Pesanan buat bakal pengantin, sebelum kahwin dan melangkah ke alam rumah tangga, pastikan semua asas permohonan kebenaran berkahwin sudah selesai.
Ada yang masih sibuk buat persiapan untuk bersanding tetapi sepatutnya anda kena semak satu persatu dan selesaikan urusan penting ini dulu. Baru boleh bertenang.
Haa… apakah asas dan proses dari awal permohonan untuk berkahwin ini? Jangan ambil ringan tentang proses ini, risau tak boleh kahwin nanti!
Asas Permohonan Kebenaran Berkahwin
1. Anda boleh mula sediakan dokumen-dokumen penting permohonan anda dalam masa 6-3 bulan dari tarikh akad nikah yang anda rancang atau tetapkan.
2. Selesaikan dulu perkara yang akan memakan masa seperti:
a. Kursus kahwin (http://kursuskahwin.com.my)
b. Result test HIV (valid 6 bulan).
Ads
c. Wali dan dapatkan dokumen penting wali – Adakah anda ada wali? IC wali, surat nikah ibu bapa atau sijil kematian wali.
3. Dalam masa 3 bulan: Daftar dalam sistem permohonan online Jabatan Agama Islam negeri (sistem ikut negeri). Untuk kebanyakan sistem permohonan online negeri, anda “tidak boleh daftar lebih awal dari 90 hari” dari tarikh akad nikah.
Sekiranya anda daftar lebih awal dari 90 hari dari tarikh akad nikah anda dan tiada borang atau dokumen dihantar kepada PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri – maklumat anda dalam sistem permohonan online akan luput. Jadi, kena daftar semula.
4. Anda perlu isi semua maklumat yang perlu dalam borang permohonan online dan print.
5. Pastikan anda sediakan semua dokumen yang perlu seperti yang ada dalam senarai atau checklist dalam sistem permohonan online.
Ads
6. Bawa borang beserta dokumen dan jumpa Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah di kariah masjid anda untuk buat pengesahan.
7. Bagi negeri selain Wilayah Persekutuan (KL, Labuan dan Putrajaya), anda perlu bawa 2 orang saksi sewaktu jumpa Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah di kariah masjid anda untuk buat pengesahan.
8. Sekiranya anda dan pasangan berlainan kariah, daerah atau negeri, pemohon perempuan perlu tunggu pemohon lelaki dapatkan surat kebenaran nikah terlebih dahulu.
9. Setelah dapat pengesahan borang serta dokumen dari Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah, barulah anda dapat hantar borang serta dokumen yang telah disahkan kepada PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri.
10. Dengan borang serta dokumen yang telah disahkan tersebut, PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri akan keluarkan surat kebenaran berkahwin untuk anda.
Ads
11. Setelah itu, anda sudah boleh book Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah di tempat anda hendak melangsungkan majlis akad nikah nanti.
Nota Penting Sebelum Kahwin:
1. Setiap negeri mempunyai sedikit perbezaan proses dan prosedur permohonan kebenaran nikah.
2. Untuk test HIV, setiap klinik KKM juga mempunyai sedikit perbezaan proses atau peraturan dari segi tarikh, masa serta dokumen yang diperlukan sewaktu test HIV.
Update terbaharu- Pendaftaran Nikah Bagi Negeri:
– Selangor
– Johor
– N9
– Perlis
– Melaka
– Perlis
– Kedah
– Perak
– WPKL, Putrajaya, Labuan
– Terengganu
Boleh daftar di SPPIM.
Jangan buat saat akhir semua ini, nanti kalut ribut. Buat bakal pengantin semua, semoga dipermudahkan segala urusan permohonan untuk berkahwin.
Mengenal cinta platonik, kekeliruan antara perasaan sekadar kawan atau sesungguhnya timbul rasa cinta di dalam jiwa? Ada ketika cinta menimbulkan dilema yang tiada bernoktah, ada masa cinta membawa bahana kepada yang melaluinya Apabila cinta hanya melibatkan kepentingan dan fizikal samata-mata, dari situlah bermula konflik dan musibah. Cinta yang bersandar aspek luaran semata-mata, sehingga isi dalaman pun diabaikan. Memang betul, cinta berdasarkan nafsu pastinya tidak akan ke mana, namun cinta tanpa tarikan seksual itu apa pula? Adakah ia cinta ‘sejati’ atau hanya sekadar hubungan ‘teman tapi mesra’?
FAHAMI CINTA PLATONIK?
Pernahkah anda berada pada situasi menyukai dan memuja seorang kenalan rapat (berlawanan jantina). Anda berasa sangat teruja untuk mendampinginya. Mungkin anda sendiri menganggap ia perkara biasa, seolah-olah perhubungan yang anda rasa itu hanya dalam lingkungan sebuah persahabatan dan tidak lebih dari itu. Adakala anda tidak menyedarinya sehinggalah anda mendengarnya sendiri dari mulut mata-mata yang memandang keakraban anda berdua. Gaya dan telatah anda bersama seolah-olah lebih dari seorang kenalan biasa walaupun berulang kali dinafikan. Adakah itu cinta? Jika ia hanyalah satu persahabatan, ‘tiada angin masakan pokok boleh bergoyang’?
Sekiranya anda berada di dalam situasi di atas, anda mungkin kini dilanda ‘cinta platonik’. Apa itu cinta platonik? Cinta platonik ialah satu istilah yang digunapakai bagi menjelaskan satu perhubungan intim (lebih dari sekadar kawan) antara sepasang lelaki dan wanita tanpa berlandaskan sebarang tarikan seksual mahupun fizikal semata-mata.
BERKASIH TANPA NAFSU
Berkata mengenai cinta dan istilah berkasih, tarikan seksual itu lambat laun pasti muncul jua. Tidak kiralah kepada anda sendiri mahupun pasangan, namun terserahlah pada individu tersebut mengawal etika dalam bercinta.Bak kata orang tua, ‘bila bercinta, iman kena kuat, adab kena jaga’. Jangan sampai tergelincir, pasti parah nanti. Namun wujudkah tarikan seksual bagi mereka yang mengalami cinta platonik ini?. Semestinya tidak. Pencinta jenis ini kebiasaannya tidak menghiraukan aspek luaran dan fizikal semata. Meraka lebih menghormati ‘closeness’ yang dibina atas alasan ‘sahabat semata-mata’.
Menurut kajian dari pakar, John Gray Ph.D penulis buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, kebiasaannya mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik ‘persahabatan’ yang mereka jalinkan. Namun apabila terjadi sesuatu yang tidak dijangka (contohnya: salah seorang daripada mereka menjalinkan hubungan intim dengan orang lain) pastinya akan ada yang tidak berpuas hati. Namun, tiada apa yang mampu dilakukan memandangkan tiada sebarang pengakuan yang dibuat.
BERCINTAKAH??
Kajian membuktikan, cinta jenis ini banyak tercetus di kalangan mereka yang bekerja di pejabat. Akibat kerap kali bersama dan berjumpa, perhubungan erat yang dibina berkembang dari masa ke semasa. Mungkin ramai yang sering beranggapan mereka merahsiakan perhubungan yang terjalin sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang disekeliling walaupun hanya yang melaluinya sahaja tahu.
Punca utama hubungan platonik dirahsiakan
Masing-masing ego dan berkeras tidak mahu meluahkan perasaan sesama sendiri.
Tidak yakin perhubungan yang terbina mampu dibawa ke peringkat seterusnya.
Belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing-masing.
Takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar/kekok sekiranya membuat sebarang pengakuan.
Perasaan cinta memang tidak pernah wujud
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang suami memerlukan isterinya sebagai pelengkap hidup dalam mengharungi onak dan duri perjalanan hidup. Suami juga inginkan pasangan yang sentiasa mendampingi dirinya dan menjadi sumber kekuatan ketika dalam kekusutan.
Akan tetapi, ada beberapa perkara yang dilakukan oleh isteri menimbulkan rasa kurang senang di hati suami. Sikap yang kurang menyenangkan ini boleh membuatkan suami hilang mood dan bosan.
Oleh itu, pastikan isteri mengelak daripada melakukan tujuh perkara yang kurang disenangi oleh suami ini.
1. SALAH PILIH TOPIK BERCERITA SALAH
Tak salah jika ingin bercerita dan berkongsi kepada pasangan tetapi biarlah berpada-pada. Ini kerana lelaki mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik yang sama sahaja dan anda asyik mengulanginya berkali-kali. Apa salahnya anda borakkan tentang sesuatu jenaka yang boleh membuatkan suami ketawa terbahak-bahak. Itu kan lebih menarik?
2. KOMEN TENTANG PENAMPILAN BERAT BADAN
Jangan mengkritik berat badan dan penampilan suami secara berlebih-lebihan. Memang tidak salah untuk menegur tapi pastikan perkataan yang anda gunakan itu bersesuaian dan jangan sampai menyinggung perasaan suami. Berilah nasihat kepadanya dengan cara yang selamba atau berlawak jenaka supaya keadaan menjadi lebih santai dan bersahaja.
3. TERLALU MENGONGKONG
Lelaki tidak suka pada wanita yang mempunyai sikap sebegini . Bagi lelaki, ia cukup merimaskan lantas membuatkan dirinya rasa terikat dan tidak bebas. Mengongkong secara berlebihan dan pada perkara yang tidak sepatutnya boleh membuatkan suami kecewa dan sedih. Sukar untuk suami dapat apa yang mereka mahukan apabila bersama dengan isteri yang kuat mengongkong.
4. MENGELUH TIADA BAJU YANG SESUAI
Apabila anda sering mengeluh tiada baju, padahal baju anda sampai dua hingga tiga buah almari, tu belum masuk lagi kasut dan masih mengaku yang tiada baju yang sesuai untuk dipakai, tentunya membuatkan suami ‘malas’ mendengar alasan anda. Sedar atau tidak, anda telah membuatkan lelaki rimas dan marah dengan anda kerana asyik mengeluh dan memberi alasan tiada baju.
5. TERLALU MENGEJAR CITA-CITA
Isteri yang begitu bebas dan bercita-cita tinggi menyebabkan suami kurang senang. Malah wanita sebegini merasakan dirinya boleh hidup tanpa sokongan lelaki kerana dia boleh berdikari di atas kejayaannya sendiri. Kepada wanita di luar sana, cubalah ubah sikap buruk ini agar mudah untuk lelaki mendekati anda. Akan tetapi, janganlah pula terlampau bersikap terbuka kerana wanita juga ada kehormatan yang perlu dijaga.
6. AMBIL MASA LAMA UNTUK BERSIAP
Lelaki mudah bosan apabila terpaksa menunggu wanita bersiap lama semata-mata untuk keluar ke satu-satu tempat yang jaraknya tak sampai lima minit dari rumah. Walaupun nampak perkara itu kecil pada wanita tetapi jika setiap kali mahu keluar dan lelaki terpaksa menunggu anda sehingga dua, tiga jam untuk bersiap, lama-kelamaan pastinya suami akan bosan.
7. HIGH MAINTENANCE
Isteri yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan sukakan barang kemas atau keperluan mewah, pastinya merisaukan suami. Tidak semua suami mampu untuk memenuhi permintaan isteri sebegini kerana dalam fikiran mereka, ada perkara lain yang lebih penting untuk diutamakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ada di kalangan anda yang gemar makan dengan cepat? Kunyah lebih kurang lepas itu terus telan. Ada orang yang tidak mengambil masa lama untuk makan. Kalau boleh semuanya hendak cepat dan pantas.
Tahukah anda anda bahawa tabiat makan dengan cepat boleh menyebakan masalah kesihatan? Luangkan sedikit masa untuk anda menikmati makanan. Jangan tergopoh-gapah ketika menikmati makanan.
Kunyahlah dengan perlahan-lahan dan nikmati makanan anda sebaiknya. Banyak kesan buruk pada kesihatan terutama pada sistem penghadaman bila kita makan dengan laju dan tidak mengunyah dengan betul.