Sesebuah cinta itu hadir apabila kita selesa bersama seseorang itu. Kita merasa tenang dan gembira bila melihatnya. Hati seakan berbunga-bunga. Indahnya jika cinta itu hadir dengan penuh penuh keharmonian dan keikhlasan.

Dengan perkenalan dan melalui cintalah kita akan menjalinkan sesuatu hubungan ke tahap yang seterusnya. Kemudian, mendirikan sebuah masjid. Namun, dalam perjalanan untuk mendirikan sesebuah masjid itu pasti kita akan diuji dengan pelbagai dugaan. Itu tandanya Allah ingin melihat sejauh mana kita dengan penerimaan ujian darinya.

Tapi, itu bukanlah bermakna kita mengalah dengan apa yang terjadi. Allah sebenarnya ingin mendengar permintaan dari kita. Jadi, banyak-banyaklah memohon padanya apa yang terbaik untuk diri anda.

Selangkah Ke Alam Perkahwinan, Ini 3 Jenis Fasa Ujian Yang Bakal Pengantin Kena Tahu

UJIAN SEMASA BERTUNANG

Masa bertunang, selalu bergaduh, kerap rasa nak marah, kadang kadang ada sesetengah pasangan tu sampai nak putus tunang, tak jadi nak kahwin.

Benda yang digaduhkan kecik je sebenarnya dan biasanya diungkit dengan perkara lain.

Tu yang menyebabkan gaduh jadi besar. Bagi mereka yang bakal bertunang, Jangan bertunang terlalu lama kerana dunia bertunang ni terlampau banyak dugaannya.

Apatah lagi bagi pasangan yang berjauhan. Bila berjauhan, kena ada kepercayaan yang tinggi dalam diri. Kalau ada syak wasangka dan curiga, gaduh sikit terus nak putuskan hubungan pertunangan.

Padahal bukan ada orang ketiga pun, tapi ada makhluk ketiga.

Ads

UJIAN SEMINGGU NAK KAHWIN

Bila seminggu nak kahwin, pandang pun tak mau. Rasa meluat semacam je. Kadang-kadang terlintas dihati betul ke dengan pilihan . Masa tu jugak jumpa orang yang lebih baik dari tunang kita.

Kenapa? Sebab syaitan tak mau bagi kita bina masjid. Benda yang baik, syaitan pun hangat la. So syaitan pun usaha la nak hancurkan sebelum masjid terbina.

Sebab bila dah terbina, makin susahlah syaitan and the geng nak robohkan masjid yang dah terbina dengan kukuhnya. Insha allah, kalau jodoh tu dah sampai, pasti akan sampai. Dugaan sikit ja tu, kata hati negatif tu syaitan je.

Jangan ikutkan sangat. Boleh rasa beza hati tu sebelum dan selepas diijabkabulkan

UJIAN SELEPAS KAHWIN

Takde pasangan suami isteri yang tak pernah rasa susah selepas kahwin lebih-lebih lagi yang baru 2 dan 3 bulan berumah tangga. Masing-masing gaji kecik.

Ada jugak sesetengah pasangan yang masih belajar. Tapi banyak benda yang nak kena bayar. Hutang rumah sewa, bayar bil, bayar duit kereta dan banyak lagi. Silap haribulan asyik gaduh je. Inilah ujian selepas kahwin.

Ads

Sabar atau tidak je. Selama ni kita hidup sendiri, tiba-tiba ada orang lain kita kena kongsi. Kat sini Allah nak uji hati suami dan isteri..Allah nak tengok nawaitu, persefahaman,rasa hormat dan tanggungjawab sesama pasangan.

Bila semua dah betul, baru Allah akan buka pintu rezeki lebih luas lagi. Sebab tu ramai orang cakap, kesetiaan isteri diuji bila susah dan kesetiaan suami diuji bila senang.

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

Sumber : nicknashram

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI