Hari perkahwinan merupakan momen terpenting dalam hidup yang ditunggu-tunggu bagi kebanyakan pasangan.Anda tentu ingin dilihat sesempurna mungkin. Tetapi daripada berusaha gigih dengan diet yang boleh membahayakan, kenapa tidak bersenam saja untuk mendapatkan tubuh idaman dengan cara yang lebih sihat?
Senaman terbaik untuk persediaan sebelum berkahwin
Berikut ini ialah lima jenis senaman terbaik yang boleh anda masukkan ke dalam rancangan persiapan perkahwinan anda, di samping menyusun senarai tetamu, menempah dewan, katering, mencari perancang perkahwinan dan tentu saja mencari baju pengantin yang sempurna. Anda boleh jadikan sesi senaman ini untuk semakin mendekatkan diri dengan pasangan menjelang hari penting anda.
1.Berlari
Ada banyak manfaat kesihatan yang boleh anda dapatkan dari berlari. Lari dapat meningkatkan daya tahan tubuh, menguatkan jantung dan paru-paru dan melancarkan pembuluh darah. Tapi selain itu, berlari dapat membakar lemak tubuh dengan cepat. Tubuh pun akan terus membakar kalori bahkan setelah anda selesai berlari. Lari menguatkan tulang sekaligus meningkatkan kepadatannya sehingga mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari.
Lari juga merangsang tubuh untuk meningkatkan produksi hormon endocannabinoid yang boleh membuat anda merasa bahagia. Hormon ini dikatakan memiliki kesan peningkatan mood yang lebih kuat dibandingkan endorfin karena endorfin hanya dikeluarkan oleh bahagian otak tertentu, sementara endocannabinoid dapat dikeluarkan di pelbagai sel tubuh. Lari tidak hanya meredakan stres yang mungkin muncul selama persiapan sebelum berkahwin, tetapi juga mengurangkan kemungkinan anda untuk terpengaruh stres di masa depan.
Khususnya bagi lelaki, lari melatih kekuatan pembuluh darah dan jantung sehingga mengurangkan risiko anda untuk mengalami impotensi atau disfungsi ereksi.
Ads
2.Berenang
Renang adalah kegiatan aerobik yang melibatkan gerak keseluruhan anggota tubuh. Jika dilakukan dengan teknik yang tepat dan rutin, berenang dapat melatih kekuatan jantung dan paru-paru yang akan meningkatkan daya tahan dan kesegaran tubuh secara keseluruhan. Berenang juga membuat otot lebih panjang dan ramping, yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh terus membakar lebihan kalori dalam jangka panjang meski anda sudah selesai berenang.
3.Pilates
Pilates bermanfaat untuk menguatkan otot dalaman tubuh, mulai dari otot dada bawah, perut, punggung hingga otot di sekitar pinggul. Otot dalaman yang lemah atau tidak fleksibel dapat membuat anda mudah cedera. Otot dalaman tubuh yang lemah juga boleh menyebabkan tenaga dari setiap gerakan yang anda lakukan menjadikan anda cepat lemah. Stamina tubuh yang longlai adalah perkara yang ingin dihindari semasa persiapan sebelum berkahwin.
Pilates juga menyokong dalaman tubuh untuk menstabilkan koordinasi tubuh sehingga dapat menjaga postur tubuh yang baik ketika duduk atau berdiri di atas pelamin nanti.
Ads
Pilates juga melibatkan gerakan yang mirip dengan senaman Kegel untuk menguatkan otot dasar pinggul. Otot pinggul yang kuat dapat memberikan anda pengalaman orgasme yang lebih menakjubkan. Selain itu, manfaat pilates untuk menguatkan otot pinggul tak hanya berakhir di tempat tidur saja. Jika anda hamil, otot dasar pinggul yang kuat dapat memudahkan anda untuk ketika bersalin nanti.
4.Yoga
Yoga membantu anda meraih dan menjaga keseimbangan antara tubuh, fikiran dan jiwa dengan memasukkan teknik relaksasi, pengaturan nafas dan meditasi untuk meraih ketenangan dan kedamaian. Sederhananya, yoga dapat mengawal stres yang datang selama persiapan sebelum berkahwin.
Ads
Yoga juga dapat dilakukan oleh bakal pengantin lelaki. Manfaat yoga untuk lelaki termasuk untuk kekuatan otot, yang lebih efektif daripada sekadar bench press atau squat. Beberapa gerakan yoga khusus lelaki boleh dilakukan untuk mengatasi impotensi atau disfungsi ereksi.
5.Angkat berat
Angkat beban ialah salah satu pilihan terbaik bagi anda yang menginginkan bentuk dan postur tubuh ideal. Selain membentuk otot, angkat berat sekaligus meningkatkan kekuatan dan otot tubuh. Latihan beban juga menawarkan sejumlah manfaat lain termasuk penurunan berat badan, pembakaran lemak serta memerangi osteoporosis.
Satu penelitian dari University of Sydney, Australia, melaporkan bahawa orang-orang yang rutin menjalani latihan angkat berat menunjukkan peningkatan fungsi kognitif otak. Ini bererti otak anda jadi lebih tangkas untuk menjalani pelbagai tugas yang rumit sekalipun. Pada dasarnya, angkat berat dapat melatih ketajaman fokus, merencanakan dan mengatur sesuatu, dan multitasking atau melakukan banyak hal sekaligus?
