Hari-hari terakhir di bulan Ramadan ini pasti diisi dengan membuat biskut-biskut untuk dimakan di hari raya nanti. Salah satu biskut yang boleh anda buat adalah cornflakes crunchy chocolate chips yang cukup mudah.
Anda hanya perlu menyukat menggunakan cawan. Mudah kan? Suami dan anak-anak anda pasti suka kerana biskut ini memang sedap. Jom kita intai resipi yang dikongsi oleh Nurul Syuhada Che Din ini.
Resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan:
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
Ads
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Ads
4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
Ads
6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
Mesti perkara ni selalu terjadi pada anda, bila masuk kedai je mesti ada je rasa nak beli. Lagi-lagi tu kedai kegemaran kita, lepastu ada ‘sale’ pula. Boleh jadi tak tentu arah lihat perkataan itu.
Tapi, bukan sebab ‘sale’ je orang jaditak tentu arah. Kalau tengok bekas cantik-cantik pun dah rambang mata untuk sesetengah orang. Siapa sangka, kedai barang-barang serbaneka ni juga banyak benda boleh ‘shopping’ sekali gus boleh buat projek Diy! Nak tahu apa? Tengok ni!
Bahan-bahan :
Batang penyapu
Bakul bertutup
Cable tight
Senang sahaja nak lakukan, apa yang anda perlu buat adalah susun dan mengikat bekas-bekas tersebut seperti dalam gambar. Selamat mencuba!
kredit: Dek Na
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dibuat dari kelapa parut, sambal kelapa mempunyai rasa savuri-manis yang menarik dan sangat sedap dimakan. Walaupun enak dimakan begitu sahaja, sambal kelapa lebih enak dimakan bersama hidangan berperisa kontras atau hambar seperti nasi impit, lemang, pulut atau nasi biasa. Ia juga menambahkan tekstur bila berpasangan dengan rendang dan hidangan tempatan yang lain. Kami cukup yakin ia akan rasa sedap dengan aiskrim vanila juga!
Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa resepi sambal kelapa, termasuk yang sangat pedas. Resipi ini adalah pada hujung berlawanan spektrum ini dan sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang mempunyai tahap kepedasan yang lebih sensitif.
Bahan-bahan
200g kelapa parut
½ cawan udang kering, direndam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 + 2 sudu besar gula putih
½ cawan minyak masak
Hidangan untuk 8-10 orang
Kaedah
Kisar udang kering sehingga halus. Dalam kuali sederhana, panaskan minyak pada suhu api tinggi.
Tumis udang dikisar sehingga wangi.
Masukkan serbuk kunyit, diikuti 2 gula sudu besar. Goreng campuran sehingga ia mula kelihatan rangup.
Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sebati.
Masukkan 2 lagi sudu besar gula. Kacau sehingga seragam.
Kurangkan haba kepada suhu sederhana dan masak sambil terus mengacau sehingga campuran kering.
Hidang.
Tips tambahan
Ganti 2 sudu besar gula putih dengan gula Melaka untuk profil rasa yang lebih mendalam dan warna yang lebih perang.
Sambal kelapa tidak boleh disimpan lama, jadi jangan masak terlalu banyak, dan makanlahnya dengan cepat! Kami cukup yakin anda tidak akan mempunyai masalah untuk menghabiskannya.
Biasa kita pernah dengar popia nestum je kan? Tapi kali ni jom cuba resepi lain pula iaitu popia coklat! Kalau bab coklat ni memang confirm sedap! Kudapan ketika menonton tv, memang habis sebalang dalam sekelip mata je! Cara membuatnya pun sangat mudah dan hanya mengunakan 3 bahan. Jom cuba buat popia coklat ini menggunakan resepi perkongsian oleh Nurhazlinda Hamisan.
Popia Coklat, Guna 3 Bahan Je!
Bahan-bahan:
Kulit popia
Coklat coin milk beryls
Badam hancur
Cara-cara:
Gulungkan kulit popia sekeping-sekeping.
Bila dah gulung, guntingkan secara serong.
Kemudian goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Cairkan coklat coin milk berlys, bila dah cair tuangkan ke dalam popia yang digoreng tadi. Gaul sehingga popia dan coklat sebati.
Letakkan ke dalam bekas, taburkan badam hancur. Sejukkan dulu, baru tutup bekas. Lagi rangup kalau badam hancur dibakar dahulu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!