Resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips, Pasti Buat Suami Makan Tak Berhenti

Share

Hari-hari terakhir di bulan Ramadan ini pasti diisi dengan membuat biskut-biskut untuk dimakan di hari raya nanti. Salah satu biskut yang boleh anda buat adalah cornflakes crunchy chocolate chips yang cukup mudah.

Anda hanya perlu menyukat menggunakan cawan. Mudah kan? Suami dan anak-anak anda pasti suka kerana biskut ini memang sedap. Jom kita intai resipi yang dikongsi oleh Nurul Syuhada Che Din ini.

Resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahan:

  • 250g buttercup atau boleh guna planta
  • 1 cawan gula aicing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
  • Chocolate chips
  • Chocolate rice (optional)
  • Almond cincang (optional)

Cara-cara:

1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.

5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Syuhada Che Din

IKLAN