Sebut sahaja isteri dominan mungkin tak berapa familiar, tapi bila sebut ‘Queen Control‘ memang ramai yang tahu. Ada sesetengah wanita yang memang suka mendominasi. Tak kiralah sama ada mendominasi rumahtangga, perhubungan, suasana dan macam-macam lagi. Itu sifat mereka.
Apabila isteri suka mendominasi, kita juga perlu melihat dari perspektif berbeza. Ramai lelaki yang ego, takut dikatakan takut isteri. Hakikatnya, isteri yang dominan juga boleh mempermudahkan urusan rumahtangga.
Di sebalik isteri yang dominan, ada perkara yang isteri juga perlu ambil berat iaitu soal hormat. Jom baca perkongsian Cikyam mengenai Isteri Dominan.
*********************************
ISTERI DOMINAN
Pernah seseorang tanya kat CikYam.
.
“Kau nampak macam control suami. Suami kau OK ke?”
.
Ya, dari banyak sudut, memang nampak CikYam control suami. Sikit pun CikYam tak nafikan yang CikYam lebih dominan. Senang kata, CikYam banyak buat keputusan dalam rumahtangga.
.
Tapi ini tak bermaksud CikYam kurang ajar atau tak hormat kat suami. Masa tu CikYam keje wartawan. Gaji beribu. Nak banding dengan suami yang Mr Mama, kerja niaga burger dari rumah dengan pendapatan tak seberapa, memang jauh beza.
.
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Samalah jugak dengan suami isteri.
.
Benda-benda macam tu tak de efek pun pada rasa hormat (walau kadang terkucil gak). Dia suami, kita isteri, so kenalah sedar diri.
.
Walaupun keputusan banyak CikYam buat, CikYam sedar syurga isteri tetap di bawah tapak kaki suami. Bergaduh tu biasa la. Tapi taklah sampai teruk bebeno.
.
Selain bab kerja, beza dari segi pendidikan pun beri kesan pada seseorang. Kena tengok jugak cara dia dibesarkan macam mana. Benda tu semua bagi kesan pada rumahtangga sebab ada beza dengan cara berfikir.
.
So, kita sebagai suami isteri kena pandai-pandai sesuaikan diri. Barulah tak timbul benda yang menyakitkan hati.
.
Isteri dominan kena bijak bawa diri. Walau semua benda kita kawal tapi jangan sampai suami makan hati. Kena banyak explain dan mintak jugak pendapat dia.
.
Tak salah jadi isteri dominan. Orang boleh anggap apa saja. Boleh timbulkan prasangka orang sekeliling lebih-lebih ahli keluarga sebelah suami. Tapi, kitaaaaaa je la yang tahu suami kita macam mana. Tak tido sebantal, tak hidup sebumbung, kau tak tahu keadaan sebenar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI