Sebenarnya apabila wanita mengalami gangguan kitaran haid setiap bulan, ia mungkin menunjukkan petanda kepada sesuatu penyakit yang sedang dihadapi.Menurut perkongsian oleh Doktor Pakar Sakit Puan, Dato’ Dr. Hamid Arshat terdapat 8 perkara yang kaum wanita perlu berwaspada yang mungkin menjadi punca kitaran haid terganggu. Berikut merupakan antara perkongsian ilmu daripada beliau sebagai rujukan;
Pusingan haid yang teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan. Berbagai gejala dan penyakit boleh menimbulkan gangguan haid. Diantaranya ada yang merbahaya dan mengancam kesihatan seperti Kanser Pangkal Rahim (cervix), Kanser Ovari atau Rahim. Sebahagian besar disebabkan oleh gangguan hormon dan juga berbagai-bagai tumbuhan bukan kanser seperti Fibroids, endometriosis dan ovarian cysts.
Walau demikian wanita perlu berwaspada dengan masalah kitaran haid tidak teratur bila timbul gangguan-gangguan berikut:
.
Ads
8 Perkara Wanita Perlu Peduli Jika Berlaku Kerana Kitaran Haid Tidak Teratur
1. Perdar4han Selepas Hubungan K3lamin
Ia dianggap sebagai tanda Kanser Pangkal Rahim. Walau demikian ada punca-punca lain seperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp.Wanita perlu periksa far4j dan buat ujian Pap smear.
2. Perdar4han Selepas Putus Haid
Ini satu tanda Kanser Dalam Rahim. Lain-lain punca, kekurangan hormone estrogen, fibroid dan polyp.Periksa peranakkan dan buat vagin4l scan, buat pap smear dan juga diagnostic D&C.
Ads
3. Perdar4han Haid Terlalu Banyak & Berpanjangan (Menorrhagia)
Punca utama tumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia Dan polyps. Perlu buat vagin4l scan.Rawatan dengan bedah D&C, buang Fibroids atau buang rahim.Pengambilan Ubat hormone, norethisterone (norculut) boleh membantu.
4. Sakit Senggugut
Sering disebabkan oleh endometriosis dan adenomyosis. Menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan.Perlu buat vagin4l scan. Bagi gadis buat scan perut.
Ads
.
5. Kitaran Haid Tidak Teratur
Jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih. Sering disebabkan olih PCOS, ovari bengkak dan tidak subur. Sering berlaku pada wanita gemuk.Gangguan utama ialah sukar hamil, keguguran,perdarahan banyak dan berpanjangan.Perlu rawatan khusus dan kuruskan badan.
6. Tidak Datang atau Lewat Datang Haid
Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama buat ujian kehamilan UPT. Buat vaginal scan untuk pengesahan.Lain-lain punca ialah gangguan hormon akibat stress atau masuk umur empat puluhan. Mungkin hampir menopause.
7. Tidak Datang Haid Melebihi 6 Bulan
Satu tanda menopause bagi mereka berumur sekitar 50an. Atau premature menopause bagi mereka dibawah 40 tahun.Bagi mereka yang berhenti haid dalam umur 20an dan awal 30an , mungkin sebabkan ovarian failure, iaitu telur dan hormone telah tandus.
8. Tiada Datang Haid Pada Gadis Berumur 20 tahun
Mungkin disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj. Ini cacat kogenita, iatu sejak lahir tidak sempurna peranakannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang terlintas di fikiran korang bila disebut perkataan kemut? Stop! Jangan beritahu sesiapa. Cukup untuk diri sendiri sahaja ok. Tapi kemut yang kami nak kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan satu jenis senaman yang disaran untuk di amal oleh golongan wanita, senaman tersebut adalah senaman kemut ataupun senaman kegel.
Senaman kemut ataupun senaman kegel ini memberi manfaat kepada wanita seperti monyokong organ dalaman uterus dan pundi kencing ini membantu mengatasi masalah kencing tak lawas. Malah, menurut seorang jururawat yang membuat perkongsian mengenai senaman kemut ini, Lara Marina senaman kemut turut membantu wanita yang sudah berkahwin ketika bersama suami. Namun ujarnya, hanya segelintir sahaja wanita yang mengamalkan senaman kemut ini walaupun istilah tersebut biasa didengari. Beliau juga turut berkongsi langkah-langkah betul bagi wanita-wanita yang ingin mengamalkan senaman kemut tersebut.
Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.
.
SENAMAN KEMUT UNTUK ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS
Dah usia meningkat senja, mulalah ada masalah gagal dalam mengawal pengeluaran air kecil atau erti kata lain “Inkontinen Urin”. Bukan saja golongan tua, malah muda-mudi pun pun tak terlepas daripada masalah ini dan menjadi punca kencing tak lawas.
Sebab apa? Sebab salah satunya tak pernah dan jarang atau tidak selalu buat senaman kemut. Ramai yang hanya tahu sebut tentang senaman kemut tetapi tak tahu macamana cara yang betul mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Bukan susah pun nak buat senaman kemut. Boleh buat dalam keadaan duduk, berdiri, berbaring dan semasa melakukan aktiviti harian pun boleh! Senaman kemut dikenali juga sebagai senaman lantai pelvik dan senaman kegel’s.
Otot lantai pelvik kita adalah sekumpulan otot yang melintang di lantai pelvis, yang mana fungsi-fungsinya adalah untuk :
Menyokong organ dalaman seperti uterus dan pundi kencing.
Membantu kestabilan tulang pelvik.
Menyumbang kepada aktiviti seksual.
Mengukuhkan penutupan uretral semasa peningkatan tekanan dalam abdomen contoh batuk dan bersin.
.
Jadi, nak kuatkan otot lantai pelvik supaya tiada masalah kencing tak lawas, kita mesti lakukan senaman lantai pelvik. Prosesnya akan berlaku pengenduran dan pengecutan otot-otot sekitar bahagian pelvik. Caranya :
Duduk di dalam keadaan selesa. Bukakan kaki dan bongkokkan badan sedikit hadapan dan letak siku di atas lutut.
Bayangkan anda nak buang air kecil tetapi tiada tandas di sekitar.
Kemut otot-otot lantai pelvik anda.
Tahan seberapa lama yang boleh. Jadikan 10 saat sebagai sasaran.
Rehat 5 saat dan ulang lagi. Jadikan 10 kali sebagai sasaran.
Dalam kehidupan seharian pun anda boleh praktis senaman kemut.
Duduk dengan kaki dibuka sedikit. Kemut otot lantai pelvik dan tahan 10 saat. Rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.
Baring dengan kaki terbuka sedikit, kemut otot lantai pelvik, tahan 10 saat, rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.
Berdiri dengan kaki dibuka sedikit. Kemut otot lantai pelvik dan tahan 10 saat. Rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.
Kemut otot lantai pelvik semasa hendak mengangkat barang berat.
Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumah tangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam yang mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk dalam urusan perkahwinan.
Namun, apalah erti sebuah perkahwinan andai tiada kebahagiaan dan ketenangan padanya.
Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diasaskan dalam perkahwinan bagi mengecapi kebahagiaan. Antaranya:
Perkahwinan hendaklah diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah
Taqwa adalah suatu sifat yang sering diperkatakan, namun cukup kuat dalam segala urusan kehidupan kita. Ia adalah seperti alat perhubungan antara kita dengan Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin merupakan ibadat dan sunnah.
Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa ‘Mawaddah wa Rahmah’
Mawaddah bererti cinta manakala Rahmah bererti kasih sayang. Kedua-dua sifat ini perlu ada dalam sebuah perkahwinan. Tanpa kedua-dua perkara ini, sebuah perkahwinan itu seolah-olah kosong dan meletakkan ia kepada suatu situasi yang merbahaya dibimbangi boleh membawa kepada perceraian.
Perkahwinan juga perlu berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab
Amanah dan tangungjawab juga merupakan perkara asas yang wajib ada dalam perkahwinan bukan kahwin untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan bukan sekadar membuka rezeki buat kedua-dua pasangan tetapi ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengejar pahala dengan lebih banyak lagi. Sebenarnya, pahala lebih mudah untuk kita miliki selepas berkahwin. Walaupun sekadar membuat pasangan kita tersenyum, itu sudah boleh menambah pahala kita.
Banyak perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang boleh kita jadikan contoh. Baginda merupakan seorang suami yang sentiasa menjaga hati isterinya. Terlalu banyak hadis yang menceritakan tentang kebaikan baginda sebagai seorang suami.
Ini antara perkara yang dilakukan oleh Rasulullah yang boleh dijadikan contoh kepada para suami di luar sana. Semoga bermanfaat!
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Baginda berlumba lari dengan Aisyah. Adakalanya Baginda menang dan ada masanya Aisyah menang. (HR Ahmad, Abu Dawud & al-Nasaiiy)
Membuat kerja-kerja rumah (sudah tentu seperti membasuh baju, menjemur baju, sapu sampah, basuh pinggan) ketika baginda berada di rumah. (HR Bukhari)
Menzahirkan kecintaan kepada isteri. Apabila ditanya siapakah wanita paling disayangi, baginda menjawab “Aisyah”. Kalau lelaki? Jawab baginda, “Bapanya”. (HR Bukhari)
Tidak pernah memukul wanita (isteri) dan khadamnya. (HR Muslim)
Melayani isteri ketika sakit malah baginda mengelap air mata Safiyyah ketika dia menangis. (HR Nasaa’iyy) Adakalanya baginda meniup isteri-isterinya yang sakit dengan bacaan surah 3 qul -al-mu’awwizat. (HR Muslim)
Tetap mengingati kebaikan isteri telah meninggal dan amat menghargai kebaikan, kecantikan dan sumbangan mereka. Nabi tidak pernah melupakan Khadijah malah sering menyebut namanya sehingga Aisyah rasa cemburu. (HR Bukhari)
Amat romantik sehingga berkongsi gelas dengan isteri. Malah, baginda minum ikut tempat yang ada kesan mulut isterinya tanpa rasa jijik. (HR Muslim)