l

Kelahiran cahaya mata pastinya merupakan titik tolak bagi seorang wanita kerana kehidupannya bakal berubah secara 360 darjah.

Jika sebelum ini mereka mempunyai masa untuk diri sendiri, untuk berdandan, bersosial mahupun melakukan hobi kegemaran mereka namun kini hampir semua masa yang mereka ada setiap hari akan dihabiskan untuk memenuhi keperluan anak dan suami.

Lebih-lebih lagi apabila seorang wanita itu mempunyai kerjaya, pasti akan serba sedikit mempengaruhi kualiti kerja mereka dari segi masa dan produktiviti harian.

Satu lagi cabaran yang akan dilalui oleh seorang ibu ialah keperluan untuk menyusukan si anak dengan susu badannya sendiri.

Bukan mudah bagi seorang ibu untuk betul-betul komited terhadap penyusuan kerana ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

Fasa untuk mengadaptasi proses itu sahaja sudah cukup mencabar, ada bayi yang mempunyai masalah untuk mencari posisi yang betul apabila menyusu sehinggakan kadang-kadang ianya akan berakhir dengan tangisan ketidakpuasan si kecil yang pastinya akan membuat ibu berasa tertekan.

Belum lagi disentuh aspek perubahan fizikal badan yang akan dilalui si ibu kerana terpaksa menyusu si anak.

Tidak dinafikan, ramai ibu-ibu menyusu dapat melihat perubahan bentuk payudara mereka jika mereka menyusukan anak secara berterusan sehingga anak-anak mencapai usia 2 tahun.

Dan agak mustahil untuk ia kembali kepada keadaan asal.

IKLAN

Dalam sebuah kumpulan sokongan di Facebook yang banyak membincangkan isu-isu rumahtangga, seorang wanita tampil meluahkan rasa kecewanya kerana si suami mula mempersoalkan perubahan fizikalnya yang dialaminya selepas melahirkan anak.

Dari bentuk susuk badan, berat badan yang meningkat, selulit yang memenuhi perut dan peha malah keanjalan dan saiz payudara yang berubah secara mendadak juga dipertikaikan dan dikatakan membuat si suami tidak bernafsu melihatnya.

Sakitnya Hati Seorang Isteri Bila Suami Hanya Tahu Kritik Bentuk Badan Isteri Selepas Bersalin
.

Hinaan yang dilontarkan kepadanya ketika mereka ingin melakukan hubungan intim walaupun dengan intonasi yang elok tetap membuatkan si isteri berasa sedih dan berkecil hati.

Jika diberi pilihan, pasti si isteri juga tidak mahu badannya berubah sebegitu. Namun sedarkah si suami bahawa demi melahirkan zuriat untuk mereka para wanita sanggup menperjudikan badan malah emosi mereka demi memanjangkan keturunan.

IKLAN

Adilkah bagi wanita untuk dipersoal isu-isu sensitif seperti itu?

Susu Sikit Buat Ibu Stress, Suami Pula Tak Membantu

Bagi yang tidak tahu, secara semulajadinya setiap wanita yang hamil akan mula menghasilkan susu ketika mereka mula memasuki trimester ketiga.

Tetapi ada yang lebih awal sehinggakan kadang-kadang mengalami ‘kebocoran’ dimana susu mereka keluar dengan sendiri tanpa mereka sedari.

Malah badan si ibu juga akan mula mengaktifkan hormon khas untuk menghasilkan susu yang kelak akan menjadi hisapan si anak bermula dari saat mereka dilahirkan.

IKLAN

Ikatan yang terjalin antara si ibu dan anak dari aspek emosi semasa proses penyusuan berlaku adalah satu perkara yang bukan dapat dimiliki oleh semua orang.

Ini kerana ada wanita yang tidak mampu menyusukan anak mereka secara ekslusif mahupun untuk tempoh yang lama dek kerana kekangan kerja mahupun kerana mempunyai masalah kesihatan yang serius.
Sakitnya Hati Seorang Isteri Bila Suami Hanya Tahu Kritik Bentuk Badan Isteri Selepas Bersalin
l.

Namun, punca yang selalunya menjadi penghalangan utama bagi si ibu adalah kerana tekanan yang dihadapi mereka.

Suami Perlu Main Peranan

Dan lebih memburukkan keadaan apabila si suami tidak pandai memainkan peranan mereka dalam memberi sokongan kepada isteri mahupun membantu dalam memikirkan cara untuk menyelesaikan isu yang dihadapi si isteri.

Sedangkan suamilah orang yang paling diharap oleh si isteri untuk menjadi pendengar dan penyokong paling kuat.

Wahai para suami, mainkanlah peranan anda sebaiknya. Jangan hanya pandai mengkritik si isteri di atas pengorbanan yang mereka lakukan untuk anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI