Pelakon wanita, Erysha Emyra memilih bersikap terbuka jika ibunya, Datin Seri Noniswara mahu kahwin lagi sebab faham keadaannya.
Mengakui tidak tahu menahu mengenai perkongsian dibuat ibunya yang mendedahkan ada menerima lamaran lelaki ingin mengenali hati budinya.
Erysha Emyra Faham Ibu Sunyi
Menurut Erysha, 25, dia bagaimanapun memahami perasaan ibunya yang mungkin kesunyian selepas pemergiaan suami tercinta iaitu Allhayarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad setahun lalu.
Sebenarnya saya tak perasan pun perkongsian dia. Saya tak nak komen banyak, tapi saya tahu mungkin hati dia masih sedih. Kadang-kadang dia telefon anak-anak, kata rasa sunyi.
Sebab sebelum ini dia memang selalu luangkan masa dengan suaminya. Sekarang dia cuba untuk sibukkan diri dengan keluar dengan anak-anak dan kawan. Kadang-kadang dia sibukkan diri dengan buat kerja di rumah.
Ads
Erysha berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Terbuka Kalau Ibu Nak Kahwin
Berkongsi lanjut, pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 36 berkata, dia dan adik-beradiknya terbuka sekiranya ibu mereka mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Sudah tentu (izinkan kahwin) sebab kita dalam dunia ini siapa kan, siapa kita untuk menolak jodoh.
Ads
Kalau memang betul ada jodoh, ada orang datang melamar dan nak jaga dia, siapa kita untuk menolak.
Cuma anak-anak nak kenal dulu, dia kena bawa jumpa kita dan duduk sama-sama. Kalau kami rasa okay, okay lah.
Sedang Sesuaikan Fasa Baharu
Ads
Dalam pada itu, Erysha juga memberitahu ibunya kini melalui fasa yang berbeza dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Kami ada berkongsi cerita, dia cerita dekat saya macam mana perasaan dia sekarang. Saya rasa makin lama, dia dah okay dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Kita tahu dia pernah bercerai, tapi ini kali pertama dia kehilangan suami disebabkan kematian, jadi benda itu berbeza untuk dia. Saya rasa dia melalui fasa yang berbeza.
Begitulah cerita tentang emosi dua beranak ini selepas kematian orang tersayang iaitu suami kepada Datin Seri Noniswara.
Replika Cek Perkahwinan atau Mock-up Cheque banyak digunakan zaman sekarang ini sebagai hantaran perkahwinan. Ianya bukanlah Cek sebenar tetapi ia dicetak dengan mengikut spesifikasi cek yang sebenar. Tujuan Mock-Up Cheque dicetak sebagai hantaran ialah sebagai langkah keselamatan kepada kedua pihak keluarga pengantin.
Cek yang sebenar memiliki nilai yang dikeluarkan oleh yang empunya cek atau telahpun di bank-in kan kepada penerima cek lebih awal dari tarikh majlis pernikahan atau perkahwinan. Mock-up cheque ini hanyalah sebagai bukti bahawa wang hantaran telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan. Ramai pasangan yang menggunakan replika mock-up cheque ini sebagai hantaran kerana ia lebih menarik dan unik.
Walaupun wang hantaran yang diserahkan adalah dalam bentuk tunai tetapi sebagai langkah keselamatan wang hantaran dalam bentuk tunai seeloknya tidak diserahkan semasa majlis berlangsung. Ini bakal mengundang kepada risiko kehilangan atau kecurian semasa sibuk mengendalikan majlis.
Foto : IG Replika cek viral
Foto : IG Replika cek viral
Semestinya replika mock-up cheque seperti telah menjadi pilihan pada pasangan yang ingin berkahwin kerana mengikuti peredaran zaman dan trend terkini.
Foto : IG acrylic.my
Foto : IG acrylic.my
Harga mock-up cheque ini pula bergantung kepada corak dan bahan yang anda pilih. Ia sangat berpatutan kepada bakal pengantin di luar sana.
Foto : IG dz_dlaila
Sumber : rekaprintblog
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Team Pesona Pengantin ingin mengucapkan tahniah buat pelawak dan penyampai radio Era FM, Danial Zaini selamat bergelar suami kepada Yasmine Umaira Yahya yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah di Timorra Avenue, Kuantan, Pahang semalam.
Dengan sekali lafaz, Danial yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Yahya Abdul Rashid telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 beserta wang hantaran berjumlah RM17,777.77. Selain wang hantaran, Danial turut menghadiahkan seutas rantai emas dan sebentuk cincin kepada Yasmine sebagai hantaran iringan.
Tidak berniat menyorokkan kisah pernikahannya, Danial menzahirkan rasa syukur kerana niat memperisterikan Yasmine akhirnya terlaksana.
“Pelbagai dugaan telah kami hadapi sepanjang tempoh pertunangan dan Alhamdulillah kami berjaya hadapi segala dugaaan.” katanya memetik portal MStar.
Pada majlis tersebut, Danial turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.
Untuk pengetahuan, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu namun mengambil keputusan merahsiakan pertunangan tersebut dari pengetahuan umum demi menjaga privasi Yasmine serta keluarganya.
Pada majlis akad nikah, pasangan mempelai menggayakan busana hasil rekaan Amzar Atelier manakala busana songket mewah rekaan Man Kajang dan solekan oleh Ayang Kamel.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Personaliti TikTok popular yang sinonim dengan panggilan Budak Bedak, Ryan Bakery telah pun melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022.
Bagaimanapun majlis persandingan baru sahaja diadakan pada 15 Januari 2022. Majlis persandingan itu ialah disebelah pengantin perempuan di Melaka.
Melalui hantaran di Instagramnya, Ryan Bakery berkongsi momen-momen indah itu untuk tatapan warga maya.
Ini perkonsian Ryan selepas majlis akad nikah mereka tahun lalu.