Anda baru sahaja berpindah ke kediaman baru bersama suami, pastinya teman-teman baik anda mahu merasai makanan yang dimasak dari air tangan anda sendiri. Tentunya anda dan suami mahu membuat persiapan yang sempurna terutama di ruang tamu dan ruang makan di mana sinilah tetamu bakal berkumpul. Penataan di meja makan lengkap dengan dekorasi serta lipatan napkin mengikut tema majlis yang dirancang menjadikan tetamu yang datang rasa teruja dan berbesar hati. .
Inilah masanya anda menunjukkan kreativiti dengan menghasilkan lipatan napkin yang berseni disusuli dengan hidangan yang enak membuat tetamu rasa kagum dengan kesempurnaan yang ditampilkan oleh anda berdua. Untuk menghasilkan penataan yang memukau, seharusnya bahan dan warna napkin perlu disesuaikan dengan tema majlis contohnya warna alas meja dan peralatan makannya juga perlu senada agar mencuri tumpuan tetamu dan menghasilkan penataan yang bergaya di meja makan itu nanti.
Tip Menghasilkan Lipatan Napkin Yang Baik :
Jangan membuat lipatan napkin makan dengan bentuk yang terlalu tinggi sehingga menutupi wajah tetamu lain.
Jangan membuat terlalu banyak lipatan kerana napkin makan akan mudah kotor sebelum digunakan, sebaiknya keadaan tangan dalam keadaan kering dan bersih.
Gunakan napkin yang berukuran agak besar (50 cm x 50 cm), kerana memudahkan dalam melipatnya dan hasilnya akan lebih baik dan indah.
Untuk lipatan napkin yang berdiri atau standing, gunakan napkin yang bahannya lebih keras. Bentuk lipatan yang hendak dibuat bergantung pada jenis napkin yang digunakan.
Napkin daripada bahan linen sebaiknya dilipat dengan jenis lipatan yang lebih lembut agar lebih mudah dalam membentuknya.
Pelamin adalah sesuatu perkara yang tidak asing lagi bagi pasangan mempelai. Sudah adat pelamin itu untuk meraikan hari bahagia anda dan pasangan. Jika kita lihat pada masa ini memang banyak sekali perancang majlis perkahwinan yang berbakat.
Ada diantara mereka yang dekorasi kannya mengikut impian bakal pengantin tersebut. Wah, menarik bukan? Untuk artikel kali ini kami tertarik untuk berkongsi sedikit antara dekorasi pelamin mewah memang nampak sangat eksklusif! Bagi anda yang mahukan kelihatan ‘class’ atau ‘grand’ boleh lah cuba konsep ini.
Kesemua sangat cantik. Tinggal pilih je mana suka!
Kredit foto : Perak je
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih dan suci pasangan mempelai seakan terungkap melalui pantulan dekorasi pelaminan yang dipersembahan di majlis resepsi. Seakan mewakili rentak jiwa dan raga, pasangan mempelai melangkah yakin menuju puncak bahagia.
Singgahsana yang diilhamkan dengan penuh rasa kasih dan sayang antara dua insan yang kini bersatu dalam ikatan suci menyuntik bahagia yang diimpikan oleh setiap pasangan uda dan dara.
Kuning dan putih menguasai singgahsana air tangan RIASMAZMIERA. Tidak terlalu sarat dengan hiasan bunga seperti kebiasaannya namun tetap tampak elegan dan mewah. Tidak dapat dinafikan bantuan pencahayaan juga menambah keserian pelamin cinta anganan uda dan dara.
Mainan rona-rona pastel dan benderang menjadikan singgahsana anyaman EYRA FADZ BRIDAL tidak kurang hebatnya. Rimbunan bunga-bunga pelbagai rona menokok seri pentas singgahsana meraikan pasangan maharaja dan maharani.
Hujan bunga. Mungkin itulah mesej dekorasi yang ingin ditampilkan oleh INTAN BRIDAL HOUSE. Berbumbungkan ‘langit bunga’ ternyata menyuntik daya tarikan yang luar biasa. Pasti mampu membuaikan perasaan mempelai.
Injeksi rona-rona suci seperti putih dan krim menjadikan singgahsana kelihatan mewah. Simbahan cahaya pada segenap ruang pelamin nyata menghidupkan suasana menjadikan pelamin ilham WEDDING GALORE SDN BHD kelihatan sempurna.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelamin kebiasaanya memainkan peranan yang penting dalam setiap perkahwinan. Ia terpulang kepada anda sendiri sama ada mahukan tema dan warna bagaimana.
Bagi anda yang masih tiada idea kami cadangkan anda memilih warna putih kerana ia nampak begitu suci dan lembut. Cuba lihat di sini, mana tahu ada yang berminat. Memang cantik habis!