Pemilik yang nama Rozlan Nassir bukanlah asing dalam industri mekap tanah air. Meskipun baru lima tahun berkecimpung sepenuhnya dalam bidang ini, namun populariti dan hasil kerjanya ini kian meniti di bibir selebriti dan bakal ratu sehari.

Latar Belakang

Merupakan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan, Rozlan Nassir ialah anak ke enam dari tujuh orang adik-beradik.

Mendapat  pendidikan awal di Kelantan dan seterusnya melanjutkan pengajian Diploma di UiTM Seri Iskandar, beliau meneruskan hingga ke peringkat ijazah sarjana di UiTM Shah Alam dan kini sedang menyambung pengajian sarjana di UiTM Shah Alam.

Peluang menyelami isi hati jurumekap muda ini memberi dimensi berbeza dalam menggapai cita-cita sebuah impian. Menurut Rozlan, semuanya bermula dari minat yang mendalam. Baginya tiada yang mustahil dilakukan jika mempunyai minat dan keazaman yang tinggi. Tambahnya lagi, dia sama sekali tidak menyangka akan memberi sepenuh perhatian dalam profession ini.

“Saya berada dalam industri solekan bermula dari 2007 lagi, tetapi ketika itu saya masih lagi belajar di universiti. Kemudiaan  saya bekerja di sebuah IPTA tempatan sebagai Pensyarah. Pada masa itu, saya hanya menjadi  jurumekap sambilan sahaja. Bermula 2013, saya mengambil keputusan untuk menjadi fulltime makeup artist hingga kini. Alhamdulillah.” Ungkap Rozlan memulakan bicara.

Bagaimana Mencipta Nama?

Tatkala ditanya bagaimana dia membina hingga dikenali sehingga ke hari ini, Rozlan menjawab dalam nada bersahaja.

“Pengalaman merupakan perkara paling penting untuk memastikan ‘artwork’ kita dikenali dan diingati.

Selain itu, ‘observation’ dan kepekaan dengan setiap perincian kualiti solekan merupakan perkara utama yang dititikberatkan.” Tambahnya lagi sambal tersenyum.

IKLAN

Nyata, beliau seorang yang mesra dan juga peramah ini tidak pernah lokek dalam memberitahu rahsia kejayaan beliau selama ini.

“Saya rasa masih banyak lagi yang perlu dicapai tetapi bersyukur dengan apa yg dikecapi hari ini.

Rahsia Kejayaan

Kejayaan tiada resepi tersembunyi tetapi kesungguhan kerja akan mencerminkan diri sebenar kita.” Jelasnya merendah diri.

Bagi mendapatkan sentuhan yang menarik, bukanlah mudah.Rozlan percaya persaingan itu adalah sesuatu yang sihat dan semua orang dianugerahkan kelebihan masing-masing. Baginya, persaingan ada di mana-mana, terpulang pada kita untuk meletakkan saingan itu pada sudut positif atau negatif.

Sesuai dengan identiti dan signature Rozlan Nassir, ‘timeless’, hasil sentuhannya tidak banyak berubah

dari dulu hingga kini, yang berbeza dari masa ke semasa adalah material dan juga jenama alat solekan tersebut.

IKLAN

Ternyata bukanlah mudah untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan, selain diberi kepercayaan untuk menata rias seseorang. Semuanya harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh teliti.

Apabila ditanya bagaimana dia mendapat inspirasi untuk menata rias pelanggan atau pengantin mengikut karektor tersendiri, Rozlan menjawab,

“Mengenali setiap karektor mereka adalah perkara asas sebelum saya memulakan kerja. Makeup tidak semestinya mempunyai satu resipi sahaja. Teknik dan langkah penggunaan alatan solekan berbeza-beza mengikut karektor seseorang.Tidak salah jika saya katakan, kanvas saya berubah mengikut karektor pelanggan tersendiri. Niatkan di hati yang kita tidak merubah rupa asal pelanggan kita, kita cuma mencantikkan.” Ujar Rozlan berkongsi tip.

Cabaran Yang Pernah Dihadapi

Lumrah dalam membina kerjaya, pasti ada cabarannya. Malah cabaran itu juga yang akan menjadi resepi utama beliau menjadi seseorang yang dikenali kini.

“Saya pernah menyiapkan solekan pengantin VVIP dalam keadaan gelap kerana bekalan elektrik terputus. Syukur solekan sudah hampir siap dan rambut sudah digulung, tunggu untuk disetkan sahaja.” Katanya lagi. Selain itu, Saya sering mengendalikan perkahwinan Di-Raja dan juga VIP di Malaysia.

IKLAN

Perkahwinan Diraja penuh dengan protokol dan wedding VIP is all about ‘punctuality’.

Bagi kebanyakan jurumekap, perkara yang paling merisaukan mereka ialah ‘makeup pecah’. Oleh itu Rozlan akui menata rias pengantin pada majlis perkahwinan outdoor adalah lebih mencabar kerana faktor cuaca. Dan majlis perkahwinan indoor lebih mudah diuruskan.

Berkongsi dengan kami momen indah sepanjang beliau bergelar jurumekap profesional ini. ,mungkin ramai yang tidak tahu, Rozlan Nassir merupakan ‘bestman’ kepada Fattah sewaktu di majlis perkahwinan Fattah dan Fazura tempoh hari.

“Ini adalah pengalaman paling bermakna buat saya dalam industri ini.” Katanya sambil tersenyum.

Nasihat Kepada MUA Baru

Diminta untuk memberikan nasihat kepada jurumekap yang baru berkecimpung di dalam industri ini.

“Saya tidak terlalu senior untuk memberi nasihat kepada pelapis-pelapis baru.Sedikit nasihat daripada saya, kita perlu sentiasa kreatif dalam mencari idea segar,yang penting terapkan kesungguhan dalam setiap apa yang dilakukan. Setiap kerjaya ada cabaran berbeza, jadi sangat penting kita tahu ‘how to survive?’. Kepada junior makeup artist, jangan malu mendapatkan ilmu dan resipi solekan daripada yang lebih senior dari anda. Katanya mengakhiri perbualan.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI