Resipi Laicikang, Bila Buat Sendiri Boleh Letak Apa Yang Kita Suka

Share

Alangkah nikmatnya kalau dapat minum laicikang ketika cuaca panas. Sebenarnya tak susah mana pun nak buat laicikang. Paling puas hati bila dapat letak macam-macam bahan ikut selera kita.

Air laicikang merupakan minuman yang dicampur dengan pelbagai bahan yang dimasak atau direndam seperti biji selasih, kembang semangkuk, longan kering, laici, kacang tanah dan sebagainya.

Selain membuatnya untuk minuman seisi keluarga, korang juga boleh menghidangkan air laicikang kepada tetamu yang hadir. Buat korang yang baru berkahwin, bolehlah hidangkan minuman ini pada ahli keluarga dan tetamu yang datang bertandang ke rumah.

Marilah kita cuba buat sendiri Laicikang seperti dikongsikan oleh Salizawati Salleh 

RESIPI LAICIKANG

BAHAN-BAHAN:

Longan kering
Daun Pandan
Buah kembang semangkuk
Gula kabung/gula merah
Barli
Gula batu (jika ada)
Biji selasih
Buah kundur
Buah kabung (ditapis dan rendam dalam air baru)
Air secukupnya
*Anggaran terpulang kepada anda*
(Boleh juga tambah buah goji, kurma cina, buah teratai, telur puyuh, fungus dan apa saja yang kita suka)

 

CARA PENYEDIAAN:

1.Rendam longan kering, buah kembang semangkuk, barli dan biji selasih untuk seketika sehingga kembang.

2. Sambil itu, anda boleh rebus gula kabung, gula batu, daun pandan, bali dan longan kering. (Sekiranya anda gunakan gula merah, anda dinasihatkan untuk rebus asing dan tapis dahulu untuk buang habuk di dalam gulanya).

3. Apabila longan dan barli sudah kembang, anda boleh masukkan biji selasih dan kembang semangkuk(dibuang bijinya). Kacau untuk seketika kemudian tutup apinya.

4. Kemudian masukkan buah kundur yang telah dipotong dadu dan buah kabung.

 

5. Kacau untuk kali terakhir. Siap! Bolehlah dihidang panas ataupun sejuk. Puas bila minum pada hari yang panas.

Sumber kredit: Salizawati Salleh via Group Loyang & Acuan

IKLAN