Bila dah penat dengan persiapan majlis perkahwinan anda dan pasangan, kini tiba masanya untuk bercuti! Ini lah masanya anda nak kenal betul-betul pasangan anda ni jenis yang macam mana dengan lebih mendalam lagi.
Apa kata kali ini selain bawa pasangan pergi bulan madu dekat tempat-tempat peranginan atau laut, untuk kali ini anda bawa pasangan bulan madu di taman tema air. Bunyi menarik! Selain bermain dengan air, anda boleh lakukan aktiviti ini bersama. Jom lah ajak pasangan bulan madu lagi.
1) Legoland Malaysia Water Park, Johor
Legoland Water Park Malaysia, adalah salah satu daripada 9 seksyen taman tema yang terdapat di Legoland Malaysia. Secara keseluruhannya, taman tema yang berkeluasan 76 ekar ini juga memuatkan hotel-hotel dan restoran-restoran. Di bahagian water parknya, terdapat hampir 40 tarikan permainan air.
Antara tarikan yang ada di sini adalah Splash ‘N’ Swirl yang merupakan gelongsor terbesar di taman tema air ini, Joker Soaker, DUPLO Splash Safari, LEGO Wave Pool, LEGO Slide Racers dan banyak lagi!
2) Lost World of Tambun, Perak
Dikelilingi oleh hutan yang menghijau dan batu kapur, Lost world of tambun adalah destinasi taman tema air yang dapat membuatkan anda terlupa seketika kacau-bilau hidup di kota. Sekiranya anda bercadang untuk ke sini, salah satu pakej penginapan yang boleh anda pertimbangkan adalah pakej glamping yang disediakan pihak Lost World of Tambun.
3) Melaka Wonderland Theme Park & Resort , Melaka
Ads
Ia terletak berhadapan dengan Zoo Melaka dan dikelilingi oleh hutan semula jadi yang bekeluasan 360 hektar. Dapatlah anda menghirup udara segar sambil berseronok dengan pelbagai tarikan yang ada di sini.
Antara keseronokan yang ditawarkan di dalam taman tema air yang menggunakan 2 juta liter air ini adalah Tornado Chaser yang pertama di Malaysia, Adventure Island, Kamikaze Racer dan 1 Big Wave Pool.
4) A Famosa Water World , Melaka
Ini adalah sebahagian daripada kawasan resort bersepadu A’Famosa Resort yang terdiri daripada hotel, padang golf, tapak projek pembangunan dan 3 buah taman tema iaitu A’Famosa Safari Wonderland, A’Famosa Cowboy Town dan A Famosa Water World sendiri.
Antara tarikan yang patut anda cuba di sini adalah Family Raft Slide yang mana anda perlu menaiki pelampung yang memuatkan 3 ke 4 orang sebelum menggelongsor ke bawah dalam keadaan sangat curam, Inner Tube Slide, Body Slide, Big Ice Cream, Wave Pool, High Speed Slide dan banyak lagi.
5) Escape Waterplay, Penang
Ads
Inginkan pengalaman berseronok di taman tema yang lebih thrill? Mai bergerak ke Escape Waterplay Teluk Bahang, Penang. Di sini anda akan mendapati terdapat banyak permainan air yang cukup power sensasi zero gravitinya.
Bukan itu sahaja, anda dapat menikmati semua ini dalam suasana alam semula jadi yang sebenar kerana kawasan sekitar yang masih terjaga ekosistemnya, dipenuhi pohon rendang untuk anda bersantai mengambil nafas sebelum meneruskan dengan permainan yang lain.
6) Bangi Wonderland Theme Park & Resort , Selangor
Dikelilingi oleh hutan rekreasi yang berhektar keluasannya, ia adalah sebuah taman tema yang begitu padat dengan permainan air yang mampu menggegarkan dunia anda sekeluarga seperti Body Slide, Spiralax, The Fall, Insane Racer, Anaconda Tail, Wonderloop, Boomeriang, Magic Funnel dan bermacam lagi.
Ads
Sumber : Mai singgah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasan aura romantis jelas terpancar pada iringan cenderahati berhias indah dan mewah. Agungnya cinta yang bertakhta di hati terlakar jelas pada setiap pilihan cenderahti yang dipersembahkan kepada si maharani. Sentuhan magis pada setiap cenderahati membuatkan si pujaan hati terasa begitu dihargai.
Tujuan utama wujudnya cenderahati perkahwinan ialah untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada para tetamu yang datang memeriahkan majlis resepsi. Setiap kali hadir ke majlis resepsi perkahwinan tentunya buah tangan daripada mempelai menjadi perhatian tetamu.
Cenderahati berpaksikan tema vintaj misalnya boleh dijadikan pemberian unik untuk dibawa pulang oleh tetamu yang datang memeriahkan majlis hari bahagia pasangan raja sehari.
Bagi pasangan mempelai, cenderahati merupakan perlambangan tanda penghargaan kepada para tetamu kerana kesudian memeriahkan hari bahagia mereka.
Tidak sempurna sesebuah majlis perkahwinan tanpa buah tangan buat para tetamu yang hadir meraikan hari bahagia pasangan mempelai. Pilihan cenderahati tidak tertumpu hanya pada barang hiasan tetapi juga boleh meliputi aksesori perhiasan diri.
Gubahan cenderahati lebih sempurna apabila turut diolah bersama pilihan bunga hiasan daripada fabrik net, sangkar burung dan juga kotak metalik berbentuk heksagon. Injeksi reben dan bunga hiasan mampu menambah keindahan persembahan cenderahati. Tidak perlu terlalu sarat. Cukup sekadar hiasan minimum.
Raikan kunjungan tetamu dengan iringan buah tangan bertemakan konsep moden English di majlis bersejarah. Pilihan warna-warna lembut cukup ‘sejuk’ dan tenang dipandang. Pasti para tetamu berasa gembira dan rasa cukup dihargai tatkala menerima pemberian ole-ole daripada pasangan mempelai.
Pilihan warna bungkusan cenderahati jangan dilupa. Pilihan warna bungkusan haruslah seiring dengan tema majlis. Jika cenderahati dibuat sendiri, pastikan masa diperuntukkan secukupnya untuk menyiapkan semua cenderahati.
Selain manisan dan bunga telur sebagai cenderahati untuk dibawa pulang, cipta kelainan dengan memberikan set manikur kepada para tetamu. Set manikur misalnya merupakan cenderahati perkahwinan yang sangat praktikal kerana ia bukan sekadar cenderahati yang hanya dijadikan perhiasan tetapi boleh digunakan kelak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peluh pada celah kelangkang adalah satu keadaan yang biasa dan semulajadi. Sekiranya anda aktif secara fizikal, kejadian peluh akan menjadi lebih ketara.
Bagi mereka yang berbadan besar, lemak tambahan di pinggul dan paha memerangkan suhu dan ini menggalakkan lagi perpeluhan. Lebih peluh, lebih bau.
Jadi untuk mengurangkan peluh dan bau, amalkan:
1. Menukar seluar dalam anda dengan kerap
Amat penting untuk memastikan kawasan pubis dan celah kangkang bersih dan kering sepanjang masa. Tukar seluar dalam anda 2-3 kali sehari dan menukar seluar senaman anda sebaik selesai sesi aktiviti lasak anda.
2. Memakai seluar dan panti yang longgar
Seluar ketat memerangkap peluh sebab kurang peredaran udara. Memakai seluar longgar membantu kulit bernafas, juga membantu ia kekal sejuk dan kurang berpeluh. Peluh kering dengan lebih mudah apabila anda memakai pakaian yang longgar.
3. Memakai kain yang lebih poros
Elakkan memakai pakaian sintetik dan nilon. Memakai kain seperti kapas mengalakkan perudaraan seterusnya mengurangkan peluh.
4. Elak dari menggunakan pantiliner
Pantiliner mengalakkan perpeluhan dengan menghalang perudaraan pada sekitar faraj seterusnya memerangkap bau.
5. Guna Antiperspirant
Antiperspirant yang mengandungi aluminium klorida boleh menghalang peluh sampai kekulit dan menolong mengurangkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau.
6. Sapu bedak berasas tepung jagung
Celah kelangkang dipenuhi kelenjar peluh apokrin iaitu kelenjar yang menghasilkan peluh. Bedak yang berasakan tepung jagung boleh menyerap kelembapan dengan efektif seterusnya mengurangkan bau busuk.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada pasangan bersesuaian antara alasan utama wanita lewat berkahwin walaupun kebanyakan mereka menyatakan keinginan mendirikan rumah tangga, pada usia muda.
Kajian Keluarga dan Penduduk Malaysia Kelima 2014 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan 35.7 peratus wanita bujang memberikan alasan itu menjadi punca mereka membujang.
Bagaimanapun lelaki dan wanita bujang memberikan tiga alasan utama termasuk tidak jumpa pasangan sesuai sehingga bergelar anak dara tua (andartu).
“Kebanyakan mereka bersetuju usia dianggap sesuai berkahwin bagi wanita ialah 26 tahun, manakala lelaki 28 tahun. Wanita yang mencapai usia 33 tahun disifatkan sebagai lewat berkahwin, manakala lelaki pula pada usia 37 tahun.”
Tidak seperti lelaki yang menjadikan masalah kewangan sebagai sebab utama mereka masih membujang, hanya 26 peratus wanita tidak berkahwin menjadikan faktor kewangan sebagai alasan tidak mendirikan rumah tangga.
Dalam kajian sama, 56 peratus lelaki bujang memberikan alasan faktor kewangan menjadi sebab utama mereka masih tidak berkahwin.
“Kira-kira 18.1 peratus wanita bujang menjadikan faktor mengejar karier sebagai sebab mereka lambat berkahwin, manakala 9.4 peratus lelaki memberi alasan mahu mendahulukan kerjaya,
47.1 peratus wanita memilih sifat tanggungjawab sebagai kriteria utama mencari calon suami.
“Ternyata wanita tidak hanya melihat faktor kewangan semata-mata sebaliknya mereka lebih mengambil kira soal nilai murni yang ada pada lelaki supaya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.”
Ramai wanita berpendidikan tinggi, sebilangannya berkahwin lewat dan sekali gus akan lewat membina keluarga atau mendapat anak.
Berbeza pada tahun 70-an, tidak ramai wanita yang melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi, berbanding sekarang menyebabkan kehidupan mereka ketika itu hanya mengurus anak.
Berbekalkan pendidikan tinggi, wanita kini mempunyai kerjaya tinggi dan sesetengahnya tidak kisah jika lambat berkahwin kerana sibuk mengejar kejayaan lebih baik untuk masa depan.
“Bidang kerjaya juga menyaksikan wanita sudah mampu memegang jawatan tinggi dan tidak bergantung kepada lelaki untuk mencari rezeki.
“Jika dulu kebanyakan wanita tidak memiliki kerjaya dan bergantung sumber pendapatan suami. Kini kerjaya wanita jauh lebih hebat. Justeru untuk mereka bergantung kepada lelaki begitu minimum dan hampir pupus.”
Kelewatan berkahwin menyebabkan mereka akan lewat mendapat anak dan apabila sudah pencen, anak masih bersekolah dan perlu menanggung mereka menjadikan ia situasi yang sukar.
“Dulu masa muda sibuk mencari pekerjaan sesuai, tetapi selepas berjaya sibuk pula dengan kerja. Masa terus berlalu menjadikan kita leka dengan tugas ini, akhirnya umur meningkat.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!