Semalam Innersejuk mengumumkan Hanis Zalikha dilantik sebagai duta rasmi bagi jenama tersebut. Hanis, seorang isteri dan ibu yang turut bergelar usahawan wanita terkenal di Malaysia ini turut dikenali sebagai Ikon Modest Fashion bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 Juta (Ringgit Malaysia 4.2 Juta).
“Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis Zalikha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Innersejuk. Personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, sangat sesuai untuk membawa jenama Innersejuk. Beliau adalah seorang usahawan wanita berbakat yang berjaya, juga seorang isteri dan ibu. Kami sangat kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan,” kata Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk.
Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru. Dalam kempen tersebut, Hanis Zalika memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi tetap kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai. Koleksi Telekung Suqainah ini telah pun berada di pasaran di semua platform online dan di outlet Innersejuk.
Ads
Fabrik Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa. Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob, ditambah pula dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya.
Ads
“Suqainah bermaksud ketenangan dalam Bahasa Arab dan ia menggambarkan perasaan saya apabila memakai telekung ini. Telekung ini tidak jarang, rasa sejuk bila dipakai dan yang paling saya suka bila di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna. Saya sangat suka dan Telekung Suqainah ini merupakan antara telekung terbaik yang pernah saya miliki,” kata isteri kepada Hairul Azreen yang tidak menafikan dunia content creator kini kadang-kala agak tepu tetapi sebagai invididu yang terlibat, dia akan menghasilkan content yang bersesuaian dengan gaya hidupnya.
Telekung Suqainah Signature merupakan potongan klasik untuk jenama ini yang sesuai digunakan untuk kegunaan harian dan juga di majlis-majlis khas. Manakala Telekung Suqainah Luxe pula mempunyai ciri yang lebih mewah dengan fishtail yang lebih panjang di bahagian belakang.
Ads
INNERSEJUK merupakan sebuah jenama Malaysia yang sedang berkembang di bawah syarikat Airaz Technologies Sdn. Bhd. Innersejuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi serta menarik untuk dipakai merangkumi modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita muslimah pada hari ini.
Pada tahun 2017, Innersejuk menyedari kekurangan dalam pasaran modest fashion dan memutuskan untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi juga mempunyai fungsi yang lebih baik. Selepas melakukan penyelidikan intensif selama beberapa tahun, Innersejuk telah berjaya mencipta DriChill Technology- fabrik yang sejuk dan anti-mikrob, yang dapat menyerap peluh, selesa, serta sesuai dipakai bukan sahaja untuk bersukan malah boleh digayakan sebagai lifestyle wear.
Hari ini, Innersejuk telah berkembang dengan menawarkan pelbagai pilihan produk yang menekankan elemen modest fesyen untuk wanita melalui penggunaan fabrik yang inovatif, reka bentuk moden dan harga pasaran yang kompetitif.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orangnya hebat, pasti ramai yang menunggu! Inilah rezeki pempengaruh popular, Khairul Aming dalam dunia bisnes dan apabila disoal tentang rumah tangga, katanya masih belum terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
Khairul Aming Belum Bersedia Kahwin
Meskipun setiap hari menerima ratusan permohonan untuk menjadi isteri di media sosial, pempengaruh popular Khairul Aming.
Jelas Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, fokusnya lebih tertumpu kepada menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai pencipta kandungan buat masa sekarang.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima ratusan mesej (DM) di media sosial dan e-mel resume bertanya untuk menjadi isteri.
“Agak mengejutkan juga, tetapi itulah yang berlaku. Walaupun orang kata seperti perigi cari timba, tetapi saya sangat kagum dengan keberanian mereka untuk bertanya.
“Tetapi sayangnya tuan badan pula yang tidak sempat untuk memikirkan soal pasangan apatah lagi berkahwin,” katanya lagi.
Keluarga Faham, Tak Desak Suruh Berumah Tangga
Khairul Aming turut memberitahu dia bersyukur apabila keluarga juga tidak mendesak untuk dia segera mendirikan rumah tangga.
“Alhamdulillah keluarga memahami kesibukan jadual kerja saya yang ingin menguruskan kilang, pekerja, produk dan konten.
