Ini ada tip membilas pakaian. Mungkin kita boleh cuba sendiri nanti di rumah dan yang penting ianya selamat, mudah dan menjimatkan.
Cubalah!
Dulu saya selalu guna pelembut pakain/softener berjenama agak mahal disebabkan bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih ada.
Tetapi baru-baru ini saya teringat akan satu petua jiran lama saya. Setiap kali lalu depan rumah dia dahulu , pasti tercium bau wangi sangat bila dia sidai baju. Rumah saya tingkat 2 rumah dia ground floor tetapi bau wangi pakaian dia boleh sampai ke rumah saya.
Jadi saya tergerak hati ingin mencuba petua tersebut sejak kebelakangan ini. Petuanyaa sangat mudah & murah.
Sediakan air yang dicampur softener tidak kisah apa jenama , sekarang saya gunakan softener jenama murah je pun iaitu Daia, campuran softener tadi pula ditambah dengan secawan kecil cuka makan. Atau untuk 4-5kg berat pakaian, 30mls cuka makan.Gunalah la untuk bilasan akhir pakaian anda.
Hasilnya tersangat WOW!!!. Wangi dia tahan lama sangat, ditambah pula pakaian jadi bertambah lembut dari biasa & mudah digosok. Walaupun pakaian disimpan dalam almari wanginya tahan dekat 3 minggu.
Sampaikan pagi ni,
Ads
“Amoi!.” Jiran sebelah tegur
Terkejut saya bila tiba-tiba ditegur.
“Ada apa aunty?” Tanya saya
“Amoi you pakai sabun apa? “
“Banyak wangi lor.”
Saya pun cerita la petua jiran lama saya tu, dia cakap mahu try la Amoi. Sudah lama mahu tanya tapi selalu Aunty lalu you sudah masuk rumah.
Ads
Siapa sangka bau wangi pakaian pun boleh merapatkan hubungan sesama jiran tertangga, jiran saya majority cina di tempat baru ni.
Kalau anda rasa petua ni bermanfaat sila share mana tahu boleh merapatkan ukhwah sesama jiran anda semua.
Manfaat Cuka Pada Pakaian
1. Mencerahkan dan memutihkan.
Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merusak kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan deterjen. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuat warna pakaian menjadi lebih terang dan jelas. Selain itu kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam menjadi kembali putih warnanya.
Ads
2. Menghilangkan bau lembap.
Pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembap dan dapat menimbulkan jamur. Untuk membuat baunya menjadi segar kembali campuran air hangat dengan dua tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.
3. Melembutkan pakaian.
Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut dalam berbagai merek yang beredar di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami. Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.
4. Mencegah debu dan bulu binatang menempel.
Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah menempelnya debu-debu halus dan bulu-bulu hewan menempel pada kain. Cukup setengah tutup yang dicampur ketika mencuci baju dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak Anda inginkan.
Perkahwinan adalah penyatuan yang paling suci antara lelaki dan wanita, ikatan lafaz cinta yang diungkapkan menjadi penguat sesebuah perhubungan. Namun langit tidaklah selalu cerah, bertikam lidah atau salah faham pasti akan berlaku. Terpulang kepada pasangan bagaimana untuk menangani perkara ini agar masjid yang dibina kekal utuh di dalam rahmat yang maha Esa.
KOMUNIKASI- Ini adalah peraturan yang paling penting dalam sesebuah perhubungan. Selalu mendengar masalah atau apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda. Jangan bersikap ego tinggi kerana tidak mahu kalah, perlu diingatkan bahawa apabila berkahwin hidup bukan lagi hanya tentang anda seorang. Apabila terjadi salah faham cuba selesaikan dengan cara yang baik dan bersikap saling memaafkan.
JUJUR- kejatuhan sesebuah rumahtangga disebabkan hilangnya kejujuran dalam diri. Sikap tulus dan terbuka amat diperlukan dalam melayari bahtera perkahwinan. Jika ada sesuatu perkara yang dilakukan oleh pasangan anda tidak sukai, maka berterus terang dengan mereka jangan dipendam di dalam hati.
MASA BERKUALITI- Luangkan masa yang berkualiti bersama dengan pasangan anda. Tidak semestinya meluangkan masa bersama perlu memakan kos yang banyak dengan melancong atau menginap di hotel-hotel mewah sebaliknya di rumah pun boleh menjadi lokasi terbaik untuk meluangkan masa berkualiti. Sebagai contoh, anda boleh menonton filem bersama-sama ataupun mengadakan makan malam yang romatis di rumah.
JANGAN PERNAH MENJERIT- Tanam sifat hormat di antara satu sama lain. Apabila bertikam lidah, kawal nada suara dan juga perkataan yang keluar daripada mulut anda. Jangan sesekali menjerit antara satu sama lain, kerana ini akan mewujudkan satu tekanan terhadap perhubungan sekaligus menjadikan anda lebih menjauh dengan pasangan. Kadangkala apabila berada dalam keadaan marah, perkara-perkara yang tidak sepatutnya akan terhambur dan akan menyesal selepas itu. Jadi cuba kawal perasaan anda.
