Kehidupan rumah tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau sunnah Rasulullah SAW, malah ia merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nidkmat dari Allah SWT. Rumah tangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan masin. Adakalanya pedas dan hangat, adakalanya sejuk dan nyaman.
Cuma yang membezakan sesebuah rumah tangga, bagaimana peranan dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Wahai Isteri! Contohi sifat Saidatina Khadijah yang sentiasa menyenangkan Rasulullah SAW.
Sumber: Google
Masih ingatkah kita tentang kejadian penurunan wahyu pertama di Gua Hira?
Hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih berada di Gua Hira.
Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!” Jawab Nabi, “Aku tidak pandai membaca.”
Ads
Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
“Bacalah!” katanya. Jawabku, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
Ads
“Bacalah!” katanya. Kujawab, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: “Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min ‘alaq. Iqra’! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia)
Ads
Kredit: Tangkap Pictures
Setelah itu Nabi pulang ke rumah Saidatina Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Rasulullah SAW kepada Saidatina Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”
Kata Saidatina Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakanmu. Engkau selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”
Sungguh indah kisah cinta keluarga bahagia Rasulullah SAW bersama isteri tercinta, Saidatina Khadijah.
Kredit: Pinterest
Tanpa KEJUJURAN mana mungkin Saidatina Khadijah mampu membenarkan suaminya tinggal berseorangan di dalam Gua Hira, meninggalkan dirinya sendirian di rumahnya.
TanpaKASIH SAYANG dan KEPRIHATINAN, mana mungkin Saidatina Khadijah melayani suaminya dengan baik dan mentaati baginda tanpa sebarang persoalan. Tidak pula beliau berkata sepatah perkataan melainkan terus menyelimuti Baginda seperti yang diminta.
Tanpa HORMAT-MENGHORMATI pula, mana mungkin Saidatina Khadijah boleh mampu mengeluarkan kata-kata yang menenangkan suaminya, mendorong dan memuji suaminya dan memberikan sokongan penuh saat Baginda memerlukan beliau. Saidatina Khadijah juga yang menjadi sandaran di saat orang lain menggelar Baginda sebagai ‘gila’ dan ‘tidak siuman’ sepanjang dakwahnya.
Oleh itu para isteri, jadilah orang yang paling menyenangkan hati suami. Taatilah suami selagi peranannya dan tanggungjawabnya masih berlandaskan syariat Islam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Untuk suami dan isteri adalah penting dalam mengekalkan hubungan yang baik kerana anda akan membina keluarga bersama.
Pernah tak anda melihat pasangan yang seperti tiada apa masalah yang berlaku tiba-tiba anda dapat tahu mereka sudah bercerai. Malah, orang sekeliling juga merasa sayang dengan perhubungan tersebut.
Banyak faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Mungkin ini antara sebabnya.
1. Jadi orang lain untuk pasangan
Jika kita tersalah langkah untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan kita seolah-olah telah menjadi orang lain untuk pasangan kita. Sememangnya kita mahu mengembirakan pasangan tidak kira sebelum mahupun selepas berkahwin. Akhirnya diri anda menjadi plastik untuk dirinya.
2. Sentiasa menurut kata-kata pasangan
Perkara ini akan terjadi apabila kita terlalu mengikut kata-kata pasangan kita sahaja. Apa yang disuruh itulah yang dibuat. Sebenarnya boleh sahaja ikutkan kata-kata mereka tetapi haruslah yang mendatangkan faedah dan kebaikan. Jangan pula terlalu mengikut sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada anda dan untuk kesenangan dirinya sahaja. Bahaya.
3. Tidak berbincang mengenai masalah
Walaupun ada sesetengah pasangan nampak seperti sempurna dan tiada apa yang berlaku namun siapa sangka disebalik rumah tangga mereka penuh dengan kekurangan. Sebab itu pentingnya komunikasi dan perlunya perbincangan sekiranya anda berdua menghadapi masalah.
4. Sentiasa menghindari masalah
Bila kita hanya menurut kata-kata pasangan itu bermakna sebenarnya kita mahu menghindari daripada masalah. Jangan terlalu mahukan hubungan yang sempurna sehingga tidak mahu ada masalah. Mana ada hubungan yang tiada masalah, semua ada. Jadi jangan lari dari masalah.
5. Terlalu bersangka baik terhadap pasangan
Hal ini pun sering terjadi kerana terlalu bersangka baik dengan pasangan. Sehingga curang dengan anda pun masih tidak tahu! Berpada-padalah jika anda terlalu ingin bersangka baik dengan pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau macam mana pun keadaan kita, mungkin lebih seronok jika masih kekalkan ‘tradisi’ sesebuah perkahwinan. Kad kahwin misalnya sudah tidak menjadi kepentingan. Ramai pasangan yang memilih untuk menghantar Whatsapp atau e-cards. Namun, jangan lupa untuk memberi maklumat sepatutnya.
Bagusnya kad kahwin segala info majlis ada seperti tempat, waktu, tarikh, dan nombor telefon untuk dihubungi.
Walaupun zaman dah berubah dengan hanya menjemput majlis perkahwinan melalui sosial media, namun tak salah jika ada yang masih menggunakan kad kahwin ni kan? nampak lebih klasik gitu.
1. Waktu buat tempahan
Sebaik-baik tempahan dibuat seawal 2-4 bulan sebelum tarikh majlis. Biasanya kad yang berkualiti mengambil masa selama 2-4 minggu untuk disiapkan. Ia juga dapat memastikan masa yang selesa untuk mengedarkan kad.
2. Corak dan jenis kad
Sebaiknya ia memberi gambaran majlis yang bakal berlangsung. Jika majlis mementingkan kesederhanaan, maka kad juga harus melambangkan kesederhanaan. Selain itu, kad juga boleh diselarikan dengan warna tema majlis anda.
3. Maklumat majlis
Pastikan perkara asas seperti tarikh, atucara majlis, nama pasangan, nama waris dan beberapa perkara penting disemak dengan teliti sebelum mencetak.
4. Nombor telefon untuk dihubungi
Masukkan lebih dari 2 nombor untuk dihubungi. Biasanya bakal tetamu akan menghubungi jika mereka gagal mencari lokasi tersebut. Pastikan anda meletak nombor individu yang mahir mengenai tempat tersebut.
Sumber : H&k ventures
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soalan: Baru-baru ini saya diberitahu oleh rakan sepejabat bahawa darah haid yang terkena pada seluar dalam tidak boleh dibawa solat walaupun setelah dibasuh. Betulkah begitu.
Apa yang diberitahu oleh rakan puan itu tidak benar sama sekali dan penentuan hukum berhubung isu ini memerlukan penjelasan yang betul serta terperinci. Darah haid adalah salah satu daripada najis yang boleh menyebabkan pakaian menjadi kotor dan tidak boleh dibuat solat atau tawaf.
Oleh itu, seluar dalam wanita yang terkena darah haid tidak boleh digunakan untuk solat atau tawaf jika belum dibasuh dengan betul. Sekiranya telah dibasuh dengan betul, maka seluar dalam itu boleh dibuat solat atau tawaf walaupun ada kala warna darah masih kekal kerana susah untuk dihilangkan.
Menurut Asma’, perkara itu pernah berlaku pada zaman Nabi SAW. Seorang perempuan telah bertemu Baginda SAW lalu bertanya; “Ya Rasulullah, baju salah seorang daripada kami telah terkena darah haid. Bagaimanakah caranya untuk dia membersihkan baju berkenaan?
Jawab Nabi SAW: Pertama sekali kikislah kesan darah kering yang terdapat pada bajunya itu, sesudah berbuat demikian basuhlah (pakaian itu) dengan air (di samping dia menggosokkannya dengan jari jemarinya), setelah itu gunakanlah (baju yang telah dibasuh itu) untuk solat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini sangat jelas menunjukkan pakaian wanita yang terkena najis (darah haid) setelah dibasuh dengan betul boleh digunakan kembali untuk solat dan tawaf mengelilingi Kaabah tanpa was-was.
Hari ini ramai dalam kalangan ibu mengandung meletakkan muzik di perut mereka supaya bayi di dalamnya aktif. Adakah perbuatan sedemikian dibolehkan.
Setiap ibu menginginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungannya. Antara usaha yang biasa dilakukan ialah memberi halwa telinga dengan muzik yang mampu merangsang kecerdasan otak dan minda bayi di dalam kandungan.
Adalah tidak salah bagi ibu mengandung untuk meletakkan alat yang mengeluarkan bunyi di bahagian perut mereka bagi tujuan itu. Namun, mereka disarankan supaya tidak keterlaluan sehingga memudaratkan kandungan.
Selain itu, mereka juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan membaca ayat suci al-Quran kerana ia adalah pengubat bagi segala penyakit dan pelindung bagi mereka yang membacanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan al-Quran yang mampu menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israk, ayat 82)
Justeru, adalah lebih baik anak dalam kandungan diperdengarkan dengan ayat suci al-Quran sama ada dibaca sendiri oleh ibu atau daripada qari terkemuka menerusi kaset dan cakera padat (CD). Amalan seperti ini lebih mulia berbanding lagu dan muzik yang melalaikan.
Menurut Prof Dr Yusof al-Qardawi, muzik yang dibenarkan ialah muzik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam, lagu didendangkan tidak menghina Islam sama ada dari aspek lirik mahupun alunannya dan perbuatan itu tidak menyebabkan ibu lalai hingga meninggalkan solat atau berzikir kepada Allah SWT.
Penulis ialah pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!