Assalamualaikum Pesona Pengantin.
Diharap luahan saya ini dapat dikongsi dan sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada semua.

Saya rasa sudah sampai masa untuk saya menegur semua pasangan perempuan di luar sana.

Pada pengetahuan puan/tuan saya telah berkahwin 2 tahun lepas dan sedikit sebanyak saya dapat lihat kebanyakkan posting-posting dalam facebook atau media masa lain banyak memberi kesan buruk dan kadang-kadang sampai menjadi panduan kepada mereka.

1. Quote-qoute dalam facebook
Contoh
Bahagiakan isteri murah rezeki. Beli banyak baju untuk isteri murah rezeki. Walaupun nampak biasa tetapi sedar x sedar ada mereka yang juga terkesan.

Dah la gaji tak cukup banyak. Bila sampai waktu raya apa yang mereka cakap ‘baca nih tengok kalau abang buat macam nih mesti murah rezeki’. Kalau kami ada banyak duit bukan setakat 7 pasang baju je boleh beli. Kalau boleh tiap jam kami beli sepasang baju senang nak tukar ganti.

2. Banyak kita dengar berkenaan tugas kemas rumah, memasak, lipat baju bukan tugas isteri dalam Islam. Kita tak memaksa tapi sekurang-kurangnya sama-sama ringankan beban masing-masing. Kita sekarang hidup dizaman yg mana kedua-kedua pasangan kebanyakkan berkerja.

Sekurang-kurangnya luangkan masa hujung minggu bersama lakukan gotong royong. Sometime ada ustaz/ustazah yang kata jadi tanggungjawab suami mencari orang gaji, kami bukan Dato Alif yang mampunya gaji sampai 3 orang pembantu rumah.

Bila bab tugas-tugas kita ikut Islam. Bila kita sebut pasal mas kahwin dan poligami semua kita buat endah tak endah. Islam bukan agama yang kita ikut yang suka saja.

3. Gejala ‘tagging-tagging’ pasangan
Banyak dah sekarang asyik suka bandingkan pasangan suami isteri yang lain. Pergi melancong, honeymoon luar negara, romantiknya, hadiah itu dan ini. Satu lagi gejala yang suka tagging-tagging ini kadangkala boleh membuat pasangan terasa.

‘Adakah aku tak membahagiakan pasangan aku’.

4. ‘Panduan-panduan dan larangan’ dalam internet.
Walaupun nmpak mudah tapi ada mereka yang telah directly berfikiran negatif terus.

‘Mak mertua tak sporting’, ‘mak mertua mengata tak reti masak’ ‘keluarga mertua yang terlampau tegas’. Pemikiran ini sedikit sebanyak memberi impak yang negetif kepada pasangan lelaki. Boleh membaca tapi jangan jadikan pegangan terus.

Ada kawan saya yang mana isterinya tidak mahu menjejak langsung ke rumah mertua. Berilah masa untuk mertua sesuaikan diri dahulu. Kenali hati budi mereka. Ambil hati mereka. Jangan sesekali bercakap buruk berkenaan ibu bapa kepada suami. Sekiranya ingin berbincang tiada masalah.

Ingat ibu mereka menjaga mereka dari kecil hingga ke besar. Hingga kahwin. Sekiranya ada masalah dalam perkahwinan. Lihat kembali adakah ibu bapa kita merestui kita.

Sampai sini saja luahan hati saya.
Jangan bebankan suami anda. Sekiranya anda ingin dilayan seperti puteri layan suami anda seperti raja. Sekiranya anda ingin bahagia, bahagiakan suami anda.

INGAT SYURGA SEORANG ISTERI DI BAWAH KAKI SUAMI,
SYURGA SEORANG SUAMI DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU,
SYURGA SEORANG IBU DIBAWAH TELAPAK KAKI SUAMINYA.
SEKIRANYA ADA MASALAH DALAM KELUARGA.
PERKAHWINAN KADANG-KADANG BOLEH MENJADI SALAH SATU PINTU SYURGA TETAPI JANGAN SAMPAI MENJADI SALAH SATU PINTU NERAKA.