Perkahwinan merupakan satu ikatan penyatuan dua jiwa yang melafazkan taat setia sehingga hujung nyawa. Bahagia atau derita, terletak pada pasangan itu sendiri,dan memilih pasangan bukan semudah yang disangka. Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang itu memilih pasangannya itu sebagai teman hidup.

Seringkali kita terjumpa pasangan yang kelihatan seiras. Mungkin kita rasa itu situasi biasa. Tetapi di dalam konteks Sains ada huraiannya. Apa yang mengejutkan, melalui kajian Robert Zanjonic, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagiaan pasangan itu, lebih iras wajah mereka kelihatan.

Fakta menarik mengapa pasangan kelihatan seiras? Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yang sudah berkahwin kelihatan seiras dan hampir serupa. Kalau tak kenal mungkin ada yang kata mereka kembar atau bersaudara sedangkan mereka sebenarnya tidak. Sains ada jawapannya.
Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau iras dengan ibu ayah kita sendiri.
Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara.

Semakin Bahagia Pasangan, Wajah Mereka Turut Jadi Seakan Sama
.

Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya
Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi tak hairanlah jika seorang sakit, yang seorang lagi juga bakal tidak sihat
Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.
Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan

Ini sebab lain kenapa wajah pasangan akan jadi seakan sama bila selepas berumahtangga. Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Malah, menurutnya, semakin bahagia rumah tangga pasangan terbabit, semakin sama wajah mereka. Menarik, bukan? Tetapi, bagaimana agaknya benda seperti ini boleh berlaku?

Ads

Semakin Bahagia Pasangan, Wajah Mereka Turut Jadi Seakan Sama
.

Kerap bersama dan ada komunikasi yang lama

Satu kajian mengatakan, seseorang yang lama bersama pasangan secara tidak langsung wajah kita akan mengikut riak wajah pasangan dan sekali imbas seiras dilihat orang lain.

Ads

Ini kerana cara hidup dan pertuturan sekaligus dipengaruhi oleh pasangan.

Cari pasangan wajah seiras

Dalam tak sedar ketika kita mencari pasangan, kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan dengan diri kita termasuklah wajah dan penampilan.
Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan diri dan personaliti kita. Otak pula secara tidak langsung memberi isyarat bahawa dia adalah jodoh kita.

Ads

Emosi mampu mengubah karektor wajah

Pakar Psikologi Sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965 yang merupakan jawapan kenapa wajah suami isteri boleh jadi seiras. Dalam kajiannya, beliau telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaharu.

Pengaruhi wajah pasangan

Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Menurutnya, semakin bahagia sesuatu pasangan itu, semakin mereka mempunyai persamaan pada muka.

Sumber: Dr Rostam
Gambar hiasan : Majlis Shida Melvin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI