Masih hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Hafiz Suip apabila dia menyahaktifkan akaun Instagram miliknya sekaligus menjadi bualan ramai.
Rumah Tangga Hafiz Suip Sedang Diuji
Sementara itu, menerusi perkongsian di TikTok, penyanyi dari Sarawak ini meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tanpa tahu tentang cerita sebenar serta tida masuk campur dalam isu rumah tangganya.
Ads
“Korang (netizen) tak kenal aku jadi korang jangan sembanglah macam korang kenal aku sangat. Ini siaran langsung saya, suka hatilah saya nak cakap apa. Korang tak suka, jangan follow aku,” katanya.
Dikatakan Abai Tanggung Jawab
Sementara itu, Hafiz berkata dia terhibur apabila terbaca satu komen mendakwa dia bercerai kerana dikatakan mengabaikan tanggung jawab.
Ads
“Saya ada terbaca satu komen yang kakak ini berkata dia bercerai sebab laki dia abaikan dia. Saya rasa kelakar dengan komen dia.
“Kau nak cerita apa sebenarnya kak? Kau nak cerita aib kau, tak payah.. Orang tak nak tahu.. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang,” katanya.
Ads
Sebelum ini, Hafiz meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak lelakinya, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne.
Bagaimanapun, tanda pagar perkongsian tersebut #janganmainapi yang dikongsikan oleh Hafiz menjadi tanda tanya netizen.
Begitulah kehidupan rumah tangga, akan tiba fasa diuji. Apa pun, doakan yang baik-baik buat Hafiz Suip. Moga segalanya akan kembali jernih dan dipermudahkan urusan dalam kehidupannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biar mati anak, jangan mati adat. Orang Melayu memang kaya dengan adat dan budaya. Pendek kata ia mahu terus diwarisi turun-temurun. Sebelum berlangsung sesebuah majlis perkahwinan ada bermacam aturcara yang direncanakan sebagai mendukung adat yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Salah satu ritual tersebut ialah majlis malam berinai.
Majlis malam berinai merupakan tradisi perkahwinan Melayu. Meskipun majlis malam berinai sudah agak dilupakan oleh golongan masyarakat masa kini namun masih ada yang mengganggap bahawa majlis malam berinai ini harus diteruskan agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kini adat ini kembali menjadi trend apabila ramai anak-anak muda mula ‘menghidupkan’ semula budaya ini.
Sebenarnya jika mengikut budaya asal majlis malam berinai, majlis ini dibahagikan kepada dua majlis iaitu majlis berinai kecil dan majlis berinai besar. Malam berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang, tiga malam sebelum hari perkahwinan. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir. Tujuannya ialah untuk ‘menghias’ pengantin perempuan. Ada juga pihak keluarga yang turut mengadakan acara mandi bunga untuk majlis malam berinai. Walau bagaimanapun terpulanglah pada diri masing-masing tentang bagaimana untuk ‘mencorakkan’ malam berinai seperti yang diinginkan.
Pada majlis malam berinai kecil, inai akan dihiaskan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga dipakaikan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Untuk malam berinai besar biasanya diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan bagi memeriahkan majlis.
Ketika majlis malam berinai besar, tetamu lelaki akan merenjiskan sedikit beras kunyit di sebelah kiri dan kanan bakal pengantin lelaki. Proses yang sama turut diulang dengan menggunakan bertih dan tangkai daun wangi dicelup dalam air daun setawar. Akhir sekali pes inai akan diletakkan di atas daun sirih dan diletakkan pada tapak tangan pengantin lelaki.
Pada masa kini, majlis malam berinai lebih ringkas. Mungkin ada yang beranggapan majlis malam berinai ini suatu majlis yang tidak perlu di samping dianggap satu pembaziran sedangkan bajet untuk majlis tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan.
Gambar sekadar hiasan
Majlis malam berinai tidaklah mencacatkan sesebuah majlis perkahwinan jika tidak diadakan kerana ia lebih bersifat kepada adat. Di samping itu lain tempat, lain cara malam berinainya. Kebiasaannya waktu malam berinai, bakal ratu sehari akan bertukar-tukar beberapa helai pakaian mengikut daerah masing- masing. Zaman sekarang majlis malam berinai diadakan lebih ringkas. Hanya satu persalinan sahaja yang dipakai ketika majlis tersebut.
Jadi terpulanglah kepada anda sama ada hendak mengadakan majlis malam berinai ini atau tidak. Boleh sahaja jika anda bakal mempelai ingin mengadakan majlis malam berinai. Yang penting, sesuaikan dengan bajet.
Selalunya majlis malam berinai zaman sekarang lebih kepada tujuan suka-suka selain dapat berkumpul dengan keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan juga rakan-rakan. Yang penting bukan hanya pasangan mempelai sahaja gembira dengan majlis tersebut tetapi juga para jemputan yang hadir memeriahkan majlis.
Antara konsep malam berinai yang kini menjadi trending.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya.
Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim. Pada majlis berkenaan, pelakon berusia 34 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barangan kemas.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.
Pasangan merpati dua sejoli ini memilih untuk menyarungkan busana serba putih pada hari bahagia mereka.
Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.
Untuk info, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.
Jika tahun lalu nama “Abang Viva” menjadi sebutan kerana keikhlasannya menghulurkan bantuan terhadap mangsa banjir di seluruh negara, nampaknya kali ini nama sukarelawan ini kembali hangat diperkatakan. Abang VIva atau nama sebenarnya Azwan Omar sekali lagi menjadi bualan ramai di media sosial apabila tular sebuah rakaman siaran langsung di TikTok memaparkan dirinya ‘melamar’ seorang wanita.
Dalam akaun Tik Tok berkenaan, kelihatan Abang Viva mengeluarkan kata-kata seakan-akan ingin melamar seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya dikenali dengan nama Evanoza. Sesi siaran langsung melalui akaun Tik Tok itu sekaligus telah mencuri perhatian pengikutnya!
Menerusi rakaman yang dikongsikan, Azwan turut menunjukkan sebentuk cincin kepada wanita berkenaan sehingga membuatnya terkedu.
“Ini serius, Evanoza binti Zakaria, sudi tak awak terima lamaran saya?.
“Saya tanya, terima atau tidak,” soalnya.
Pesona Pengantin sempat menjengah ke ruangan komen di mana rata-rata orang ramai tumpang gembira melihat kemesraan di antara mereka berdua. Malah ramai yang mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke alam rumah tangga.
“Tahniah untuk Abang Viva dan Eva, semoga kekal dan cepat-cepat kahwin,” kata seorang pengguna,
Jelas anak lelaki bongsu di dalam keluarga ini, tanggungan dirinya yang banyak serta komitmen saya tinggi membuatkan dirinya lebih selesa untuk hidup bersederhana.
“Dalam keluarga saya seorang lelaki, bongsu. Saya juga jaga dua anak buah saya, kakak sulung saya sudah meninggal dunia. Sudah nak masuk 3 series ini, bukan tak fikir langsung, tapi belum (kahwin). Kalau ada jodoh, saya tak tetapkan status apa, janji jangan bini orang,” ujarnya memetik temubual sebelum ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!