Resipi Air Cocktail Bandung Buah-buahan, Air ‘Pink’ Yang Memang Mengundang Dahaga

Share

Raya-raya ni mesti ramai saudara mara dan juga rakan-rakan berkunjung ke rumah. Korang mungkin bingung memikirkan apakah minuman yang akan disajikan pada para tetamu.

Bagi pasangan pengantin baru pula, tentunya korang lebih ramai menerima tetamu yang mungkin tidak berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan. Inilah masanya korang beramah mesra sambil menikmati juadah di hari raya.

Kalau teringin nak buat sendiri air cocktail, boleh cuba resipi air Cocktail Bandung Buah-buahan seperti yang dikongsikan oleh Ira Idris

ini.  Memang terliur betul tengok warna ‘pink’ itu. Mesti menjadi minuman kegemaran para tetamu.

RESIPI AIR COCKTAIL BANDUNG BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN:

1 tin laici
1 tin buah buahan campur
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
Perasa sirap
Ais batu

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan semua bahan (tambah sedikit air jika hendak kurangkan manis).

2. Tambah ais batu. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Ira Idris

 

IKLAN