Jika anda dan juga pasangan sudah lama mendirikan rumahtangga namun masih belum ada rezeki untuk ada cahaya mata sendiri rezeki itu masih belum tiba. Namun jangan pernah berputus asa. Cari ikhtiar supaya anda cepat hamil. Ramai juga wanita-wanita di luar sana yang tidak bernasib baik yang boleh mengandung selepas berkahwin.
Kemungkinan banyak faktor-faktor yang boleh menghalang proses kehamilan. Mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur, tertekan yang melampau juga menjadi salah satu punca susah untuk hamil kerana sisitem peranakan mempunyai masalah. Dibawah terdapat beberapa petua yang boleh anda ikut bagi memudahkan proses kehamilan.
4 jenis pemakanan yang boleh meningkatkan proses kesuburan
1. Air putih
Mengamalkan minum air putih secukupnya juga sangat penting untuk tubuh badan. Malah ia juga boleh memberi fungsi organ dalaman yang boleh menghubungkan nutrisi ke seluruh tubuh serta menjaga keseimbangan hormon anda.
2. Complex carbohydrates
Complex carbohydrates memiliki indeks glycemic rendah serta kaya dengan kandungan serat. Malah ia juga terkandung dalam pemakanan seperti sayur-sayuran, beras perang, gandum dan juga pasta.
Bukan itu saja, wanita yang sukar hamil jika mengamalkan cara pemakanan ini seperti makan buah-buahan yang kaya dengan banyak zat dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
Ads
3. Folic Asid
Folic asid mudah ditemui di dalam makanan jenis kekacang seperti kacang merah, kacang tanah, kacang soya dan juga kacang hijau yang berperanan sebagai meningkatkan lagi pengeluran telur dalam tubuh badan wanita.
Nutrisi yang paling banyak terkandung dalam kacang hijau berbanding kacang-kacang yang lain dan meningkatkan juga proses kesuburan terutamanya wanita.
Ads
Dengan bantuan vitamin E juga boleh membantu mempercepatkan proses kehamilan. Bukan itu saja, ia juga mengandungi vitamin B6 yang berperanan bagi mengatur hormon peranakan bekerja secara maksimum.
4. Healthy Fat
Banyak kategori makanan yang boleh dijadikan sumber lemak sihat yang baik untuk tubuh badan seperti avocado, kekacang, minyak zaitun, ikan salmon dan pelbagai makanan yang turut mengandungi omega 3.
Proses pengeluaran insulin semasa mengamalkan pemakanan ini juga boleh mempercepatkan proses kehamilan wanita yang ingin hamil.
Ads
5. Semak waktu subur
Selepas 14 hari tempoh habis datang haid merupakan waktu yang subur bagi seorang wanita dan bagi pasangan yang sudah berkahwin yang menginginkan anak, mereka hendaklah melakukan hubungan intim sebanyak 2 kali sehari.
Melakukan hubungan intim sebanyak 2 kali sehari akan membentuk sel sperma menjadi semakin kuat berbanding sperma yang dikeluarkan setiap hari. memiliki sperma yang kuat juga boleh membuahkan proses kehamilan dalam kadar yang cepat.
Petua bagi mempercepatkan proses kehamilan juga boleh dilakukan dalam posisi yang betul dan tepat. Sebaiknya isteri berada di posisi bawah agar memudahkan sperma masuk ke pintu rahim.
Untuk memastikan proses sperma memasuki pintu rahim secara sempurna, anda boleh meletakkan bantal di bawah pinggang dan berbaring selama 25 minit bagi memudahkan proses kemasukan sperma menuju ke sel telur sebelum bertukar ke mana-mana.
Menjaga hubungan baik dengan pasangan juga sangat penting bagi proses kehamilan. Memiliki mood yang seimbang dan baik juga amat penting. Apapun serahkan semuanya kepada yang Maha Esa menentukannya. Apa yang penting anda sudah berusaha menuju ke arah yang baik iaitu ingin memiliki cahaya mata sendiri.
Semoga apa yang sudah dikongsikan di atas ini boleh memberikan panduan serta rujukan buat wanita-wanita yang menginginkan cahaya mata sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan rumah tangga merupakan medan untuk kita suami isteri belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat. Saat membina keluarga, kunci utama kebahagiaan haruslah dimulai dengan adanya rasa cinta.
Apabila kehidupan itu dibina dalam sebuah keluarga yang bahagia, pasti ia mampu memberi aura positif buat suami isteri. Berikut merupakan resipi mencapai sebuah keluarga bahagia yang dikongsikan oleh Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.
Pastikan suami isteri amalkan untuk kekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.
1. PUJI
Setiap suami isteri haruslah saling memuji antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Misalnya suami memuji masakan isteri atau isteri mengucapkan tanda terima kasih kepada suami atas pertolongan yang suami berikan.
2. PELUK
Suami isteri hendaklah saling berpelukan antara satu sama lain dengan lebih kerap setiap hari kerana setiap pelukan itu merupakan sentuhan dan belaian mesra yang penuh dengan kasih sayang. Pasti ia akan menghangatkan lagi rumah tangga yang dibina.
3. PENGHARGAAN
Semua suami isteri sukakan penghargaan. Oleh itu jadikan amalan memberi hadiah walaupun kecil kepada pasangan sebagai penambah kasih sayang dalam rumah tangga.
4. PERHATIAN
Sesebuah rumah tangga akan rasa lebih bahagia dengan adanya sikap prihatin dan sentiasa mengambil berat. Sekiranya kurang perhatian, ia boleh mengakibatkan pasangan rasa terabai.
5. PERSEFAHAMAN
Persefahaman antara suami isteri amat penting agar hubungan yang terjalin kekal harmoni. Kebahagiaan akan datang apabila setiap pasangan mempunyai sikap bertolak-ansur dan saling memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN
Suami isteri mestilah menjaga batasan pergaulan dengan orang luar bagi mengelakkan pasangan rasa cemburu atau saling curiga yang akhirnya boleh membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN
Percutian sememangnya boleh mengeratkan lagi keharmonian dalam rumah tangga. Rancanglah percutian dengan pasangan ke tempat yang jauh daripada kesibukan rutin harian agar anda berdua dapat menikmati percutian yang menenangkan.
8. PERMOHONAN
Doa merupakan antara senjata mujarab bagi orang yang beriman. Oleh itu, berdoalah kepada Allah SWT agar merapatkan lagi kasih sayang sesama pasangan, selain mohon anda berdua dijauhkan daripada godaan kemewahan serta keseronokan dunia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menggunakan khidmat perancang majlis oleh pasangan pengantin dan keluarga adalah bertujuan untuk menjadikan majlis berlangsung dengan sempurna. Perancang majlis menjadi orang penting untuk merealisasikan majlis yang diinginkan oleh pengantin dan keluarga.
Tugas perancang majlis
Dia adalah perancang dan menyelaras dari permulaan majlis sehingga ke akhir majlis perkahwinan
Dia berperanan memudahkan urusan bakal pengantin dalam kekalutan menyiapkan perkara yang berkaitan dengan majlis kahwin.
Mereka akan duduk berbincang dan menyediakan khidmat perundingan yang meliputi semua perkara antaranya pelamin, kanopi, katering dan sebagainya.
Tempoh urusan
Dinasihatkan bakal pengantin untuk melantik perancang majlis 6 hingga 10 bulan daripada tarikh perkahwinan bagi memastikan perancangan awal dapat dibuat dengan sempurna.
Diperingkat awal perbincangan dilakukan bersama bakal pengantin dan pihak keluarga. Isu yang dibincangkan ialah tentang bajet, tema dan bilangan jemputan untuk ke majlis anda nanti.
Persetujuan bersama
Mungkin ada yang salah tanggapan terhadap perancang majlis yang mengatakan majlis dikawal sepenuhnya oleh mereka. Hakikatnya semua keputusan yang diambil adalah persetujuan daripada pihak pengantin sendiri. Perancang majlis hanya akan memastikan apa yang diingini dapat direalisasikan.
Perbincangan dengan perancang majlis adalah langkah yang terbaik. Perancang majlis akan mengesyorkan vendor-vendor yang terbaik dan bersesuaian dengan majlis dan bajet anda.
Panduan untuk bakal pengantin;
Bersikap jujur dengan perancang majlis tentang bajet anda. Ini mengelakkan anda dari menanggung hutang selepas berakhir majlis.
Beritahu dengan jelas kepada perancang majlis apa tema majlis yang anda inginkan agar ia dapat direalisasikan dengan sempurna.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Assalamua’laikum doktor, saya sedang hamil 14 minggu. Ini kehamilan sulong saya. Masalah saya ialah saya mengalami rasa loya yang keterlaluan. Saya telah berjumpa doctor, malangnya ubat yang idberikan oleh doctor tidak dapat mengurangkan rasa loya saya. Saya dapati dengan memakan makanan ringan yang masam seperti jeruk akan mengurangkan rasa loya saya. Bolehkah saya memakan makanan seperti itu dan adakah ia berbahaya kepada bayi dalam rahem saya? Mohon pencerahan doctor”.
Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan.
Rasa loya yang dialami oleh wanita pada awal kehamilan adalah perkara yang normal. Salah satu puncanya ialah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron yang berlaku di awal kehamilan. Perubahan hormon akan menyebabkan deria bau dan deria rasa seorang wanita hamil menjadi lebih sensitif. Oleh itu ramai yang mengambil makanan ringan yang berperisa masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.
Saya menasihatkan agar puan elakkan dari mengambil makanan yang masam secara berlebihan. Walaupun ia tidak mengganggu pertumbuhan fizikal bayi dalam rahim, tetapi amalan seperti ini boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada ibu kerana dibimbangi wanita ini tidak mengambil makanan yang seimbang.
Saya juga menasihatkan agar jangan mengambil jeruk yang diperamkan ke dalam asid, terutama ketika perut kosong kerana ia boleh menghakis dan melukakan.
Saya mencadangkan agar puan mencuba makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi yang masam atau memakan buah yang masam. Ia lebih baik berbanding dengan jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet. Ambil dalam kuantiti yang sederhana dan jangan berlebihan.
Puan boleh mengambil air asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan jeruk. Pengambilan makanan yang masam haruslah dilakukan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap jika ia membantu puan mengurangkan rasa loya.
Selain itu puan juga boleh mengambil air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.