* Tip senaman sebelum berkahwin
Untuk manfaat senaman yang optimum, anda dapat mencampur beberapa jenis olahraga di atas dalam waktu tertentu. Lebih baik jika anda mampu melakukan semuanya.
Dan jika sudah mantap berkomitmen untuk senaman, jangan menunda. Aturlah sasaran yang realistik.Memang betul membuat sasaran akan membuat anda lebih bermotivasi. Jangan memaksa untuk bersenam jika tubuh dan fikiran sudah keletihan, malah anda mudah jatuh sakit. Oleh itu, aturlah masa serta frekuensi olahraga anda di tengah kesibukan menjelang hari perkahwinan. Jangan lupa untuk mengutamakan pola makan sihat dan rehat yang mencukupi agar semua kerja keras persiapan sebelum berkahwin tidak menjadi sia-sia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronoknya bila dah halal. Semua benda boleh lakukan bersama-sama. Baik lelaki atau perempuan perkahwinan itu bukanlah sekadar ‘keseronokan’ semata-mata. Ada tanggungjawab yang anda perlu laksanakan.
Selepas berkahwin pasti banyak komitmen anda perlu lakukan. Namun, anda dan pasangan haruslah merancang dengan teliti apa langkah seterusnya perlu diambil selepas berkahwin.
Ingat, anda kini sudah mempunyai keluarga sendiri. Mungkin tips ini dapat membantu buat pengantin baru dalam mengurus rumah tangga.
1. Elakkan berhutang!
Kalau boleh elakkan daripada berhutang, tidak kira lah dengan kawan anda, atau keluarga sekali pun. Hidup lah bersederhana lebih baik.
2. Beli keperluan yang wajib untuk rumah dulu
Kalau berpindah ke rumah baru, beli lah barangan yang penting sahaja dulu seperti peralatan memasak, peti ais, dan kipas. Ada bajet lebih beli lah barangan tambahan seperti katil, sofa, atau tv.
3. Memasak dari membeli
Dah kalau hari-hari makan luar pun boleh habis jugak duit. Ada baiknya anda memasak sendiri sahaja dirumah daripada membeli makanan luar.
4. Tak perlu malu rumah kosong
Anda tak perlu lah malu kalau rumah lapang tanpa kerusi meja. Jangan cepat terpedaya tengok kawan-kawan, kadang-kadang mereka pun berhutang. Bersyukurlah anda masih anda tempat untuk berteduh.
5. Tak perlu ‘smart tv’, elok persiap tabung ‘baby‘
Tak payah beli tv terlalu canggih sehingga ribuan ringgit. Lebih baik anda simpan sedikit duit anda untuk cahaya mata yang akan datang.
6. Bawa bekal sendiri
Daripada anda membeli di kantin atau cafe tempat kerja anda yang belum tentu murah harganya lebih baik bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
7. Guna kenderaan yang ada dahulu
Jangan terlalu terburu-buru untuk membeli kereta. Kalau ada motor, guna sahaja dulu. Rancang duit anda dengan betul untuk membeli kereta nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada orang, dapat me time dalam kereta sekejap pun sudah cukup puas. Asal boleh buat apa yang dia suka sekejap tanpa gangguan. Begitulah kepuasan seorang wanita bila jadi isteri dan seorang ibu.
Bak kata saudara Taufiq Razif, dia menghargai penat lelah isteri dengan memberikan me time mengikut keselesaan orang rumahnya.
Ambil Masa Bertenang
Jelasnya, ketika si isteri tercinta penat melakukan kerja, dia akan bersembunyi di dalam kereta sambil bermain telefon atau membaca buku.
Tambahnya juga, beliau akan biarkan isteri di dalam kereta tanpa mengganggunya sehingga puas hati dan bertenang.
Me Time Dalam Kereta
Isteri saya ni bila dia penat sangat dia akan ‘bersembunyi’ dalam kereta. Kadang dia main handphone, kadang dia baca buku dan saya akan biarkan saja isteri saya di dalam kereta dan saya takkan ganggu dia sampai la dia keluar sendiri
Sebab walaupun isteri saya ni nampak macam extrovert tapi dia ada sisi introvert dia. Semua orang pun macam itu sebenarnya. Tak ada orang 100% introvert dan 100% extrovert. Benda ini spektrum sebenarnya.
Jadi saya akan biarkan saja isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak-anak seharian.
Ruang Untuk Diri Sendiri
Sesekali.. Berikanlah ruang pada pasanganmu untuk berehat. Berikan juga ruang untuk mereka bersendirian. Masa seorang manusia ada 5 bahagian sebenarnya:
Masa untuk agama dan Pencipta
Masa untuk orang ramai
Masa untuk anak dan keluarga
Masa untuk pasangan
Masa untuk diri sendiri
Jadi sesekali biarlah isteri dengan dirinya. Makin dia bahagia dengan dirinya, makin dia mudah bahagia dengan keluarga.
Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.
Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu.
Sangat menyayangimu. Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.
Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.
Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan.
Maka, muhasabahlah.
Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”
– Al-Mulk: 1-2
Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu. Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.
Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.
PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna. Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya.
Kau perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang. Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah. Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.
Percayalah, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita
Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah. Dia akan kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau tidak sangka-sangka.
Kredit: Tangkap Pictures
Cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak akan memungkiri janji.
Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.
Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga sana.
Kredit : Akuislam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!