Nak wujudkan suasana romantik di antara pasangan bukanlah sukar, salah satu caranya adalah dengan membawa pasangan anda keluar bercuti. Bila bab bercuti bajet dan lokasi pula menjadi perkara utama yang perlu dititikberatkan. Kali ini Pesona Pengantin ingin berkongsi kepada anda lokasi bulan madu bajet namun masih hebat untuk diabadikan buat anda berdua. Ikuti perkongsian dari saudari Nur Masyita Atiqah yang merasai sendiri keseronokan ketika bercuti di Royale Chenang Resort ini. Jom bercuti!
Masa plan nak ke Langkawi, kami decide utk stay di 2 tempat. Tempat pertama kami nak yang dekat dengan pantai, sebab hanya nak santai-santai di kawasan Cenang. Dan untuk hari seterusnya pula nak tempat yang lebih cozy dan selesa.
Disebabkan itu, kami menginap di Malibest Resort pada hari pertama. Malibest lokasinya betul-betul berhadapan dengan pantai. Dari balkoni bilik boleh nampak pantai dan berjalan beberapa minit je ke pantai. Swimming pool pun best siap ada slide. Sesuai utk family yg nak berseronok dgn aktiviti pantai ataupun enjoy view sunset. Di sini juga lokasi strategik, dekat dengan convenient store, kedai makan, Cenang Mall, dan sebagainya. Tapi untuk Malibest, rate saya 6/10. Antaranya disebabkan "gangguan", surrounding kurang bersih & bangunan serta perabot yg sudah agak "lusuh" (di bangunan lobi reception sedang dalam proses renovation). For that price, you can get better place, tapi berbaloi jika dikira faktor lokasi yg strategik.
RCR pula lokasinya dalam 5 minit ke hotspot Pantai Cenang. Berhampiran dengan Pantai Tengah, berhadapan dengan Camar Hotel. Lebih mudah jika sewa motor/kereta/Grab.
RCR tidak terlalu luas, tapi resort kecil ini sangat cantik dan selesa menurut pandangan kami. Bangunan ada elemen English, dipenuhi dengan pokok dan bunga, dan surrounding tidak terlalu bising dan tenang. Sangat selesa dan relaks. Parking kereta juga disediakan jadi tak risau nak parking kereta.
Ads
Terjumpa RCR di laman Booking, mereka ada buat promosi sempena pembukaan semula selepas PKP. Rezeki kami, dapat tempah bilik Super Deluxe Room + Patio dengan harga RM125/malam berbanding harga asal RM200/malam (harga termasuk caj & tax). Jadi untuk 2 malam, hanya RM250. Lebih menguntungkan, kami gunakan wallet bernilai RM45 dari Booking.com, jadi kami hanya bayar RM205 sahaja.
Bilik kami tidak terlalu besar, kira-kira 14sqt tapi lengkap dengan patio, jadi bila nak melepak, boleh bersantai di patio. Berdepan dengan kolam renang (bilik 7104). Juga dilengkapi dengan amenities seperti body wash, shampoo, sanitize kit, shaver, dental kit, etc. Iron & iron board juga tersedia dalam bilik jadi tak perlu nak iron pakaian di luar atau request iron seperti kebanyakan hotel lain. TV, safety box, minibar juga ada. Tilam & bantal pun sangat selesa. I siap selak cadar dan sarung bantal nak tengok brand apa mereka guna.
Ads
Nota :
Tilam – Slumberland
Bantal – The Sultan
Kawasan dalam resort ni juga cantik. Banyak port untuk bergambar. Bunyi unggas sentiasa, more into nature. Bilik yang ada bird nest tu pula buat kita feeling macam di Ritz Carlton Langkawi. Walaupun resort ni bersaiz mini, tapi inshaAllah selesa & menyeronokkan. Kolam renang di sini tidak terlalu dalam jadi sesuai untuk kanak-kanak juga. Kafe pun ada, dinamakan Cengkih. Boleh book bilik berserta sarapan pagi (dengan tambahan kos).
Layanan staff juga sangat memuaskan. Mereka bagi servis tiptop & mesra. Proses check in & checkout tak sampai 5 minit. Selepas check in, staf tolong bawakan beg dan hantar serta tunjukkan lokasi bilik.
Ads
Ada beberapa jenis bilik dan suite di sini. Ada juga yang lengkap dengan private pool & suite dengan beberapa bilik, jadi sesuai utk family.
Overall, kami sangat puas hati dengan RCR. Nak balik pun rasa tak best sebab suka sangat tempat ni hehe.
Very recommended. Tapi jangan expect resort besar & 5 star tau for that price. Ni utk marhaen yg nak tempat best tapi harga berbaloi. If nak yg demand, look for much expensive resort & hotel e.g Ritz Carlton, Berjaya, The Danna, Four Season, etc. Harga pun best heee.
Pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime, 33, sah bergelar isteri ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada majlis tertutup di sini, kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan bapa Atikah, iaitu Mohd Suhaime Mohd Jamali. Lokman menyerahkan mas kahwin bernilai RM300. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Difahamkan, majlis pernikahan itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat. Pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Hubungan cinta Atikah dan Lokman diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak berkenalan pada 2019.
Untuk rekod, Atikah mengumumkan bertunang dengan Lokman melalui Instagram (IG). Atikah turut memuat naik foto hadir ke kursus perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cinta adalah anugerah terindah yang berada dalam diri seorang manusia. Sebagai manusia, kita juga memerlukan cinta agar dapat membahagiakan diri kita. Cinta bukan hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal, yang paling penting adalah keikhlasan hati kedua-dua pasangan tersebut, Siti Aisyah Zaid dan Amirul Syahmi Mohd Yazid.
Bila seseorang itu sudah betul ikhlas menyayangi diri kita, segala kekurangan yang ada pada diri pasangan pasti mereka akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Itulah cinta yang sejati. Mereka ikhlas menerima diri kita seadanya.
Tular di media sosial baru-baru ini seorang pengantin lelaki tidak menjadikan kekurangan isterinya yang lumpuh kedua-dua belah kaki dan berkerusi roda sebagai penghalang untuk mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.
PUBG satukan cinta
Walaupun kedua-dua kaki isterinya lumpuh selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Parit Raja dua tahun lalu, namun ketika itu dia masih belum berkenalan lagi dengan suami walaupun masing-masing tinggal di daerah ini.
Siapa sangka perkanalan di Player Unknown’s Battleground (PUBG) menyatukan cinta mereka hingga ke jinjang pelamin.
Apa yang menariknya kali ini, kesemua pasangan pengantin ini akan diraikan selama dua hari satu malam dan terdapat banyak pengisian termasuk penginapan di hotel, candle light dinner, cabutan bertuah dan konvoi pengantin.
Sumber : Sinar harian, ohbulan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merupakan sambutan kali keempat, larian anjuran bersama ‘Ice Watch’ dan The Marathon Company kembali bagi menutup kalendar tahun 2019 ini.
Dinamakan ‘Ice Watch Light Up Your Day Run 2019’ (IWLUYDR2019) larian akan berlangsung dengan ‘flag off’ pada pukul 7 pagi bertempat di IOI City Mall, Putrajaya selaku penaja lokasi pada 8 Disember depan.
Seperti biasa orang ramai boleh memilih untuk menyertainya dalam dua kategori samada 5km Fun Run yang boleh disertai kanak-kanak berusia dari 5 tahun atau 10km bagi pelari profesional mahu pun amatur.
Menghadiri majlis pengumumannya di Magnum Cafe, IOI City Mall Purajaya baru-baru ini, Pengarah Time Zone Malaysia, Mirzan Meer turut melancarkan edisi khas jam tangan Ice Watch terbaharu yang direka sempena larian di bawah koleksi ‘Ice on Fire’.
Dicipta dalam empat rekaan berona Merah yang melambangkan ‘api’, anda boleh memilih antara warna Fire, Red, Chilli, atau Red Glow yang dilengkapi dengan strap silokon rona merah atau putih.
Berharga RM339, jam tangan berfesyen buatan Belgium ini bakal menjadi hadiah percuma bagi pemenang dalam cabutan bertuah yang akan diadakan kepada kesemua pelari yang berdaftar malah diberikan percuma kepada pelari yang membuat pendaftaran pada kategori VIP.
“Kami memperkenalkan ‘Ice on Fire’ sebagai koleksi khas umtuk dipakai di pergelangan tangan setiap pelari bagi menyuntik semangat dan energi yang membara pada diri masing-masing,” ujar Mirzan Meer ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Ice on Fire’ dan larian IWLUYRD2019 berkenaan.
Tambahnya, yang penting, objektif larian bertujuan mendidik masyarakat agar menjalani kehidupan sihat sekali gus merapatkan hubungan kekeluargaan serta harmoni di kalangan komuniti.
“Kami mahu pastikan anda gembira apabila menyertai larian sebegini pada hujung minggu,” sambung Mirzan.
Turut bersama pada majlis pelancaran, Pengarah projek The Marathon Company, Hafiz Md Khas (dua dari kiri), Datuk Meer Habib, Pengerusi Kumpulan HABIB dan Chris Chong selalu Pengurus Besar IOI City Mall (kanan).
Gimik pelancaran menyaksikan Mirzan bersama Hafiz Md Khas menandatangani contoh ‘medal’ pada poster.
Jadi, bagi mereka yang berhasrat menyertai Larian IWLUYDR2019 boleh memilih untuk mendaftarkan diri mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada 1 November ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!