Siapa yang tak nak berebut pahala di bulan Ramadan. Setiap kebaikan yang dilakukan telah Allah janjikan pahala lebih berganda berbanding bulan-bulan lain. Ramadan juga sebenarnya bulan paling sibuk untuk isteri. Saat ini, suami perlu beringat untuk lebih peka terhadap keinginan isteri untuk beribadat.
Waktu pejabat lebih pendek berbanding bulan lain, apabila sampai di rumah isteri tentu terkejar-kejar membuat persiapan juadah berbuka puasa. Ada yang terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas dan tiba di rumah lewat.
Bukan tak boleh beli di bazar tetapi takkanlah setiap hari nak makan lauk bazar ye tak? Walaupun baharu berkahwin dan belum mempunyai zuriat namun masih juga tidak sempat nak buat itu ini. Isteri juga mahu ada ruang untuk dia beribadat, membaca al-Quran misalnya kerana sebelum ini sukar mencari waktu.
Di sinilah suami perlu memainkan peranan. Ringankan tulang membantu isteri buat persediaan berbuka. Kalau selama ini isteri yang memasak hidangan dan suami duduk menonton televisyen, kali ini biarlah suami pula yang berada di dapur untuk memasak. Atau berlapang dadalah untuk hadap kesesakan di bazar membeli juadah.
Apa yang dikongsikan Muhammad Hassan ini sangat benar. Boleh buka sikit minda pada suami….
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan dibulan ramadhan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir ramadhan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’ . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30juzuk lebih awal mungkin tipis.
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala,berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri
Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbeban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri uruskan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Sungguh, perempuan bila dah kahwin, seluruh dunianya adalah suaminya. Buat apa pun mesti hanya fikir suami.
Kalau bekerja pun mungkin kerana nak bantu suami, begitu lah bagi sesetengah fikiran seorang yang berstatus isteri.
Nak pergi lebih jauh lagi isu ini, jemput baca perkongsian Puan Anna Jagat ini buat renungan bersama. api suami zaman sekarang (tak semua) lebih gemar membiarkan isteri untuk berdikari. Uruskan semuanya sendiri. Dari urus anak sampai lah urus emosi sendiri.
Tanpa sedar lebih ramai sebenarnya isteri tertekan zaman sekarang. Jangan bandingkan zaman mak-mak nenek-nenek kita dulu ya. Zaman dulu Dan sekarang sangat berbeza. Tapi Itulah, martabat wanita direndahkan. Teremosi dikatakan mengada. Tekanan dikatakan sengaja buat-buat.
Isteri terlalu berdikari, suami pula selesa dengan menganggap isteri nya boleh buat semua. Isteri yang terbiasa “sendiri” lama-lama tidak lagi meletakkan suami sebagai keutamaan dalam membuat keputusan.
Isteri yang terbiasa merawat diri sendiri juga lama-lama anggap kehadiran suaminya tidak lagi penting. Ibarat kau ada atau tak ada, sama sahaja.
Perkahwinan bukan untuk meletakkan sepenuhnya tanggungjawab pada satu pihak. Buat anak kan sama-sama, jadi rumahtangga juga tanggungjawab sama-sama. Tak mampu urus anak sama-sama sekurang-kurangnyanya urus lah emosi isteri. Dari jauh pun boleh, lebih dari cukup buat isteri recharge.
Tetapi sedih ada yang anggap emosi isteri tidak penting. Isteri yang gembira akan menghasilkan ibu yang gembira pada anak-anak.
Begitulah hakikat hubungan suami isteri yang sihat, saling memerlukan dan menjaga hati sampai hujung nyawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut sepertimana diiklankan majlis perkahwinan atau pun tidak.
Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة
Maksudnya:Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)
Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:
Maksudnya:Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.
Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Hadis Ummu Salamah R.Anha yang disebutkan sebelum ini, di nilai dhaif (lemah) oleh sebahagian muhaddis. Ini kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali) di dalam sanad hadis tersebut dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah juga tidak memberikan apa-apa komentar di dalam Mukhtasarnya (ringkasannya) terhadap Musnad al-Firdaus tersebut.
Al-Syeikh ‘Atiyyah al-Saqr Rahimahullah (wafat 1427H), mantan Ketua Lajnah al-Ifta’ al-Azhar di dalam satu soal jawab agama yang dikendalikan oleh beliau juga berpendapat bahawa tidak mengapa untuk menghebahkan pertunangan dan menurut beliau tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Menurut al-Syeikh lagi, jika sahih sekalipun, yang dimaksudkan melaluinya adalah larangan untuk berlebih-lebihan dalam menghebahkan pertunangan.
Kesimpulan
Kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perlunya agar pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pinangan atas pinangan yang mana ianya jelas dilarang di dalam Islam. Dengan mengiklankan pertunangan, sedikit sebanyak boleh mengelakkan dari berlakunya perkara tersebut. Dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya:Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.
Riwayat Muslim (1412)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah (wafat 676H) mengatakan bahawa hadis di atas secara zahirnya menunjukkan haramnya meminang atas pinangan orang lain sekiranya pinangan itu telah diterima dan tidak mendapat keizinan dari orang yang meminang tersebut. Jika berlaku perkahwinan, maka sah perkahwinan tersebut namun perbuatan meminang atas pinangan orang lain itu adalah berdosa.
Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunangannya. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.
Oleh yang demikian itu, bersederhanalah dalam pertunangan itu adalah lebih dituntut dan boleh juga sekiranya seseorang itu untuk merahsiakan pertunangannya untuk aman dari berlakunya hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitnah. Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asam garam dalam berumahtangga ada pasang surutnya. Bila bahagia yang ditunjukkan di media sosial, tidak semestinya bahagia secara realiti. Suami ada kekurangan, isteri pula ada kelebihan. Gabungkan keduanya untuk bina satu kebahagiaan.
Kongsi Bonda di laman Instagram, ada pasangan yang menyesal apabila sudah berkahwin. Mungkin ada yang berpendapat, panas sehingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Timbul masalah yang tidak dijangka dalam perkahwinan.
Ramai orang yang menyesal setelah berkahwin. Mental, fizikal dan kewangan dalam menghadapi masalah yang kita tak jangka. Belum kawin lain, dah kawin jadi lain.. Jangan berharap pasangan kita memahami apa yang kita mahukan
Hanya agama menyelamatkan maruah & jiwa wanita dalam dilema perkahwinan.
Bertahan kadang bukan sebab cinta tetapi kerana anak-anak dan agama. Perhatikan sifat pentingkan diri, ego suami sangat menjengkelkan.
Kesunyian perkahwinan dihujung tanduk. Perhatikan sikap anda dengan pasangan..!!
Komunikasi yang terbaik jarang berlaku. Jarang menghabiskan waktu bersama, pasangan tak mahu berusaha memperbaiki keadaan. Kecurangan yang bertimpa-timpa. Tidak ada penghargaan dari pasangan. Hambar yang tiada kemesraan. Perbezaan nilai hidup dan prinsip.
Wanita merasakan hidup sendiri adalah lebih baik daripada perkahwinan..!!
Tak kurang juga wanita cuba mempertahankan perkahwinan demi anak-anak.
Lalui dengan lapang hati kerana perkahwinan ibadah yang terberat, terpanjang lagi berisiko.
Saling melengkapi kekurangan untuk saling membangun kekuatan dalam keluarga.. Bukan pertarungkan kekuatan atau pertarungkan kehebatan.
Setiap buruk pasti akn dibalas Allah – dan akan ada penghujungnya.
Terlalu banyak sangat isu perkahwinan yang runtuh dek kerana ego seorang suami. Hubungan rumahtangga jadi kacau-bilau dengan kehadiran orang ketiga. Apabila tidak ada tolak-ansur, sayang yang satu ketika dahulu agung dalam hubungan hanya jadi habuk berterbangan.
Cubalah jaga cara komunikasi. Jangan biarkan pasangan terkapai-kapai sendiri…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...