Reen Rahim Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas

Share

Pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya.

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim. Pada majlis berkenaan, pelakon berusia 34 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barangan kemas.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Pasangan merpati dua sejoli ini memilih untuk menyarungkan busana serba putih pada hari bahagia mereka.

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

Untuk info, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Sumber: gempak.com Instagram Hlive & Reen Rahim

IKLAN