Hari ini, terlalu banyak kes yang kita jumpa tentang perilaku tidak berperikemanusiaan seorang suami terhadap isterinya. Isteri diperlakukan dengan teruk, seolah-olah tubuh badannya amat murah. Sedangkan suami adalah pelindung dan pembela kepada isterinya.

Janganlah kita menjadi seperti apa yang digambarkan sebagai suami tidak guna. Iaitu seorang suami yang memukul isterinya seperti memukul seorang hamba. Kemudian disetubuhi pula pada malam hari. Inilah yang dikatakan seorang suami yang jahat. Suami tak guna juga sering memukul, menyepak dan mendera isterinya. Malah ada yang menyimbah dengan air panas.

Segeli-Geli Kita Pada Isteri, Dia Tetap Isteri Kita

Namun ketika dia memerlukan isteri di tempat tidur, pandai pula dia mendatanginya. Inilah dia jenis suami yang tidak berguna. Dia bukan setakat tidak menghargai, malah boleh pula berkelakuan seolah-olah isteri itu adalah hamba kepadanya. Inilah sikap yang tidak patut ada pada seorang lelaki bergelar suami. Pantang untuk dijadikan sebagai pemimpin, dan inilah sejahat-jahat manusia.

IKLAN

Rasulullah tidak pernah melakukan perbuatan sebegitu kepada isteri-isteri baginda. Bahkan baginda minum di tempat bekas bibir isterinya sendiri. Betapa baik dan romantiknya baginda. Ia berlawanan dengan kepercayaan karut sesetengah orang kita yang percaya, sekiranya minum di tempat bekas bibir isteri atau anak, ia menyebabkan mereka derhaka. Ini sangat karut dan langsung tidak boleh dijadikan pegangan.

Namun, sekiranya kita melakukan seperti yang Rasulullah contohkan, ia adalah salah satu cara yang mungkin boleh menambahkan kemesraan diantara kita dan pasangan. Bahkan, isteri akan merasakan romantiknya perbuatan itu. Sesetengah orang tidak sanggup melakukan perbuatan sedemikian kerana beranggapan ia meloyakan.

IKLAN

Sikap ini sepatutnya diubah.Ingatlah, segeli-geli kita pada isteri, dia tetap isteri kita. Sedangkan ketika kita sakit dan tidak mampu untuk bangun, isteri kitalah yang menolong membasuhkan kotoran kita. Mereka langsung tidak jijik untuk melakukannya. Ketika sakit dan sukar untuk bangun, tiada siapa yang mahu menjaga kita.

IKLAN

Ada yang menjauhkan diri dan enggan melakukannya.Anak-anak juga belum tentu mahu membantu. Namun, berbeza dengan isteri. Dialah satu-satunya yang bersedia berkorban segalanya untuk kita, termasuk masa, tenaga dan perasaan.

KREDIT :AKUISLAM

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI