Kahwin ni bukan hanya setakat dah mampu serba-serbi. Niat dalam hati tu lagi penting kerna dari niat itulah datangnya keinginan nak berkahwin. Ada orang yang tak masukkan berkahwin dalam list penting kehidupannya. Kenapa?

 

Bagi mereka, perkahwinan adalah jodoh dari Allah. Tapi nak tanya juga, kalau tak ada niat, macam manalah Allah nak lorongkan hati kita ke arah perkahwinan. Yang hanya menyerahkan jodoh pada takdir, diharapnya berubahlah… Kerana anda sendiri perlu ada keinginan dan kesungguhan.

 

Dah berusaha dan berdoa, selebihnya bertawakal kepada Allah. Kenapa memilih untuk single sedangkan ada jalan untuk hidup ‘double‘!

 

Ini disenaraikan beberapa sebab masih ramai yang memilih untuk hidup single.

 

  1. Takut komitmen

Kisah rumahtangga ni bukan lagi rahsia orang kahwin. Banyak sungguh curahan hati pasangan berkahwin di media sosial. Tak perlu jauh, kawan-kawan sendiri pun ramai yang mengadu domba mengenai perkahwinan mereka.

IKLAN

Yang bujang ni pun jadi takut dengan masalah dalam rumahtangga. Tapi kita kena ingat, masalah rumahtangga itulah yang menjadi asam garam dalam kehidupan. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri.

Lihatlah dari pandangan yang lebih positif. Memiliki sebuah keluarga membuka lebih banyak ruang rezeki kepada kita. Komitmen itulah yang membentuk keperibadian kita sebagai ketua dan timbalan ketua (isteri).

 

2. Terkongkong

Hidup sendirian memang seronok. Tapi sampai bila agaknya kita nak hidup bebas? Tidakkah terasa kehidupan kosong sahaja? Kawan-kawan sekeliling pun ramai yang sudah berkahwin dan membina keluarga sendiri.

IKLAN

Terkongkong adalah sesuatu yang subjektif. Sebelum berkahwin, berbincanglah dengan pasangan apa yang anda inginkan. ‘Me time‘ memang sesuatu yang sangat diperlukan baik lelaki mahupun wanita. Berbincanglah…

Cuba tanya diri sendiri, sampai bila anda hendak hidup dalam kebebasan. Semakin meniti usia, semakin anda memerlukan seseorang untuk mengisi ruang hati. Ketika itu, kesihatan mungkin merosot. Kalau ada seseorang yang boleh menjaga, kan lebih baik!

 

3. Kewangan

Percayalah kepada rezeki Allah. Takkan jatuh miskin sekiranya kita berkahwin dan berkeluarga. Tetapi sebelum kahwin tu, kenalah ada kewangan yang stabil. Tak perlu kaya-raya asalkan boleh menampung kehidupan berkeluarga.

IKLAN

Tip Ajak Shiro dan Afifah ini sangat bagus untuk pasangan yang hendak berkahwin. Klik LINK INI!

Jangan pernah salahkan takdir sekiranya anda masih single. Banyak platform cari jodoh yang boleh anda cuba. Mana tahu ada rezeki bertemu jodoh sebelah rumah, dalam sesi webinar atau telegram Pesona Pengantin! 

 

 

 

 

***JOIN TELEGRAM PESONA PENGANTIN UNTUK DAPAT LEBIH BANYAK INFO MENGENAI DUNIA PERKAHWINAN DAN ARTIKEL MENARIK! KLIK SINI!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI