Sedapnya Sayur Meranti Masak Lemak Keledek, Makan Dengan Sambal Belacan & Ikan Masin Boleh Hancus Diet!

Share

Sayur meranti masak lemak keledek antara menu yang membuatkan kita makan bertambah-tambah. Pokok daun meranti agak sukar didapati terutama di kawasan bandar. Maka sebab itulah jika dibeli di pasar, harganya sedikit mahal berbanding sayur-sayur yang lain.

Sayuran ini banyak ditanam dan hidup subur di kawasan kampung. Lebih berselera apabila dimakan bersama sambal belacan dan juga ikan masin.

Seorang pengguna Facebook, Muhamad Muktamin Abdul Karim telah berkongsi resipi dan cara-cara memasak sayur meranti masak lemak keledek.

RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK

Bahan:

Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.

 

2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.

3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.

4. Apabila sudah hampir masak, masukkan udang. Biarkan seketika, cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Hidangkan.

Lebih sedap apabila dimakan bersama sambal belacan.

Sumber: Muhamad Muktamin Abdul Karim

IKLAN