Ads

Sambut Majlis Akikah Tapi Penampilan Datin Shahida Macam Pengantin

Sempena majlis cukur jambul, aqiqah tahnik putera Datuk Aliff Syukri, Yusoff  AlQardawi yang bakal berlangsung malam tadi, jutawan kosmatik terkenal ini telah menggunakan khidmat pereka terkenal, Rizalman Ibrahim menerusi Glamwedding untuk menatarias dekorasi majlis.

Bukan sahaja dekorasi malahan busana yang disarungkan Datin Shahida juga turut mendapat sentuhan Rizalman Ibrahim. Terkenal dengan sifat rendan diri dan santunnya, Datin Shahida kelihatan cantik dalam busana serba putih itu.

Rizalman menerusi laman Instagramnya turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan dekorasi hasil sentuhannya untuk majlis pada malam ini.

Ads

Ads

Dekorasi yang bertemakan Versailles Bed Chamber sentuhan Rizalman ini telah mendapat perhatian dan pujian ramai netizen yang rata-ratanya mengkagumi idea dan kreativiti pereka terkenal ini.

Ads

Datuk Seri Aliff dan isteri juga turut  mengadakan majlis cukur jambul, aqiqah tahnik putera mereka, Yusoff  AlQardawi, serentak dengan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Busana Pernikahan Izara Aishah Kekal Ikonik, Elegan Dalam Rekaan Rizalman Ibrahim

Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...