Sumber: Google

Tidak dapat dinafikan bahawa wanita zaman sekarang ramai yang mempunyai pekerjaan dan kerjaya yang baik. Malah, ada yang lebih baik daripada kerjaya seorang lelaki. Ini merupakan perkara yang baik bagi seorang wanita.

 

Namun, jurang ini membuatkan kaum lelaki takut untuk mendekati wanita bekerjaya kerana bimbang tidak setaraf. Ini merupakan antara masalah terbesar bagi seorang wanita yang bekerjaya. Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa sebab mengapa wanita bekerjaya sukar untuk mendapat pasangan.

IKLAN

1. Banyak Komitmen & Tak Mahu Terikat Dengan Tanggungjawab

Wanita bekerjaya dikenali sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif. Mereka mempunyai terlalu banyak komitmen sehingga tiada masa untuk mencari jodoh. Mereka juga sudah biasa hidup berdikari dan tidak biasa terikat dengan tanggungjawab. Hal ini termasuklah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Perkahwinan bukanlah perkara utama dalam hidupnya.

2. Fobia Untuk Terima Arahan Suami

Mereka biasanya mempunyai jawatan yang tinggi di pejabat dan sentiasa memberi arahan kepada orang bawahan. Tetapi bila di rumah, mereka perlu taat dan mendengar arahan suami. Mereka sudah biasa mengarah daripada diarah. Dibimbangi mereka boleh jatuh derhaka kerana kerap melawan kata-kata suami dan menganggap suami seperti orang bawahan mereka. Ini amat bahaya untuk rumah tangga.

IKLAN

3. Meletakkan ‘Standard’ Tertentu

Mempunyai kerjaya yang hebat tentunya merupakan impian setiap individu sejak dari kecil lagi. Dengan memiliki kerjaya idaman, mereka mudah untuk memiliki apa yang diimpikan. Rata-rata wanita bekerjaya telah meletakkan standard dan kriteria yang tertentu dalam mencari pasangan. Keadaan ini menyebabkan golongan lelaki berasa tidak layak untuk mendekati mereka. Perkara ini yang perlu dielakkan oleh wanita bekerjaya supaya anda mudah untuk mendapatkan jodoh.

4. Rasa Tidak Perlu Bergantung Pada Lelaki

IKLAN

Seperti yang dikatakan tadi, wanita golongan ini telah biasa berdikari dan rasa tidak memerlukan lelaki disisinya. Mereka sudah punya segala-galanya seperti pekerjaan yang baik serta kewangan yang kukuh. Jadi, mengapa perlu mengharapkan lelaki lagi?

PESONA PENGANTIN: Tidak semua wanita bekerjaya menghadapi masalah ini. Hanya sesetengah daripada mereka sahaja yang menghadapi masalah ini. Jadi buat wanita bekerjaya di luar sana, ubah segala persepsi masyarakat tentang anda dan mulakan pencarian jodoh anda. Kerana perkahwinan merupakan sunnah Nabi.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI