Jodoh adalah rahsia Allah. Buat yang yang masih single saat ini, dan bergelut dalam penantian semoga saja kau sentiasa memperbaiki dirimu dan sabar menanti jodoh yang akan ditakdirkan Allah.

Semoga suatu saat nanti jodoh yang datang kepadamu adalah seseorang yang mampu menyayangimu dengan tulus, dan mampu membimbingmu ke syurga.

Semoga yang Datang Kepadamu Nanti Adalah Lelaki yang Boleh Membuatmu Lebih Baik Menjalani Hidup Akan Datang

Ads

Hari ini, banyakkan doa dengan Allah, mintalah yang baik dan yang terbaik kerana bila kamu benar-benar redha kepada-Nya maka yang datang nanti akan membuatmu sentiasa bersyukur.

Dan semoga yang datang kepadamu nanti adalah lelaki yang boleh membuatmu lebih baik menjalani hidup.

Ads

Semoga Dia yang Hadir Dalam Hidupmu Bukan Hanya Membuatmu Senang, Tapi Juga Akan Membuatmu Tenang

Semoga dia yang datang kepadamu adalah seseorang yang mampu membawa kedamaian dalam hidup, ibadah, serta kekhusyu’anmu dalam meminta redha Allah.

Ads

Bukankah tujuan menikah itu adalah untuk menyempurnakan separuh agama? maka berdoalah semoga yang datang kelak adalah seseorang yang benar-benar akan membuat ibadahmu lebih khusyu’.

Dan mengharapkan semoga disaat kamu melakukan kesalahan atau melakukan kelalaian di atas perkara yang dituntut di dalam islam, dia tidak terus memarahi atau merendahkanmu, tapi mengajarimu dengan penuh rasa bertanggung jawab.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI