Dalam perkongsian ini kami bawakan cara DIY spice organizer yang sangat praktikal dan comel hasil kerja tangan Puan Fara Amirullah bersama suaminya. Tak perlu modal tinggi, hanya barang-barang di kedai DIY / Daiso berjumlah sekitar RM80 saja! Selain memudahkan kerja memasak, ia juga menjimatkan ruang. Yang paling best, cara pasangnya pun senang dan tak payah susah-susah nak tebuk dinding. Jadi, siapa yang duduk rumah sewa pun boleh buat juga sebab ia tak merosakkan dinding.
Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
Hari tu saya dah janji nak kongsikan spice rack organizer di rumah saya. Rumah sewa saya ni memang dapurnya kecil saja. Kalau duduk 2-3 orang dekat situ memang akan berlaga punggung. Jadi untuk menjimatkan ruang, inilah salah satu caranya. Angan-angan nak buat kabinet dapur tu memang ada, tapi sebab duduk rumah sewa ni tak payahlah kan. Baik simpan duit untuk buat di rumah sendiri nanti.
Lagipun, memandangkan dinding di dapur ni dah siap jubin, nak tebuk pun sayanglah. Jadi saya gunakan wall hook untuk spice rack organizer ni. Inshaa Allah lekat kuat sebab wall hook dari Daiso ni jenis hot melt adhesive. Caranya saya akan terangkan nanti.
Ads
BAHAN-BAHAN
Semua item dibeli di Mr DIY dan Daiso je. Tak semua barang murah tu tak cantik ye.
Wall hook – RM5.57/pek. Saya beli 4 pek (Daiso)
Rak – RM9.50/setiap satu. Saya beli 4. (MrDIY)
Balang kosong – RM0.85/pc. Saya beli 24 pcs. (MrDIY)
Jumlah: RM80.70
Inilah wall hook dari Daiso tu. Ada yang 1 kg, 3kg, 4 kg dan 6kg. Saya ambil yang 6kg. 1 rak gunakan 2 wall hook ni. Jadi sebab ada 4 rak, saya kena beli 4 pek.
Ads
Mula-mula cadang nak beli balang ni dekat kedai Eco. Tapi nampak dekat Mr DIY harga RM0.85 je. Jauh lebih murah dan kualiti pun elok. 24 pcs baru RM20.40. Murahlah kan? Lagipun penutup jenis plastik ni bagus. Dulu saya pakai Ikea punya. Setiap minggu memang akan basuh sebab berhabuk dan minyak. Lama-lama penutup pun jadi berkarat, sebab tulah saya tukar jenis macam ni.
CARA-CARA
Ads
Beginilah cara nak gunakan hot melt adhesive wall hook tu. Kena bakar sikit dekat gam yang sedia ada di belakang hook tu bagi cair sikit. Hati-hati ya sebab panas kalau kena tangan.
Bila dah cair nanti barulah tampal dan biarkan kejap dalam 2-3 jam baru boleh gantung rak tu. Kemudian bolehlah susunkan balang-balang yang dah diisikan dengan rempah atau bahan dapur yang biasa digunakan. Siap spice rack! Wall hook ni nak pakai dekat bilik air pun boleh, tapi kena buat cara ni barulah dia lekat kuat.
SEMOGA BERMANFAAT! Mudah kan? Simple tapi sangat berguna. Dapat save space dan modal pun tak tinggi. Mana yang duduk rumah sewa dan ada dapur yang comel macam Puan Fara ni bolehlah cuba DIY spice rack organizer ni.
*Idea asal DIY spice rack organizer ini dikongsikan oleh Puan Fara Amirullah menerusi Facebook.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salam semua, selamat berpuasa. Saya nak kongsi resepi yg memang sesuai utk dijadikan juadah berbuka. Kuih ketayap versi inti sirap rose, cantik & sedap .
KETAYAP INTI SIRAP ROSE
BAHAN UTK KULIT
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
11/2 cawan santan
2 sudu mkn minyak masak
Pewarna hijau
Secubit garam
bagi yg rajin boleh kisar 3~4 helai daun pandan utk lebih wangi & cantik warna hijaunya #
Masukkan kesemua bahan ke dlm blender & kisarlah sehingga sebati. Tapis utk dptkan adunan yg tidak berketul.
Buatlah dadarnya sehingga habis adunan & masukkan inti. Gulung secantik yg boleh ya….siap!!
BAHAN UTK INTI
Kelapa parut putih
3/4 cawan gula pasir
Sirap rose (ikut manis yg disukai)
2 helai daun pandan (disimpul)
1/2 cawan air
2 sudu mkn tepung gandum
CARA BUAT INTI
Didihkan air, masukkan gula & daun pandan.
Bila gula dah larut masukkan kelapa parut & sirap rose.
Masak & gaul²kan sehingga sebati.
Rasa & setelah kelapa dah kering airnya boleh masukkan tepung gandum.
Gaul lagi sehingga sebati boleh angkat & sejukkan.
Kewangan anda tidak cukup? lari daripada bajet? jangan risau bagi bakal pengantin yang masih mencari dulang hantaran. Anda kini tidak perlu membelinya lagi kerana anda boleh melakukannya sendiri!
DIY kali ini akan menunjukkan kepada anda langkah untuk anda membuat sendiri dulang hantaran, sesuai untuk majlis pertunangan mahupun pernikahan. Kini anda boleh berjimat cermat dengan langkah ini.
Bahan-Bahan :
Bantal polisterin empat segi
Bantal polisterin bulat
Kertas pembalut
Pelapik kek
Ribbon
Gunting, gam, peniti and etc.
Polisterin empat segi
Langkah-langkah :
Langkah 1 : Balutkan polisterin empat segi dan bulat dengan kertas pembalut. Polisterin empat segi cuma perlu dibalut di bahagian atas sahaja. Polisterin bulat pula hanya perlu di balut disisi sahaja.
Langkah 2 : Tampalkan pelapik kek di bahagian bawah polisterin empat segi untuk menutup bahagian yang tidak dibalut dan untuk menambahkan kekemasan. Selain tu untuk menstabilkan polisterin masa nak letak hantaran sebab polisterin terlalu ringan.
Langkah 3 : Hiaskan ribbon di sekeliling polisterin. Boleh gunakan bantuan peniti. Ukur lilit polisterin empat segi lebih kurang satu meter suku. Anda boleh pilih ribbon mengikut citarasa anda.
Langkah 4 : Gamkan polisterin bulat yang telah dibalut tadi pada permukaan pelapik kek tadi.
Langkah 5 : Sudah pun siap dan bersedia untuk diletakkan barang!
Kredit : sfaezahblogspot
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang sering terjadi. Nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa kerja atau hal penting. Senang je nak bersihkan seterika ni sebenarnya.
Sebelum anda membeli seterika baru, cuba bersihkan dulu saki-baki lapisan kehitaman yang melekat padanya. Mana tahu, ia masih elok dan boleh berfungsi dengan baik. Bahkan, licin berkilat seperti baru.
1. GARAM
Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika yang hangus adalah dengan menggunakan garam. Caranya sangat mudah.
Mula-mula, taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.
Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus. Berkesan!
2. LILIN
Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi.
Cubalah, permukaan seterika akan kembali licin.
3. DAUN PISANG
Kalau di rumah ada banyak daun pisang, bolehlah gunakan teknik ini. Ia juga petua yang biasa digunakan oleh mak-mak kita.
Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.
4. UBAT GIGI
Cara yang seterusnya ini tak perlu panaskan seterika.
Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan hangus. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih.
5. SODA BIKARBONAT / BAKING SODA
Cara seterusnya, boleh gunakan baking soda atau soda bikarbonat yang biasa kita gunakan untuk buat kek. Soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan.
Campurkan sedikit air pada serbuk baking soda sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang hangus atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindakbalas. Kemudian, ambil kain buruk dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.
6. KERTAS PASIR
Satu lagi cara yang mudah, boleh gunakan kertas pasir. Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tanggal.
Seeloknya guna yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.
Sumber : sirap limau
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!