, mengurangkan sebum, mencerah kulit, membuang sel mati, memperbaiki liang pori dan kerosakan kulit akibat terdedah kepada sinaran UV.  productnation

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI