Tak lama lagi status ‘bujang’ akan bertukar menadi ‘berkahwin’. Ramai bakal pengantin teruja bila orang yang disayangi dan dicintai bakal menjadi teman seumur hidup. Tapi ada perkara yang perlu bakal pengantin lakukan. Kalau boleh, ubahlah perkara ini. Baik lelaki mahupun wanita, persediaan ini penting untuk kehidupan akan datang.
Perhubungan
Anda sudah melalui perhubungan ‘tanpa ikatan’. Ketika itu semua nampak sangat indah namun kehidupan berdua ada plot ‘twist’ tersendiri. Semestinya anda perlu bersedia untuk perhubungan dan komitmen yang lebih jitu. Mana yang suka bergaduh dan ‘minta putus’ tu, kenalah beringat perkara ini ya!
Pendapatan sendiri
Sangat penting untuk mempunyai pendapatan sendiri. Tak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. buat wanita khusunya, ini sangat penting kerana ia mengambil kira masa depan anda. Kedudukan kewangan yang kukuh membantu ekonomi keluarga yang lebih baik.
Ads
Tinggal Serumah
Jangan cepat melatah! Tinggal serumah bersama teman serumah atau tinggallah secara bersendirian. Gunakan masa yang ada untuk diri sendiri. Jika anda mempunyai teman serumah, berboraklah semahunya kerana selepas bergelas isteri atau suami, tanggungjawab anda adalah kepada keluarga.
Mengembara
Jika anda tidak pernah mengembara, gunakan kesempatan ini untuk ‘melihat’ dunia. Sekalipun tidak boleh ke luar negara, travel di dalam Malaysia pun dah cukup menyeronokkan. Bawa bersama rakan-rakan lain untuk menikmati saat ini bersama.
Ads
Hobi
Ciptalah hobi ikut kesukaan anda. Dekorasi rumah, membuat kek atau mungkin belajar menari! Bukan apa, ini adalah waktu terbaik untuk anda mempunyai masa dan ruang tersendiri. Bila kita buat apa yang kita suka, tentulah kita akan lebih gembira. Betul tak?
Berhenti berkongsi
Ads
Jangan terlalu terbuka berkongsi kisah cinta anda. Tak perlu hebahkan kepada seluruh dunia apa yang anda miliki sekarang; seorang lelaki atau wanita yang bakal menjadi pasangan hidupmu. Elak menggunakan media sosial untuk hebahkan pada semua.
Cukuplah sekadar berkongsi berita gembira bersama keluarga dan teman rapat. Nanti bila dah ada tarikh unutk pernikahan, silalah beritahu dunia ok!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi seorang wanita, period atau datang bulan merupakan salah satu daripada perkara yang paling penting dalam hidup. Nak-nak pula wanita yang sudah berumah tangga. Pastinya akan sentiasa melihat kalendar untuk memastikan period datang tepat pada waktunya. Kalau terlewat, hati mula berdebar-debar.
Mengandung ke? Namun tak semua wanita mempunyai kitaran haid yang normal. Ada yang selalu dibelenggu masalah haid lambat dan tidak tetap. Apakah puncanya?
1. Perubahan berat badan secara mendadak
Punca period lambat yang pertama ialah perubahan berat badan secara mendadak. Jika baru-baru ini anda mengalami kenaikan atau penurunan berat badan secara mendadak, kemungkinan besar ia adalah penyebab kenapa period anda lambat dan menjadi tidak teratur.
Katakan berat anda menurun secara drastik disebabkan anda sedang mengamalkan rutin diet yang baru, atau berat badan anda naik dengan tiba-tiba selepas berkahwin, secara tidak langsung perubahan pada berat, bentuk, dan saiz badan akan merubah fisiologi badan lalu mengganggu proses ovulasi atau pengeluaran telur setiap bulan. Apabila proses ovulasi terganggu, secara automatik kitaran haid anda juga akan terganggu lalu menjadi punca period lambat.
Oleh itu, jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, pastikan berat badan anda tidak turun secara mendadak. Kalau anda perasan berat badan naik dengan cepat, kawal pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif supaya berat anda dapat dikawal.
