
Wow gabungan tiga elemen yang cukup menggiurkan. Resipi Kek Marble Red Velvet Cheese ini membuahkan hasil yang cukup lembut, gebu dan paling penting kurang manis.

Bahan A
3/4 cwn marjerin
120-130 g cream cheese
Bahan B
1 cwn gula kastor
1 sb minyak
Esen vanila
Bahan C
4 biji telur gred B
Bahan D
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
(kalau tiada, boleh letak tepung gandum + 1sk baking powder)
Paste red velvet
½ sb red velvet emulco + ½ sb serbuk koko + ½ sb air panas

Cara :
1.Putar kelajuan tinggi bahan A sehingga sebati lebih kurang dalam dua hingga tiga minit.
2.Selepas itu masukkan bahan B dan putar sehingga pucat, lebih kurang dalam lima hingga enam minit.
3.Masukkan pula bahan C satu persatu. Putar sampai sebati kemudian masukkan lagi sebiji sehinga habis.
4.Masukkan bahan D sedikit demi sedikit dan puta dengan kelajuan perlahan.
5.Bahagikan kepada dua adunan.
6.Satu adunan masukkan pes red velvet dan satu lagi biarkan perasa asal. Masukkan ke dalam loyang berselang seli atau bertompok-tompok. Gunakan loyang 8X8.
7.Bakar pada suhu 160 darjah selsius menggunakan api atas bawah selama 45 minit. 15 minit terakhir, letak di rak bahagian bawah.

Sumber : Ana Mohd
Jenis Cincin Yang Bakal Raja Sehari Perlu Tahu

Pasangan bercinta pasti teruja untuk melangkah ke alam yang seterusnya iaitu alam pertunangan. Hadiah yang paling utama untuk disediakan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan ialah sebentuk cincin sebagai tanda.
Kebiasaannya, cincin belah rotan digunakan sebagai cincin merisik dan cincin batu permata digunakan sebagai cincin tunang. Kami kongsikan beberapa jenis cincin yang anda perlu tahu suaikan dengan majlis yang bakal tiba.
Cincin Merisik

Dipanggil sebagai cincin belah rotan. Walaupun digelar sebagai cincin belah rotan, cincin ini tidaklah diperbuat daripada rotan. Cincin ini biasanya diberikan ketika hendak merisik. Ia merupakan cincin yang simple dan tidak mempunyai batu. Harga cincin biasanya dalam RM100 dan ke atas.
Cincin Tunang

Cincin ini digelar sebagai eternity ring. Biasanya cincin ini mempunyai batu yang disusun sejajar. Bakal mempelai boleh memilih untuk disuaikan sama ada emas putih atau emas kuning. Harganya dalam lingkungan RM500 sehingga RM1500, bergantung kepada berat diamond dan jenis emas.
Cincin Nikah

Cincin nikah biasanya lebih glamor. Dah nama pun cincin nikah kan, mestilah cantik dan bermakna. Cincin ini dipanggil solitare ring. Harga cincin juga dalam lingkungan RM500 ke atas. Cincin jenis ini juga bergantung kepada berat, bentuk dan jenis diamond.
BACA: 5 Sikap Suami Yang Buat Hati Isteri ‘Berbunga-Bunga’
Tip Tambahan!
1. Ikut Kemampuan Masing-Masing
Kalau boleh, kita tentu nak beli cincin paling mahal dan paling cantik. Tetapi, ikutlah kemampuan dan bajet masing-masing. Sebelum anda terlebih bajet, pastikan anda beritahu pasangan anda tentang berapa bajet yang disediakan untuk membeli cincin.
2. Tentukan Ukuran Cincin Dengan Tepat
Pastikan cincin yang dipilih tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Pastikan anda selesa selesa ketika memakai cincin tersebut. Perlu diingat kerana anda akan memakai cincin ini sepanjang perkahwinan anda.

3. Pilih Cincin Ikut Trend Semasa
Ketika anda dalam proses memilih cincin, pastikan anda ambil kira faktor trend cincin terkini. Jika anda seorang lelaki, serahkan kepada pasangan anda kerana kebiasaannya perempuan lebih arif berbanding lelaki.
4. Periksa Kualiti Cincin
Pastikan anda beli di kedai yang disahkan kualiti dan keaslian mereka. Anda perlu berhati-hati kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan tidak mahu ragu-ragu tentang kualitinya. Elak beli online supaya anda tidak ditipu.
Selain Basuh Tangan Guna Kulit Durian, Ini Cara Lain Nak Hilangkan Bau ‘Menyengat’ Raja Buah

Oleh kerana sekarang tengah musim durian, memang banyaklah kita boleh nampak orang jual-jual durian dekat tepi jalan kan? Tapi, selepas makan durian tu bau dekat tangan memang tak boleh bawak bincang. Memang ‘menyengat’ bau dia.
Jadi, kepada sesiapa yang suka makan durian tu tapi takut mulut dan tangan berbau boleh cuba tips ni, selepas makan durian amik kulit dia siram air atas kulit tu untuk basuh tangan & berkumur mulut, InsyaAllah hilang bau durian kat tangan dan mulut.

Bau Dalam Kereta
Oleh kerana ruang kereta yang kecil dan tertutup amat mudah bau durian menusuk ke setiap sudut. Sehinggakan berhari-hari ia masih boleh dihidu. Petua lama ada menyatakan untuk meletakkan arang dalam kenderaan dan bau tidak menyenangkan ini boleh hilang dalam sehari dua.
Tetapi ada cara lebih pantas iaitu dengan meletakkan secawan kopi yang dibancuh panas-panas dan letakkan dalam bonet. Ia lebih cepat menyerap dan efektif dalam masa kurang 2o minit. Ada juga tip yang menyarankan guna cuka atau kepingan roti putih. Tip ini juga boleh anda amalkan.
Mulut Bau Durian
Tentu anda pernah dengar untuk berkumur dengan air yang dituang di bahagian dalam kulit durian. Ya memang benar inilah yang disarankan oleh orang dulu-dulu supaya mulut tidak berbau kuat kalau dah lebih lapan ulas durian anda makan! Kalau minum airnya juga dapat menurunkan suhu badan yang selalunya meningkat selepas makan durian yang kaya dengan kolesterol itu.
Anda juga disarankan untuk meminum air kosong dengan banyak untuk meneutralkan kembali kandungan durian dalam usus. Selain itu, buah manggis juga dikatakan bagus untuk mengelakkan bau durian pada pernafasan.
Bau pada tangan
Cubalah guna sabun dan kalau jenis yang paling kuat pun sukar untuk hilangkan semerbak durian pada tangan. Petuanya adalah dengan menggunakan air takungan kulit dalam durian dan membasuh tangan dengan air itu.
Jika Ada 9 Tanda Ini, Sahlah Cinta Si Dia Tak Main-Main. No. 5 Konfem Dia Serius!

Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin mengakhiri kisah tersebut dengan pertalian yang sah dan halal. Mungkin ada di kalangan anda yang masih ragu-ragu dengan perhubungan cinta tersebut. Adakah anda benar-benar serius dalam perhubungan tersebut atau masih menunggu masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga?
Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan perhubungan cinta bersama pasangan, mungkin tanda-tanda ini mampu meyakinkan anda untuk hidup bersama si dia. Jom kita lihat sembilan tanda perhubungan cinta anda berdua telah pun mencapai tahap yang serius.
1. SELALU BERSAMA
Sering menghabiskan waktu bersama adalah indikasi pertama dari hubungan cinta yang serius. Anda dan si dia juga selalu menghabiskan masa bersama. Walaupun sibuk dengan tugas seharian, anda tetap mencari masa untuk bersama tanpa sebarang alasan.
2. KENALKAN DENGAN TEMAN
Ketika anda bertemu dengan rakan-rakan lama, anda tidak ragu untuk memperkenalkan si dia sebagai pasangan Anda. Jika pasangan anda juga melakukan perkara yang sama, ini bermakna hubungan cinta anda memang serius.
3. SENTIASA MESRA
Kemesraan tidak harus ditunjukkan dengan sentiasa berkepit dan berpelukan. Contohnya pandangan mata atau bahasa tubuh juga termasuk bentuk mesra yang menunjukkan hubungan cinta yang serius.
4. TAK KISAH SOAL PENAMPILAN
Anda dan pasangan sama-sama mahu bersemuka meskipun baru sahaja bangun dari tidur dan tidak mengenakan mekap. Penampilan apa adanya ini juga termasuk tahap betapa seriusnya hubungan dalam percintaan
5. BAWA JUMPA KELUARGA
Saat menghadapi masalah keluarga, kawan, mahupun urusan cinta itu sendiri, apakah Anda dan pasangan berusaha saling menghargai pendapat dan mencari jalan penyelesaian bersama? Jika ya, ini bermakna hubungan anda dan si dia memang serius.
6. SALING MEMPERCAYAI
Tanda hubungan cinta yang serius adalah ketika anda sudah diperkenalkan pasangan pada keluarganya. Begitu juga sebaliknya.
7. KONGSI MASALAH KEWANGAN
Mulai berkongsi tentang masalah kewangan adalah bentuk komitmen di antara pasangan. Jika sudah ada komitmen, hubungan yang dijalani pasti begitu serius.
8. RASA SELESA DI RUMAHNYA
Saat anda berkunjung ke rumah pasangan, anda sudah merasa nyaman dan merasa bagai berada di rumah sendiri. Jika pasangan merasakan perkara yang sama, hubungan cinta anda dan si dia memang serius.
9. FIKIR TENTANG MASA DEPAN
Sudah pernah membicarakan tentang masa depan seperti pernikahan dan anak? Jika sudah, itulah tanda bahawa hubungan cinta anda memasuki tahap yang serius. Itulah salah satu tanda-tanda dari hubungan cinta yang serius.