Ads

Proses Kebenaran Nikah Dalam Tempoh PKP

sumber internet

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan carta alir yang menjelaskan proses kebenaran melaksanakan akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berdasarkan carta berkenaan, terdapat lima langkah yang perlu dilakukan oleh pasangan yang ingin bernikah di Selangor.

Proses Kebenaran Nikah Dalam Tempoh PKP
.

Ads

Langkah pertama adalah pemohon perlu menghubungi pegawai JAIS untuk mendapatkan penerangan mengenai proses yang akan dilaksanakan.

Seterusnya, Pengarah JAIS akan memberi kebenaran khas untuk berkahwin jika dokumen yang disediakan bakal pengantin berkenaan lengkap (REK-PKP-01).

Ads

Pegawai yang bertugas kemudian akan menghubungi pemohon untuk memaklumkan tarikh pernikahan.

Ads

Pengantin akan dinikahkan melalui sidang video dan senarai semak proses akad nikah PKP akan dilengkapkan (REK-PKP-02).

Langkah terakhir adalah pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dengan mengemukan Slip Perakuan Nikah Sementara (REK-PKP-03) bagi mendapatkan Surat Perakuan Nikah Negeri Selangor mengikut Seksyen 26, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas PKP berakhir.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Bekas Penerjun Negara Kimberly Bong Kini Bergelar Isteri Pemain Bola Sepak,...

Bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping, kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara,...