Sebelum berangkat bekerja di pagi hari, biasakanlah cium anak dan isteri anda. Cara ini memberi kebahagiaan yang mereka dapatkan dari ayah tercinta. Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan hati.

 

Berkasih sayang dengan cara berciuman adalah salah satu bentuk kasih sayang seorang ayah kepada anaknya dan seorang suami kepada isterinya. Kening perempuan adalah sumber ketenangan dan semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan.

IKLAN

Sebelum Berangkat Bekerja, Biasakanlah Cium Anak Dan Isteri
.

Keninglah, perantaraan tunduk makhluk kepada Penciptanya. Keninglah bahagian tubuh pertama yang mengaku, bahawa Tuhan adalah Maha Tinggi, sementara diri adalah rendah.

Keninglah yang bersujud. Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahawa tiada yg lebih tinggi daripada Tuhan. Padahal kening adalah bahagian tubuh kita yang paling tinggi. Maka pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan. Maka tak hairan jika suami boleh merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.

IKLAN

Lalu, apakah sama keadaannya dgn tangan suami yg dicium isteri? Perempuan mencium tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya. Ada doa yg dia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk org2 yg dicintai & disayanginya.

IKLAN

Lewat ciuman di tangan suami, seorang isteri sedang memohon pada Tuhannya, agar menjaga tangan suaminya dari hal-hal yang dibenci oleh-NYA. Melalui ciuman yang diletakkan di tangan suami, seorang isteri menitipkan doa agar Tuhan menjaga tangan suami utk menjaga kasih sayangnya dan tak mengambil yang bukan haknya…

Sebelum Berangkat Bekerja, Biasakanlah Cium Anak Dan Isteri
.

Terkadang kita sering meremehkan hal kecil yang satu itu. Ciuman sering kita lupakan dalam keseharian kita. Kita terlampau pelit memberikan kecupan dikening, dan ciuman kepada buah hati kita. Pada hal ciuman adalah salah satu sarana untuk menyampaikan rasa sayang kepada mereka. Dengan begitu akan ada kedamaian dihati mereka. Kecupan lembut dan mesra dari suami kepada istri atau dari seorang ayah kepada anak-anaknya sangat diperlukan.

Ketika berangkat dipagi hari, anak dan isterimu masih tertidur. Tentu ada cara lembut untuk membangunkan mereka. Ciumilah satu persatu mereka seraya berkata dengan penuh kelembutan, “Ayah pergi kerja dulu, ya sayang.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI