Kulit yang cerah adalah impian setiap wanita terutama wanita asia, kita boleh lihat lambakan produk pencerahan kulit semakin mendapat perhatian ramai. Sebagai bakal pengantin apa salahnya untuk anda juga turut menjaga kulit wajah agar nampak bersih dan kekal segar sehingga menjelang hari bahagia. Di sini kami berikan cadangan produk menarik untuk anda gunakan setiap hari. Semoga kulit kekal cantik dan cerah bakal pengantin semua!

 

1.SENKA Junpaku White Beauty Glow UV Cream
Krim siang untuk mencerahkan kulit dengan hanya 1 langkah
Krim pencerah wajah daripada Senka ini adalah multifungsi iaitu melembap, merawat dan mencerah dengan hanya 1 langkah sahaja. Dengan mengandungi Shiseido m-tranexamic acid untuk merawat pigmentasi pada kulit wajah akibat pancaran sinar UV terus ke lapisan kulit. Diperkaya dengan White Silk, Rice Bran dan madu ianya dapat mengekalkan hidrasi pada kulit wajah anda yang kekeringan.

Kandungan asid Hyaluroniknya pula bertindak sebagai pelembap untuk melindungi kulit daripada radikal bebas. Gunakannya secara konsisten, anda pasti akan terlihat hasil kulit wajah anda menjadi cerah satu tona dari biasa.

2. Sendayu Tinggi Whitening Bar Soap
Sabun pemutih wajah untuk kulit berminyak, berjeragat dan cenderung jerawat
Sabun ini berkesan untuk memudarkan parut atau pigmentasi pada kulit serta dapat menghilangkan jeragat. Ia juga mampu untuk mengembalikan tona wajah tidak sekata serta menggantikan sel kulit lama. Dengan mengandungi ekstrak Alpha Arbutin dan Morus Root untuk mencerahkan kulit dengan selamat dan serta-merta.

IKLAN

Risau kulit jadi kering? Tak perlu risau. Sabun ini akan mengekalkan kelembapan wajah anda. Gunakannya secara konsisten 2-3 kali seminggu untuk mendapat hasil kulit wajah yang diidamkan.

3. Watsons Hydro Balance Night Defense Cream
Krim pencerah kulit wajah berkolagen untuk atasi kekeringan
Krim siang Hydro Balance yang mengandungi kolagen daripada rangkaian produk Watsons ini bertindak sebagai pencerah kulit dan menjadikan anda kelihatan lebih muda dan berseri. Sumber semulajadinya menjadi intipati produk yang mampu merawat masalah yang timbul pada kulit.

Diadun daripada kolagen laut, krim ini sangat sesuai untuk melindungi kulit anda daripada mengering dan dehidrasi serta melambatkan proses penuaan. Kulit wajah anda akan kekal anjal dan tampil awet muda!

IKLAN

4. WARDAH White Secret Facial Wash with AHA (100ml)
Pembersih wajah berkesan untuk mencerahkan kulit
Bahan pembersih wajah ini dapat mengekalkan lembapan pada kulit walaupun dibasuh secara konsisten 2-3 kali seminggu. Ianya mampu untuk membersih kotoran yang melekap pada lapisan luar kulit wajah sambil menutup liang pori terbuka. Ini untuk mengelakkan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Produk Halal daripada Wardah ini juga mencerahkan kulit dengan berkesan tanpa menyebabkan wajah anda menjadi iritasi atau merengsa. Dengan kandungan bahan surfaktan yang ringan, pembersih wajah ini akan membuatkan kulit anda terasa lembut bak sutera!

IKLAN

5. The Face Shop White Seed Brightening Lotion
Losyen pencerah kulit wajah untuk memberikan efek ‘glowing’
Glowing losyen daripada The Face Shop ini bertindak sebagai pelembap serta menghalang kulit daripada menjadi kusam dan tidak bermaya. Losyen ini dapat menutup liang pori anda dan menutup bintik-bintik hitam serta cela pada lapisan luar kulit wajah.

Diekstrak daripada White Lupine Seed dan White Daisy, losyen pencerahan ini menyediakan pakej yang lengkap untuk penjagaan kulit anda daripada A – Z.

6. NIVEA Radiant and Smooth Cream 100ml
Sesuai untuk remaja – mencerahkan kulit tidak bermaya
Pencerah Wajah NIVEA Radiant and Smooth Cream ini sesuai untuk remaja yang masih belum terdedah kepada masalah kulit. Deep White Essence yang terkandung dalam pelembap ini mampu membaikpulih dan menyuburkan kulit menjadi lebih terang serta berseri dari dalam.

Anda gemar aktiviti outdoor? Tak perlu takut akan masalah kulit kering atau berjeragat. Penapis UV yang ditambah dengan 40X Vitamin C dapat menghalang sinaran UV daripada menembus masuk ke dalam kulit.

 

SUMBER : https://productnation.co/my