2. Perubahan pada pola pemakanan
Selain perubahan pada berat badan, perubahan pada pola pemakanan secara tiba-tiba juga boleh menjadi sebab period lambat dan menjadi tidak normal. Sebagai contoh, jika baru-baru ini anda mula mengamalkan diet yang baru seperti ketogenik, atkins, paleo diet, atau intermittent fasting (IF), ini bermakna anda telah mengubah pola pemakanan secara mengejut.
Seperti perubahan berat badan yang mengejut, perubahan pada pola pemakanan secara tiba-tiba juga akan mengganggu proses ovulasi lalu menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Oleh itu, jika anda ingin memulakan sebarang jenis diet, pastikan anda berjumpa doktor dan dapatkan nasihat profesional terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya komplikasi termasuk gangguan pada kitaran haid.
3. Kerap keletihan
Punca period lambat yang seterusnya ialah kerap keletihan. Dewasa ini, rutin harian seorang wanita adalah sangat memenatkan. Nak-nak lagi bagi wanita yang bergelar seorang ibu. Pendek kata, dari celik biji mata sehingga tidur semula, tak putus-putus tugas dan tanggung jawab yang perlu diselesaikan. Tahukah anda bahawa kerap keletihan dan sentiasa kepenatan juga boleh menjadi punca kenapa period anda lambat.
Apabila anda kepenatan, ia akan menganggu hormon dalam tubuh badan lalu menyebabkan proses ovulasi terganggu. Oleh itu, jika kitaran haid anda mula terganggu, dan anda selalu kepenatan, apa kata kalau anda cuba untuk perlahan atau slow down. Apa-apa tugas dan tanggung jawab yang boleh ditangguhkan, boleh ditangguhkan dahulu.
4. Pengambilan ubat atau vitamin (supplement)
Ramai yang tak tahu bahawa pengambilan ubat atau vitamin boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid lalu menyebabkan period anda lambat. Ini berlaku kerana bahan kimia aktif yang terdapat didalam ubat atau vitamin yang diambil akan bertindak-balas dengan tubuh badan lalu menjejaskan hormon yang berkaitan dengan kesuburan.
Apabila hormon kesuburan terganggu, proses ovulasi juga akan terganggu. Oleh itu, jika period anda mula berubah selepas anda mula mengambil sebarang ubat atau vitamin, sila berbincang semula dengan doktor anda.
5. Menyusukan anak
Ibu-ibu yang baru melahirkan dan menyusukan anak biasanya akan mengalami keadaan di mana period menjadi lewat. Ini berlaku kerana hormon dalam badan masih bercelaru dan belum menjadi normal semula. Namun hati-hati! Tidak datang bulan tak bermakna anda tidak subur dan tidak boleh mengandung. Pastikan anda berjaga-jaga kalau tidak merancang untuk mengandung lagi dalam masa terdekat.
6. Masalah kesihatan
Masalah kesihatan juga tekah dikenal-pasti sebagai salah satu sebab period lambat. Katakan kebelakangan ini anda sering demam atau disahkan mempunyai penyakit kritikal, ia boleh menyebabkan period anda terganggu.
7. Perubahan pada rutin seharian
Ramai yang tak tahu bahawa perubahan pada rutin seharian boleh menjadi sebab period lambat. Sebagai contoh, jika anda mendapat kerja baru yang melibatkan shif siang dan shif malam, perubahan pada rutin harian ini boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid anda.
8. Pra-menapous
Wanita yang berada pada fasa pra-menapous atau putus haid juga akan mula menghadapi keadaan period yang tidak menentu dan lambat. Ini adalah di antara simptom yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam fasa tersebut.
9. Perancang kehamilan
Jika anda ada mengambil alat perancang kehamilan seperti suntikan depo, implan, pil perancang, IUD dan sebagainya, ia juga boleh menjadi punca period anda lambat. Ini kerana semua kaedah merancang kehamilan tersebut akan mempengaruhi hormon dan tahap kesuburan anda.
10. Stres
Sebab period lambat yang terakhir ialah stress atau tekanan perasaan. Stress boleh berlaku disebabkan oleh masalah di tempat kerja, masalah rumah tangga, masalah kewangan, dan sebagainya. Apabila anda stress, hormon GnRH akan berkurangan kerana tubuh badan tidak mengeluarkannya dalam kuantiti yang mencukupi. Kekurangan hormon tersebut boleh menyebabkan period anda lambat.Oleh itu elakkan stress.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Maksudnya, “Ya Allah, banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yanga Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku.”.(HR al-Bukhari dalam adab al-mufrad no 653 dan. HR al-Tirmizi no 2329)
2. Doa Agar Selamat Daripada Kemalangan
اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ
Maksudnya,”Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, Tiada upaya melainkan dengan Allah SWT” .(HR al-Tirmizi no 3482 , lihat sahih al-Jami’ al-Soghir no 1297 , sahih al-Nasa’ei no 5053)
3. Doa Agar Mendapat Peluang Perniagaan Dan Rezeki Yang Paling Banyak
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan ( dari menimpa hamba-hambaMu )”.(HR Ibn Abi Syaibah dan Al-Tabarani, lihat kitab Da’ei al-Falah oleh Al-Suyuti hlm 61.)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengantin perempuan selalu lupa untuk membeli beberapa barang ini. Boleh huru-hara kalau barang-barang ini tiada. Maka sebab itulah pengantin perempuan perlu sentiasa peka dengan persediaan barang-barang ini.
Lebih elok jika disediakan lebih awal supaya tidak kelam kabut pada pagi hari nikah atau majlis resepsi. Biasanya pengantin akan ingat perkara yang besar-besar sahaja seperti pelamin, baju, tudung dan lain-lain lagi.
Berikut dikongsikan beberapa barangan yang perlu disediakan oleh pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga perlu memesan kepada bakal isteri agar membuat persediaan barang-barang tersebut.
Kadang-kadang sesetengah pengantin time nak pakai tudung nak belit sini, belit sana lupa nak jarum peniti. So mula lah kalut pagi nak kawin tanya adik beradik yang lain.
Yang ni pun lebih kurang jugak! Lupa nak beli stock kerongsang, korang ingat kerongsang korang dah banyak dah, eh time pagi kawin tiba-tiba tak jumpa pula eh. Biasa memang aisyah jumpa macam tu. So better beli awal-awal simpan asing untuk pakai time wedding nanti okay!
Kipas ni bagi aisyah penting juga sebab musim panas ni kipas besar tu tak membantu sangat plus ramai orang. Kipas ni korang boleh ikat kat bunga tangan kawin korang.Nak outdoor panas2 pun leh on je kipas! Makeup pun tak cepat cai
Cover your aurat sis. Hari wedding ramai orang so korang pulak sibuk nak bersalam dengan tetamu. mesti tersising sikit ke lengan. Bakal suami pun kalau boleh bagithu future wife ye.
Ha ni penting tau!! Korang yang biasa make up mungkin ada je benda ni. Tapi yang tak biasa ni nanti payah korang nak tanggalkan makeup. Makeup pengantin ni tebal sikit. Nak guna kapas ngan air je silap-silap lenyek muka. So guna ni nak ambil wuduk nanti senang. Yang biasa guna tu beli lah stock awal-awal,
Buat spare ye sarung kaki ni. Beli baru dan simpan siap-siap jangan guna pulak. Sebab ada kes ingat dah ada stokin. Malam nak wedding duk cari pastu kotor lah apalah. Kalau boleh nak kawin nanti biar kita selesa. Jangan tak pakai stokin pulak. Cover your aurat sis!
Ha ni penting kadang tu lupa nak beli lah, nak buat stock la, yg ni nak remove makeup time nak amek wudu senang.
Mesti Korang tertanya-tanya kenapa nak tisu ni?Ha sebabnya ada setengah Mua kalau nak makeup korang dia akan minta tisu ni untuk makeup korang nanti, so prepare awal-awal okay!
Yang ni tolong beli baru. Jangan pakai yang dah lusuh atau kepam ye. Nanti malu mua tengok, nak makeup pun bau, bakal suami korang nak cium dahi nanti ha kut korang lupa nak basuh pakai yang 2 hari lepas. Boleh terjadi ye. So beli baru simpan siap-siap.
Inai ni kalau boleh jangan pakai last minute. Kalut korang nanti. Dan pastikan beli yang sah untuk solat ye meresap airnya okay.
Moga semua panduan yang diberikan dapat membantu melancarkan lagi majlis perkahwinan anda nanti. Jangan buat persiapan di saat-saat akhirnya. Persediaan lebih baik kerana tidaklah nanti anda kelam kabut.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...