Kalau pergi ke kenduri kahwin, air sirap antara minuman yang ‘wajib’ ada. Selalunya kenduri di kampung-kampung, minuman air sirap inilah yang menjadi minuman utama para tetamu.
Sama ada perasan atau tidak, biasanya air sirap yang dihidangkan pada majlis kenduri kahwin, rasanya berbeza berbanding dengan air sirap yang kita buat sendiri di rumah. Sebenarnya ada rahsia nak bagi sedap air sirap ini rupanya.
Ini nasihat buat bakal pengantin, untuk membina bahagia itu tidak mudah dan manis seperti dalam dram Tv. Ada masa pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang tak pernah terfikir dek akal.
Yang mungkin sebelum kahwin baik dan nampak terima, boleh berubah sekelip mata dek kerana hati berbolak balik. Jadi, bersedialah untuk rasa kuat mengharungi ujian Allah. Jangan cepat melatah dan meluah pada orang yang salah.
Nasihat Buat Bakal Pengantin
Lebih dekat, renungkan nasihat daripada Puan Haitun Kamarazaman ini, inshaa Allah bahagia milik semua orang walau dengan cara berbeza.
1.Jangan sesekali terjebak laki orang. Jangan sekali-kali percaya mulut manis suami orang. Mereka itu akan memburukkan isterinya demi meraih perhatianmu. Ingat. Suami yang memburukkan pasangannya bukan lelaki yang baik.
Curang itu pilihan. Bukan takdir. Mana mungkin kau bahagia pada saat membina hubungan atas air mata dan keruntuhan orang lain.
2. Jangan duduk di rumah mentua atau emak sendiri tanpa alasan yang kukuh. Belajar hidup berdikari suami isteri. Suami yang baik akan menyediakan rumah isterinya, bukan menumpangkan isteri di rumah ibunya. Kalau dia masih mahu berada di bawah ketiak emaknya, itu barangkali dia belum siap untuk bernikah dan memikul tanggungjawab.
3. Pastikan tiada ipar duai dalam rumah sendiri. Ipar duai ada yang kaki mengumpat/hasut. Lagi pun fikirkan aurat dan kebebasan isteri di dalam rumah.
4. Jangan buat loan untuk sesiapa waima suamimu. Banyak jantan suka ambil kesempatan. Suami suruh buat loan nak beli motor besar. Dia berkonvoi dengan kawan-kawan, lagi teruk bawak betina naik motornya. Engkau duduklah dalam rumah melayan anak. Silap hari bulan bercerai, kau yang tanggung hutang. Aku dah tengok dan saksikan banyak hal ini.
5. Jangan malas, cuba kerja. Walaupun dalam Islam, wanita tak wajib cari nafkah, namun zaman ini, segelintir lelaki sukar dipercayai. Ada yang kedekut taik hidung masin dengan bini. Bini nak minta duit suami sendiri pun macam pengemis.
6. Sekali dipukul suami, pakwe, tunang, tinggal terus. Jangan pernah percaya pada jantan kaki pukul. Lelaki budiman tak pukul perempuan.
7. Kena ada ilmu. Ilmu akan menyelamatkan anda daripada ketaatan membuta tuli. Jangan pernah percaya kepada ketaatan tanpa batasan. Kita hamba Allah, bukan hamba suami. Tanpa ilmu, yang paling berpotensi menghinamu barangkali suamimu sendiri.
8. Berdoalah tanpa putus mohon jodoh yang baik kerana doa itu senjata ampuh orang mukmin.
Kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buatlah kejutan dalam rumahtangga, sesekali pasangan kita akan rasa dihargai bila diingati. Tak perlu keluarkan duit yang mahal, cukup jika anda ada masa dengannya meraikan masa-masa terluang. Teman shopping atau keluar makan-makan pun mungkin salah satu jalan bahagia suami isteri.
Mungkin ada suami tak pandai berkata-kata tapi ada kelebihan lain yang boleh membuatkan hati isteri terpikat.
Sesekali Buatlah Kejutan, Itu Tanda Kita Hargai Pasangan
Nak lagi ‘cantik’ dan moment itu lebih mahal, buatlah kejutan untuk isteri. Nak pergi lebih jauh tentang kejutan buat pasangan, cuba baca perkongsian saudara Khairul Anuar Basri ini.
Isteri yang nak marah boleh bertukar menjadi senyum bila dapat kejutan. Yang kecil hati, boleh terubat dengan sendiri. Ada isteri yang tawar dan hambar, boleh jadi manis dan ceria kembali.
Kejutan itu tandanya ambil berat dan sangat menyayangi. Walaupun apa yang dibuat untuk kejutan itu tak ada harga sangat.
Saya tak pandai nak main-main kata. Tak pandai juga nak hantar-hantar bunga.
Saya bukan yang jenis macam tu kalau nak tunjuk sayang dan kasih mesra.
Ikut Cara Sendiri Walau Tak Romantik!
Saya percaya ramai suami di luar sana yang sama macam saya. Tak pandai nak buat macam orang perempuan buat kat suami mereka. Almaklumlah, orang perempuan kan jiwa lembut dan romantis.
Sekadar yang saya boleh buat. Macam ada hari tertentu saya culik isteri saya di sekolahnya. Tinggal keretanya di sana, naik kereta dengan saya. Kami keluar makan tengah hari.
Isteri Nak Perhatian
Isteri ni kadang-kadang bukan nak apa pun dari suami. Mereka nak perhatian saja. Mereka suka kalau dibelai dan dimanja. Mereka suka kalau kita bagi sesuatu dekat mereka.
Yang ada duit lebih, boleh bagi hadiah mahal. Yang duit banyak, boleh bawa melancong merata tempat. Yang skoda-skoda macam saya ni, berilah ikut kemampuan. Nasi goreng, telur mata dan keropok keping pun jadilah tanda ingatan.
Bukan Soal Pemberian Tapi Soal Masa Bersama
Sebenarnya yang penting bukanlah pemberian tu. Tapi saat bersama tu. Enjoy the moment orang putih cakap.
Makan makanan best dan melancong tempat menarik. Apa yang best?
Makanan itu ke yang best? Tempat itu ke yang menarik?
Bukan makanan itu yang best dan tempat itu yang menarik.
Makanlah makanan paling mahal di restoran paling eksklusif sekalipun, tapi makan seorang diri saja, tak best mana pun.
Pergilah melancong ke tempat paling cantik dengan pakej paling mahal sekalipun, tapi pergi seorang diri saja, tak la best mana pun.
Dengan siapa kita menikmati makanan itulah yang menjadikan makanan itu best. Dengan siapa kita melancong itulah yang menjadikan tempat pelancongan itu best.
Makan roti kosong dengan wife jadi best. Berjalan ke pasar pagi dengan kekasih hati jadi best. Tak ada apa sangat pun, kan?
Tapi dia jadi sangat best. Kerana orang yang kita sayang dan kasih itulah akan menjadikan segala di dunia ini jadi best.
Sibuk Mana Pun, Hargailah Masa Dengan Pasangan
Hargailah setiap masa pasangan kita masih hidup. Sesibuk mana sekalipun kita, carilah masa untuk pasangan kita. Jika tak sempat nak rancang, secara mengejut pun boleh la.
Masa pasangan kita hidup masih hidup, kita tak ada lah rasa benda tu penting sangat. Tapi bila pasangan kita dah tak ada, itulah memori yang akan kita kenang sampai ke akhir hayat kita.
Ciptalah memori bersama pasangan sementara nyawa masih dikandung badan.
Sebelum kahwin, wajib buat beberapa perkara ini dulu untuk persediaan rapi. Khususnya golongan wanita yang bakal berkahwin tak lama lagi, ada beberapa tip yang berguna untuk anda fokus.
Dikongsikan oleh Farah frzna, anda pun boleh bersedia dan elakkan apa yang tak ‘manis’ berlaku sebelum majlis kahwin.
Elakkan Perkara Ini Sebelum Kahwin
Ya, dugaan bertunang is real! Kadang-kadang Allah nak uji kita, benda kecil pun boleh buat kita berubah hati. Sebab waktu bertunang ni tak sama pun macam bercinta, kita nak kahwin dan waktu ini juga lah kita akan nampak ‘kecacatan’ dia sana sini.
1. Elak Selalu Jumpa
Jangan layan, anda kena belajar terima kekurangan dan kalau boleh elak selalu berjumpa supaya ada perasaan rindu dan jarang bergaduh.
Jarang berjumpa ni tak apa, sebab masing-masing kena sibukkan diri untuk wedding preparation. Pastikan anda buat preparation 3-8 months before your wedding day. Bukan apa, supaya tak kelam kabut. Bukan kita sahaja yang nak kahwin, wedding venue itu semua penting untuk booking awal.
2. Tempoh Bertunang Jangan Lama
Dan cakap pasal tunang ni, jangan tunang lama sangat. Sebab tak manis orang tengok lama sangat dan kita tak tahu dugaan demi dugaan yang datangTerutamanya darah manis, jadi singkatkan tempoh pertunangan.
3. Amalkan Supplement Dari Awal
Lepas itu supplement jangan lupa! Folic acid ini penting untuk pembesaran baby dalam perut. Ini planning nak ada baby, jadi anda boleh mula untuk makan folic acid.
Kalau dah makan folic acid, luangkan masa juga bermanja-manjakan diri. Miss v tu paling penting, kebersihan tu sangat lah penting. Penting untuk kita jaga especially untuk malam pertama.
Apa pun, to bride-to-be, semoga urusan kalian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!