“Walaupun sebelum ini ada keluarga bertanya, tetapi sekarang mereka serahkan semua itu kepada saya dan sudah mula kurang bertanyakan soalan bila ingin berkahwin,” katanya.
Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan dirinya sudah mempunyai kekasih selepas tular sebuah video menunjukkan dia berbual mesra dengan seorang wanita di sebuah kafe.
Namun Khairul Aming menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan wanita terbabit hanya seorang peminat yang ingin merakam video TikTok bersama.
Namamu ku rahsiakan
Dan telah terpatri di hatiku
Kucu-kuca, kucu-kuca
(Oops, alamak)
Aku jatuh cinta
Bukan rahsia lagi!
Laman Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Kuca-Kuca menimbulkan tanda-tanya apabila memuat naik beberapa foto pertunangan dengan caption “Alhamdulillah, satu langkah ke depan. Enam bulan lalu (bertunang). Semogaa Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya,” katanya.
Rupanya penyanyi yang popular menerusi lagu Kuca-Kuca, Lia Aziz selamat bergelar isteri kepada pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar pada sabtu .
Pasangan ini disatukan dengan sekali lafaz akad dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Al Amin Puchong sekitar jam 9 pagi disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan dekat kedua belah pihak.
Pada majlis akad nikah, Lia mengebnakan sepasang kurung Pahang rona putih rekaan @danielzharifofficial manakala wajah Lia telah ditatarias oleh @intannyusof. Hantaran dari pihak Lia kepada suami tersayang telah mendapat sentuhan dari @deardaisy.my.
Terdahulu, Lia Aziz atau nama sebenarnya Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 19 tahun dan Arash Azimi telah mengikat tali pertunangan pada 22 Januari lalu selepas dua tahun berkenalan.
Untuk rekod, pasangan ini sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama iaitu Rusa Music mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang selepas mendapat restu dari kedua belah pihak.
Menerusi posting di laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 19 tahun ini turut memohon doa daripada pengikutnya agar urusan ke fasa perkahwinan dipermudah. Pasangan ini turut mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan kenalan rapat di Tropicana Golf & Country Club ini mengharapkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini berkekalan hingga ke jannah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang apabila keadaan terlalu mendesak, ada orang yang sanggup membuat penipuan dan melibatkan kerugian pada orang lain. Sekarang ini timbul pula kes tok kadi scam yang menikahkan pasangan yang ingin berpoligami tanpa kebenaran.
Menurut laporan daripada Harian Metro, 100 pasangan sudah dinikahkan oleh seorang jurunikah tanpa tauliah yang merupakan bekas kakitangan awam yang bersekongkol bersama isteri dan anak sehingga mampu meraih keuntungan sebanyak RM50,000. Alasan yang diterima daripada sumber JAIS, jurunikah tersebut ingin memudahkan urusan pernikahan ketika PKP ini.
Kredit: Instagram Mira Filzah (Drama The Maid)
Berikut adalah syarat-syarat poligami
Membatasi jumlah isteri
Syarat poligami seperti yang dinyatakan dalam firman Allah di dalam surah An-Nissa’ ayat ketiga, “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain : dua, tiga atau empat.”
2. Haram menghimpunkan wanita bersaudara sebagai isteri
Janganlah anda mengahwini wanita yang bersaudara. Dalam ertikata lain, mereka mempunyai pertalian adik-beradik, ibu dan anak atau anak saudara dengan emak saudara.
3. Adil
Sekiranya anda mampu berlaku adil kepada kesemua isterimu, bolehlah dipertimbangkan untuk berpoligami. Anda perlu adil terhadap:
Diri sendiri
Para isteri termasuklah adil terhadap hak mereka iaitu kemesraan, makanan, pakaian, tempat tinggal dan nafkah batin
Memberi nafkah
Penyediaan tempat tinggal
Penggiliran
Anak-anak
4. Tidak merosakkan kehidupan
Sebagai suami, anda harus yakin bahawa perkahwinan seterusnya tidak akan menjejaskan kehidupan isteri dan anak-anak. Ia diukur dari segi kemampuan, akhlak dan peribadi.
5. Mampu memberikan nafkah
Anda perlu lihat dari segala sudut kerana perkahwinan atau poligami ini memerlukan sokongan terbaik dari pelbagai sudut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!