
Dari seorang isteri, suami boleh buat banyak perkara yang dapat menambahkan pahala dalam hidupnya. Betul, suami itu syurga buat isteri tetapi takkanlah hanya isteri yang nak kejar pahala. Suami pun tentu taknak ketinggalan dapat jolokan ‘suami mithali’ kan?
Ramai suami meletakkan diri mereka sebagai Raja. Tugas-tugas isteri dilambakkan pada isteri sampai nampak seperti isteri itu hamba. Bahagia macam mana yang kita nak semaikan dalam keluarga jika ada hati yang terluka, lebih-lebih lagi hati seorang wanita yang kita nikahi kerana kasih sayang?
Jom baca perkongsian ni supaya para suami terkejar-kejar pahala paling mudah dalam dunia!
Dari awal berkahwin emak saya duk tekankan yang isteri kita ini akan jadi padang pahala.
1. Jika dia malas, bantu dia. Bukan hina dia.2. Jika dia degil, didik dia, bukan pukul dia.3. Jika dia sakit, rawat dan bawa dia ke hospital bukan biarkan dia.4. Jika dia ada teringinkan sesuatu, penuhi permintaan dia walau sedikit kesusahan berlaku.5. Jika dia suka meminta-minta, waktu tak mampu, cakap sahaja terus. Jika mampu dapatkan sahaja.6. Jika dia rajin, puji dan santuni dia.7. Jika dia sering penat kerja, fahami dia8. Jika dia selalu di rumah menjaga anak-anak, bawalah dia keluar sekali sekala.9. Jika dia mudah sensitif,peluk dia, sentuh dia dan sayangi dia.10. Jika dia sering kelam kabut, tenangkan dengan lekas-lekas bantu dia.Kawan-kawan,Hidup suami isteri ini bukan perlumbaan siapa nak masuk syurga dahulu. Kita semua nak. Yang pentingnya ialah saling tolak ansur, saling menghormati, saling menyayangi.Seorang suami akan dihormati isteri sekiranya dia didik, dia asuh, dia hormat juga apa sahaja yang ada pada isterinya.Sama juga di bahagian suami, isteri juga wajar lakukan perkara sama. Hormat, tolak ansur dan sentiasa menyayangi.Nak murah rezeki, nak hidup tenang, nak sentiasa aman dan kaya jiwa, maka kena sama-sama berusaha.Begitulah.
Kredit: Lovetaby Sitisarah
Tak susah kan nak jadi suami mithali? Usaha tu datang kalau kita benar-benar simpan kasih-sayang sama banyak macam masa mula-mula kita berkenalan dulu. Betul tak?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI