Berhutang perlu dilakukan dengan berhemah dan mengikut keperluan. Jika tidak kerana satu keperluan mendesak, adalah lebih baik jika anda tak berhutang.
Ramai berhutang kerana terdesak untuk mendapatkan keperluan asas dengan kos ekonomi yang semakin meningkat, perbelanjaan kita masih lagi sesuatu yang berada dalam kawalan kita sendiri.
PERSOALANNYA, ADAKAH PINJAMAN DAN ANSURAN BULANAN ITU MENJADIKAN KITA MAMPU?
Gambar Sekadar Hiasan
Dalam ekonomi, wujud satu istilah untuk golongan pembeli yang tidak mempunyai kemampuan namun tetap mahu membeli iaitu golongan yang tidak sabar atau individual who is impatience to spend.
Maka jawapanya, TIDAK! Usah kelirukan kemampuan sebenar kita dengan kemampuan kita membuat pinjaman. Ramai individu mengalami masalah kewangan kerana dia tidak tahu perbezaan kemampuan sebenar dengan kemampuan membuat pinjaman. Malah terlalu ramai orang merasakan yang dia mampu membeli telefon pintar terbaharu pada harga RM2 ribu, RM3 ribu, RM5 ribu secara ansuran bulanan, sedangkan kemampuan sebenarnya hanya pada kadar telefon RM800 yang memerlukan dia menyimpan dan menunggu selama dua bulan, sebelum membeli.
Ads
Apa yang menakutkan, tabiat berhutang ini bukan hanya berlaku pada proses pembelian produk, malahan sudah menjadi kebiasaan pula bagi pasangan yang hendak melangsungkan perkahwinan di mana mereka membuat pinjaman peribadi bagi merealisasikan impian perkahwinan selama ini atau mungkin juga untuk melunaskan wang hantaran yang diminta.
Sudah terlalu ramai pasangan yang menghadapi masalah kewangan akibat perbuatan ini sedangkan solusinya cukup mudah iaitu:
Dirikanlah rumah tangga mengikut kemampuan
Ads
sekadar gambar hiasan
Agak kasar jika dikatakan, apabila anda memerlukan pinjaman wang untuk berkahwin, nasihat saya lebih baik anda tangguhkan perkahwinan dan kumpul duit dahulu. Andai generasi muda kita hanya mampu bernikah disebabkan sanggup terbeban dengan bayaran ansuran bulanan, jelaslah mentaliti itu sesuatu yang sangat perlu diperbetulkan, khasnya oleh pihak ibu bapa bakal pengantin.
Kepada generasi muda, ingatlah, pinjaman bukanlah jalan keluar kepada masalah tidak berkemampuan. Berkorban, menyimpan dan menurunkan permintaan adalah solusi terbaik untuk memastikan anda tidak terbeban.
Buat bakal pengantin, anda tentunya mempunyai citarasa tersendiri bagaimana pelamin yang menjadi idaman untuk majlis kahwin nanti. Namun jangan pula pelamin yang indah tidak nampak menonjol . Untuk lebih jelas ikuti panduan jurufoto ini.
Pandangan seorang jurufoto berkenaan pelamin:
Pelamin ada banyak jenis. Saya tak tahu jenis-jenisnya cuma antara yang saya boleh beri panduan kepada bakal pengantin supaya gambar nampak lebih cantik adalah
1) pilih pelamin yang backdrop tutup penuh kiri kanan. Maksudnya kiri kanan ada kain di tutup. Jika pelamin simple yang tiada kain kiri kanan, gambar berkumpulan pastinya akan nampak dinding atau apa sahaja di tepi. Maksudnya dah tak cantik la sebab banyak gangguan. Tapi jika pengantin tiada bajet, tidak mengapa. Cuma kena redha lah dengan gambar berkumpulan nanti.
2) Jangan pilih pelamin ada lampu disko di belakang, dan lampu berwarna warni yang suluh muka pengantin dari bawah. Kita ambil gambar guna phone pun tak cantik kan?. Muka pengantin akan berwarna merah bila keluar lampu merah, akan warna biru bila keluar lampu biru. Selalunya kalau ada lampu ni, saya akan pergi tutup. Kemudian keluarga pengantin buka pulak. Jadilah kami berlumpa buka tutup.?
3) Kedudukan pelamin seeloknya di bahagian yang ada cahaya cukup. Dan lampu di dalam rumah( kawasan pelamin) di buka kesemuanya.
4) Jangan letakkan pelamin di kawasan luar berbumbung yang mana kawasan itu hanya muat untuk pelamin. ( maksudnya posisi photographer terpaksa shoot dari luar ataupun di bawah panas). Kami susah sangat nak seting kamera supaya gambar cantik.tidak underexpose dan tidak overexpose. Melainkan photographer bawa sportlight letak kiri kanan pelamin dan semestinya pelanggan perlu ambil photographer yang mahal sebab banyak equipment).
5) Pastikan bumbung/ siling di kawasan pelamin adalah putih!!. Pelamin di bawah canopy warna selain putih adalah sangat di larang!!!.
Kalau merah jadi muka merah. Kalau pink jadi muka pink. Boleh edit. Tapi nanti warna baju pulak lari
6) Last but not least, JANGAN LETAKKAN PELAMIN DI DEPAN TIANG RUMAH!.rosak2.. yang mana jarak tiang dengan pelamin tu hanya sedepa, selangkah, setakat orang boleh lalu di celah. Nanti gamba akan ada penampakan tiang di situ. Ini kerana bagaimana photographer nak shoot semua bagi kelihatan dalam gambar tanpa ada tiang?. Ce habaq mai?. Shoot dari tepi boleh. Tapi sangat tak cantik. Shoot dari atas? Semua melangut dalam gambar.
Ok. Setakat ini dahulu perkongsian saya sebagai photographer perkahwinan sejak 2009. Pelamin tak perlu mewah, cukup sahaja kedudukan dan cahaya. Pasti cantik.?
SEMUA CAWANGAN ZAKAT SELANGOR DIBUKA 7 HARI SEMINGGU SEPANJANG BULAN DISEMBER
Semua 27 cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan Disember ini.
Waktu operasi seluruh cawangan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan Zakat Selangor dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Waktu operasi turut dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember.
Inisiatif itu diambil bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018.
Selain taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
Cawangan Zakat Selangor turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Lebih menarik semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati iaitu kad Touch & Go. Peluang ini hanya dibuka di bulan Disember ini sahaja.
Kalau nak tunai zakat melalui online pun boleh. Layari je laman web Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/ ya.
Ambillah peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.
#zakat
#rukunislam
#kewajipan
#zakatselangor
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali anda bertindak sebagai lie detector apa salahnya. Kadang-kadang kita juga berhak untuk tahu sama ada lelaki yang bersama kita jujur. Tambahan pula bila dia bakal menjadi suami kita nanti.
Kebelakangan ini anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada pasangan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikannya? Daripada anda terus berteka-teki, cuba perhatikan jikalau ada tanda-tanda ini pada pasangan:
1. Mengelak dari bertentang mata tatkala berbicara
Ini adalah tindak tanduk paling ketara dalam menyembunyikan sesuatu. Kerana pembohongan biasanya dapat dikesan melalui pergerakan mata. Ada kajian mengatakan, jika anak mata bergerak ke arah atas di sebelah kanan, itu tandanya si dia tidak bercakap benar. Manakala jika matanya bergerak ke arah atas di sebelah kiri, itu bermakna dia bercakap benar. Dan sebaliknya untuk individu yang kidal.
2. Berhenti sejenak sebelum menjawab pertanyaan
Berhenti sejenak biasa digunakan untuk memikirkan jawapan yang relevan sebelum menjawab. Walaupun suami sudah punyai saksi, namun otaknya tetap memerlukan waktu untuk mengingat butiran jawapannya supaya ianya tidak bercanggah di antara satu sama lain.
3. Berpeluh-peluh
Berpeluh walaupun suhu persekitaran tidak panas adalah satu petanda bahawa si dia sedang gugup kerana berbohong atau menyembunyikan sesuatu.
4. Menggaru-garu Hidung
Mengikut fakta, beberapa perlakuan di wajah boleh menggambarkan perasaan gugup. Jadi jika suami tiba-tiba menggosok-gosok mata, menggaru hidung, atau meletakkan tangan di mulut saat menceritakan kisah yang tampak dibuat-buat, anda patut merasa curiga!
5. Ceritanya tidak sepadan antara satu sama lain
Cerita suami bercanggah antara satu sama lain, boleh jadi si dia terlupa. Namun jika ianya kerap terjadi anda seharusnya berwaspada. Dalam hal ini anda harus menjadi lebih peka terhadap cerita-ceritanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada kisah cinta yang bermula dengan pertemuan tidak dirancang. Ada pula yang perlahan-lahan berputik ketika dua insan sering meluangkan masa bersama. Buat Bella Astillah...