Sempena majlis cukur jambul, aqiqah tahnik putera Datuk Aliff Syukri, Yusoff AlQardawi yang bakal berlangsung malam tadi, jutawan kosmatik terkenal ini telah menggunakan khidmat pereka terkenal, Rizalman Ibrahim menerusi Glamwedding untuk menatarias dekorasi majlis.
Bukan sahaja dekorasi malahan busana yang disarungkan Datin Shahida juga turut mendapat sentuhan Rizalman Ibrahim. Terkenal dengan sifat rendan diri dan santunnya, Datin Shahida kelihatan cantik dalam busana serba putih itu.
Rizalman menerusi laman Instagramnya turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan dekorasi hasil sentuhannya untuk majlis pada malam ini.
Dekorasi yang bertemakan Versailles Bed Chamber sentuhan Rizalman ini telah mendapat perhatian dan pujian ramai netizen yang rata-ratanya mengkagumi idea dan kreativiti pereka terkenal ini.
IKLAN
Datuk Seri Aliff dan isteri juga turut mengadakan majlis cukur jambul, aqiqah tahnik putera mereka, Yusoff AlQardawi, serentak dengan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri.
Pemakainan songket tradisional nyata tidak pernah tampak lapuk buat pemakaian persandingan. Kemasan fabrik bekilau dengan benang emas ini menghidupkan lagi aura raja sehari di pelaminan.
Aura kemelayuan di utamakan bagi merai detik paling bersejarah.
1. Menyuntik sedikit perincian moden pada rekaan. Busana merah jambu ini tampak lebih menawan dengan campuran fabrik jenis sequin pada bahagian atas busana. Diserikan lagi dengan tampalan renda pada bahu juga ‘empire line’ busana.
2. Rekaan songket maroon ini tampak lebih mewah dengan perincian sulaman renda dan batu permata pada pinggang juga dada.
3. Satu rekaan tradisional kontemporari. Busana songket ini diberi pengkhususan moden dengan perincian manik serta sulaman batu permata pada dada juga pada kain busana.
4. Mengimbau semula rekaan kebaya songket dengan mainan aksesori tembaga dokoh juga tali pingang. Elemen tradisi ini pasti menaikan seri manis buat gadis melayu.
5. Songket berona kuning diraja ini menaikan lagi seri si ratu. Berhiaskan pula kemasan sulaman batu permata pada bahagian dada juga skirt busana.
6. Busana ringkas ini tampil dengan gaya yang lebih moden. Rekaan ini dihiaskan lagi dengan perincian bungaan serta tampalan batu Swarovski pada busana.
Serlah gaya anggun dalam penampilan ratu sehari anda dengan sentuhan kuasa riben yang bakal memberikan aura jelita tiada tara. Selain digunakan untuk dekorasi buat pelaminan cinta dan gubahan hantaran, elemen riben juga cukup sesuai digunakan untuk penataan gaya ratu sehari.
Relevan untuk digayakan di abad ini, suntikan riben bakal melahirkan sisi romantis buat si dara. Pastinya gaya ratu sehari tampak manis dan jelita saat melangkah ke mahligai cinta.
Tas Tangan Gucci
1. Tas Tangan Gucci
Jenama mewah ini memberi ‘statement’ elegan buat si pemakai. Suntikan riben pada beg tangan ini melahirkan gaya femin yang tiada tara. Juga sesuai diletakkan di atas dulang hantaran sebagai hadiah dengan gubahan bunga segar berona pastel.
Cincin Van Cleef & Arpels
2. Cincin Van Cleef & Arpels
Cincin bertatahkan berlian dari Van Cleef & Arpels mempertaruhkan rekaan ikonik dengan cetusan riben yang cukup anggun. Tampak ringkas, namun sisi eksklusif yang dibawa oleh jenema perhiasan terkemuka ini memberika gaya moden buat si dara.
Pewangi Kate Spade
3. Pewangi Kate Spade
Semburkan pewangi segar dari jenama Kate Spade di majlis raikan cinta anda. Haruman segar dari pewangi ini akan membuatkan si dia bertambah sayang. Reka bentuk botol yang rimgkas diserikan lagi dengan lilitan riben di bahagian penutup botol. Pastinya gubahan hantaran tampak lebih manis dengan hadiah berupa pewangi ini.
Busana Reem Acra
4. Busana Reem Acra
Ringkas dan minimalis! Busana rekaan Reem Acra tampak menonjol dengan padanan riben berona hitam di bahagian leher. Percikan rona serba putih pada busana ini memberikan biasan elegan yang tiada tara. Sesuai buat ratu sehari yang inginkan gaya ringkas dan moden.
Jam Tangan Chanel
5. Jam Tangan Chanel
Rona hitam pada jam tangan jenama popular ini tampak menyerla dengan padanan ilham riben berona perak yang diserikan lagi dengan sulaman batu permata. Relevan untuk digayakan di majlis raikan cinta atau dijadikan sebagai hadiah untuk dulang hantara./
Sepatu Nicholas Kirkwood
6. Sepatu Nicholas Kirkwood
Gaya ratu sehari anda pastinya bagaikan Cinderella saat menyarungkan sepatu anggun ini. Rona perak yang memberi biasan elegan tampil menyerlah dengan taburan batu permata. Suntikan riben memberi nada eksklusif buat rekaan sepatu ini.
Subang Pandora
7. Subang Pandora
Tidak lengkap gaya ratu sehari tanpa padanan subang yang bersesuaian. Rekaan subang dari Pandora melahirkan ilham riben dalam rekaannya sekaligus amat sesuai untuk digayakan untuk majlis raikan cinta. Suntikan mutiara memberi aksen romantis buat si pemakai.
Baju kahwin songket yang makin menjadi trend sejak kebelakangan ini mendapat banyak perhatian di mata mempelai dan raja sehari. Pelbagai warna dan design menjadi tarikan buat tahun ini. Pengantin dan pereka juga bijak bermain dengan rekaan yang cukup menarik. Admin bawakan 16 inspirasi baju kahwin bertemakan songket yang boleh anda jadikan rujukan dan inspirasi.