Isteri tu membebel macamana pon mereka, dia tetap seorang isteri. Kadang-kadang dia membebel sebab bukan saja-saja dia nak membebel. Hanya suami yang mempunyai sifat tinggi yang sabar je tahu macamana nak handle isteri sebegini. Lelaki dikenali Abu Hurairah Asifa ini kongsi, perkongsian menarik.

Samada kita suka atau tidak, kita hadapi saja marahnya. Panasnya. Emosinya. Rajuknya. Leternya.

Sebab, hanya suami yang isteri kita ada.

Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tensen macam kita. Isteri tak reti download movie dan menontonnya sambil suka-suka. Isteri tak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya.

IKLAN

Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.

Tidak! Tak perlu selesaikan pun.

Disini suami harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.

IKLAN

Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda kita lelaki yang paling dia cinta dan percaya.

Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka.

IKLAN

Termasuk saya.

Isteri kita, bukti cinta kita pada Tuhan kita.

#sweeterapi