BELAJAR BERKOMPROMI- Sikap bertoleransi merupakan satu kunci kebahagiaan. Jangan hanya pentingkan diri sendiri apabila membuat keputusan. Dalam setiap perkara yang anda berdua tidak bersetuju jangan ingat anda perlu selalu menang. Kadangkala mengalah lebih baik dari cuba membuktikan sesuatu. Percayalah dengan berlajar berkompromi, anda akan kenal pasangan dengan lebih mendalam dan kasih sayang akan bertambah erat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi anda yang ingin menghasilkan gambar perkahwinan yang ‘wow’ dan gempak untuk kenangan anda bersama pasangan. Pastinya tempat mengambil gambar itu sendiri memainkan peranan yang penting. Bukan sahaja menghasilkan permandangan yang menarik, malah anda juga akan mendapat effect gambar yang sangat cantik. Di sini kami senaraikan beberapa lokasi yang menarik dan seakan-akan seperti anda berada di luar Negara. Ikuti 8 Lokasi Menarik untuk Gambar Outdoor Perkahwinan.
1. Colmar Tropicale Berjaya Hills
Senibina ilham daripada perancis ini sering menjadi tumpuan pelancong untuk singgah kerana lokasinya yang terletak di atas bukit dan nyaman. Memang sesuai untuk mengambil gambar di sini.
2. Pantai Klebang, Melaka
Foto : malaysianflavour
Antara salah satu tempat yang menarik untuk photoshoot. Masih di Malaysia, namun tempat ini di penuhi dengan bukit pasir yang begitu indah. Malah, terdapat beberapa aktiviti yang boleh di lakukan di sini.
3. Masbro Village, Melaka
Masih di Negeri Melaka, Masbro Village merupakan tempat penginapan `ala homestay` yang di bina dengan bentuk yang berbeza daripada biasa. Senibina yang luar biasa dan unik ini akan membuatkan anda ingin mengunjungi ke kawasan ini.
4. Putrajaya Wetland
Foto : syibli
Lokasi jeti ini terletak di Putrajaya Wetland. Pemandangan yang sangat cantik dan menakjubkan. Sesuai diambil gambar pada waktu senja untuk mendapatkan hasil gambar yang memuaskan.
5. Taman Saujana Hijau, Putrajaya
Taman ini akan membuatkan anda rasa ala-ala seperti di New Zealand. Kedudukannya yang di kelilingi hidupan hijau membuatkan anda berasa tenang. Ia sangat sesuai untuk mengambil gambar outdoor untuk perkahwinan anda.
6. Alor Setar, Kedah
Ini bukan di Jepun, tetapi ini adalah di Malaysia iaitu di Negeri Kedah. Pokok yang seakan pokok bunga sakura ini bermusim sekitar bulan Februari dan Mac. Jadi, ini adalah peluang kepada warga Kedah, jika anda masih tidak tahu di mana tempat yang menarik anda boleh ambil. Tentunya di sini adalah tempatnya. Latar belakangnya membuatkan gambar anda akan menjadi lebih romantis.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jom D.I.Y hantaran dihari bersejarah anda! kami sediakan beberapa panduan ringkas bagi yang ingin menyerlahkan kreativiti anda melalui gubahan hantaran. Semoga berguna! Selamat Mencuba.
#1. Pemilihan dulang
Untuk yang sukakan simple mungkin boleh gunakan dulang kayu rustic, dulang besi segi4 dan dulang bulat tanpa kaki. untuk yg sukakan ekslusif gunakan dulang material cermin, kaca & bercorak diamond
#2. Warna
Hadkan tidak lebih dari 3warna, pastikan warna-warna dekorasi hiasan alas dulang bersesuaian (kontra) , ini bagi memastikan barang hantaran tampil memukau dan tidak nampak kusam.
#3. Hiasan
Beli bahan ready made seperti reben,bunga siap, alas berbalut , lagi elok kalau sewa je kan lebih jimat. Bagi yang ingin menggunakan bunga segar sebagai hiasan anda perlu pastikan span basah dicelup air terlebih dahulu serta dibalut siap sebelum digunakan. Awas! Jangan terlalu sarat ketika menghias dulang kerana dikhuatiri dulang menjadi berat dan mengakibatkan dulang jatuh ketika dibawa.
#4. Kemas dan rapi
Elakkan dari menghias dulang terlalu banyak perhiasan, terutamanya dulang-dulang yang memang sedia cantik dengan hiasan/ukiran.
#5. Saiz
Ukur terlebih dahulu saiz dulang yang dipilih bagi memudahkan barang-barang dapat diletakkan dengan baik dan kukuh , ia juga memudahkan penambahan aksesori jika ada ruangan pada dulang.
#6. Barang hantaran
Part yang ini sebenarnya buatkan bakal pengantin pening kepala dan bertambah excited. Tetapi pemilihan barang bergantung pada bajet, dibawah ni kami berikan contoh barang hantaran :
Set kecantikan
Set Wangian
Makanan seperti kek/coklat/buah/manisan
Haiwan peliharaan (kucing)
Pakaian (tudung/seluar/baju)
Gadjet (hp/camera)
Aksesori seperti cermin mata/wallet/kasut/rantai
Barang perhiasan (emas/silver)
Bahan bacaan
Kelengkapan beribadah (telekung/alquran)
Produk kesihatan
Ini adalah beberapa contoh dan anda perlu pandai mencari mengikut bajet anda! Biar murah yang penting dapat menarik mata yang memandang dan dapat menyerlahkan lagi hantaran tersebut.
Sumber : Supercun wedding rental
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!