Dalam perkongsian ini kami bawakan cara DIY spice organizer yang sangat praktikal dan comel hasil kerja tangan Puan Fara Amirullah bersama suaminya. Tak perlu modal tinggi, hanya barang-barang di kedai DIY / Daiso berjumlah sekitar RM80 saja! Selain memudahkan kerja memasak, ia juga menjimatkan ruang. Yang paling best, cara pasangnya pun senang dan tak payah susah-susah nak tebuk dinding. Jadi, siapa yang duduk rumah sewa pun boleh buat juga sebab ia tak merosakkan dinding.
Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
Hari tu saya dah janji nak kongsikan spice rack organizer di rumah saya. Rumah sewa saya ni memang dapurnya kecil saja. Kalau duduk 2-3 orang dekat situ memang akan berlaga punggung. Jadi untuk menjimatkan ruang, inilah salah satu caranya. Angan-angan nak buat kabinet dapur tu memang ada, tapi sebab duduk rumah sewa ni tak payahlah kan. Baik simpan duit untuk buat di rumah sendiri nanti.
Lagipun, memandangkan dinding di dapur ni dah siap jubin, nak tebuk pun sayanglah. Jadi saya gunakan wall hook untuk spice rack organizer ni. Inshaa Allah lekat kuat sebab wall hook dari Daiso ni jenis hot melt adhesive. Caranya saya akan terangkan nanti.
Ads
BAHAN-BAHAN
Semua item dibeli di Mr DIY dan Daiso je. Tak semua barang murah tu tak cantik ye.
Wall hook – RM5.57/pek. Saya beli 4 pek (Daiso)
Rak – RM9.50/setiap satu. Saya beli 4. (MrDIY)
Balang kosong – RM0.85/pc. Saya beli 24 pcs. (MrDIY)
Jumlah: RM80.70
Inilah wall hook dari Daiso tu. Ada yang 1 kg, 3kg, 4 kg dan 6kg. Saya ambil yang 6kg. 1 rak gunakan 2 wall hook ni. Jadi sebab ada 4 rak, saya kena beli 4 pek.
Ads
Mula-mula cadang nak beli balang ni dekat kedai Eco. Tapi nampak dekat Mr DIY harga RM0.85 je. Jauh lebih murah dan kualiti pun elok. 24 pcs baru RM20.40. Murahlah kan? Lagipun penutup jenis plastik ni bagus. Dulu saya pakai Ikea punya. Setiap minggu memang akan basuh sebab berhabuk dan minyak. Lama-lama penutup pun jadi berkarat, sebab tulah saya tukar jenis macam ni.
CARA-CARA
Ads
Beginilah cara nak gunakan hot melt adhesive wall hook tu. Kena bakar sikit dekat gam yang sedia ada di belakang hook tu bagi cair sikit. Hati-hati ya sebab panas kalau kena tangan.
Bila dah cair nanti barulah tampal dan biarkan kejap dalam 2-3 jam baru boleh gantung rak tu. Kemudian bolehlah susunkan balang-balang yang dah diisikan dengan rempah atau bahan dapur yang biasa digunakan. Siap spice rack! Wall hook ni nak pakai dekat bilik air pun boleh, tapi kena buat cara ni barulah dia lekat kuat.
SEMOGA BERMANFAAT! Mudah kan? Simple tapi sangat berguna. Dapat save space dan modal pun tak tinggi. Mana yang duduk rumah sewa dan ada dapur yang comel macam Puan Fara ni bolehlah cuba DIY spice rack organizer ni.
*Idea asal DIY spice rack organizer ini dikongsikan oleh Puan Fara Amirullah menerusi Facebook.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tip nak bersihkan lantai rumah dengan cara jimat tanpa perlu beli pencuci, yang penting hasilnya wangi satu rumah!
Sebenarnya tip ini hanya menggunakan cuka dan pelembut pakaian. Bancuhannya seperti berikut;
Tip Lantai Rumah Berkilat Dan Wangi
1/2 baldi air
1/2 tutup pelembut pakaian/softener
5 titis cuka
Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Awas, Pastikan Ikut Kuantiti
Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.
Jadi, tiada alasan nak kata tak ada bahan pencuci kalau pelembut kain dan cuka pun cukup membantu buat lantai berkilat. Selamat mencuba.
Sumber: Ezy Eizyanie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tekak ni dah selalu sangat menjamu rendang dan ketupat sepanjang Syawal ni, tidak salah kita beralih sekejap dengan menu popular A&W ini. Walaupun hampir sama, tapi rasanya jauh lebih sedap sebenarnya. Sudahlah jimat, boleh dinikmati secara banyak pula. Ikuti perkongsian resepi jejaka ini bersama Pesona Pengantin.
——————————————————————————–
Hai geng. Alkisah.. Anak-anak buah saya ni nak makan roti sosej coney atau coney dog yang dekat A&W tu.. Nak beli, rasa kurang berbaloi.. Mana tak nya harga RM 7 – 8 satu roti tu. Hahahaha. So, baik buat sendiri je lah.. Jimat dan lagi puas hati. Boleh buat untuk moreh. Mudah je cara nak buat.. Jom saya kongsi resepi.
Bahan-Bahan
– Roti sosej
– Sosej
– Daging kisar lembu
– sebiji bawang holland
– 3 ulas bawang putih
– sebiji tomato
– 5 biji cendawan butang
– 2 sudu serbuk cili
– 2 sudu sos tomato
– 2 sudu serbuk jintan putih
– 1 sudu serbuk kari
– 1 sudu serbuk lada hitam
Cara penyediaan
1. Mula-mula potong dan cincang separuh bawang holland, bawang putih, sebiji tomato dan cendawan butang. Tomato tu saya rebus dulu sebab nak buang kulit dia & isi tengah.
2. Daging kisar tu jangan lupa basuh dulu bang.. Saya biasa basuh dengan gandum pastu sejat daging kisar tu untuk buang air.
3. Kemudian tumis sekejap bahan² yang dipotong cincang tadi tu dengan minyak panas dan masuk kan daging kisar yang disejat.
4. Lepas tu, masukkan serbuk cili, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari dan lada hitam seperti dalam resepi tu. Tambahkan secawan air. Jangan lupa sedikit garam & gula untuk bagi secukup rasa.
5. Kacau hingga masak. Pastikan sambal tu tidak terlalu kering. Bila dah masak, biarkan seketika.
6. Roti sosej tu saya kukus supaya nak bagi roti tu lembut. Dalam 1-2 minit macam tu.
7. Sama juga dengan sosej. Saya kukus dalam 5 minit macam tu. Sosej tu saya pilih sosej pulut jumbo. Supaya rasa dia mewah sikit. Tak kisah pun sosej apa nak guna, terpulang. Dan sebelum saya kukus sosej tu, saya kelar/hiris dulu. Nak bagi dalam sosej tu masak sekali.
6. Apabila semua dah selesai, letakkan sosej diatas roti, kemudian letakkan sambal daging kisar tu atas dia. Akhir sekali separuh lagi bawang holland tu potong dadu dan taburkan di atas sambal daging kisar tu. Kalau tak nak pun takpe.
7. Sedia untuk dihidang. Kalau nak tambah cheese ke, letak sos cili ke, sos mayonis ke, pun boleh je takde masalah. Makan macam tu pun dah sedap dah.
Selamat mencuba..
Mohamad Fakhrul Aiman
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!