Allah menjadi perempuan sebagai pasangan bagi lelaki. Keduanya akan menikah dan melahirkan anak. Perempuan dan anak juga dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai penyejuk hati bagi lelaki, suami mahupun bapa.
Betapa bahagianya sebuah keluarga yang di dalamnya terdapat suami yang soleh dan amanah, isteri yang solehah, serta anak-anak yang taat dan berbakti.
Kebersamaan yang membahagiakan ini adalah hak semua insan. Siapa pun ia, dari mana pun bangsa atau sukunya. Teruslah berusaha dan berdoa, insya Allah, Allah s.w.t akan memakbulkannya.
Dengan doa di bawah ini, semoga siapa pun yang belum berjodoh segera didekatkan oleh Allah s.w.t dengan jodoh terbaiknya.
“Ya Allah, nikahkanlah aku dengan lelaki yang shalih yang menyejukkan hatiku (tenang dipandang) dan aku pun membahagiakan hatinya, wahai Dzat yang Mahaluhur dan mulia.”
Allaahumma innii uriidu an atazawwaja faqaddir lii minar-rijaali man hum a’affu wa ahfazhuhum lii fii nafsii wa maalii wa ausa’uhum rizqan wa a’zhamuhum barakatan wa qaddir lii waladan thayyiban taj’alu lahuu khalaqan shaalihan fii hayaatii wa mamaatii.
Ads
“Ya Allah, sungguh aku ingin menikah, maka tetapkanlah untukku lelaki yang sangat peduli untuk menjaga diriku dan hartaku, yang sangat luas rezekinya, yang besar keberkahannya. Dan tetapkanlah untukku anak yang baik yang Engkau jadikan sebagai pewaris yang baik dalam hidupku dan matiku.”
“Ya Allah, nikahkanlah aku dengan perempuan shalihah yang menyejukkan hatiku (tenang dipandang) dan aku pun membahagiakan hatinya, wahai Dzat yang Mahaluhur dan mulia.”
Allaahumma innii uriidu an atazawwaja faqaddir lii minan-nisaa’i man hunna a’affuhunna farjan wa ahfazhuhunna lii fii nafsihaa wa maalii wa ausa’uhunna rizqan wa a’zhamuhunna barakatan wa qaddir lii waladan thayyiban taj’alu lahuu khalaqan shaalihan fii hayaatii wa mamaatii.
“Ya Allah, sungguh aku ingin menikah, maka tetapkanlah untukku perempuan yang sangat menjaga kehormatannya, yang sangat menjaga dirinya untukku dan hartaku, yang sangat luas rezekinya, besar keberkahannya. Dan tetapkanlah untukku anak yang baik, yang Engkau jadikan sebagai pewaris yang baik dalam hidupku dan matiku.”
Kemudian, baik lelaki mahupun perempuan selanjutnya bolehlah membaca doa nabi Zakaria a.s berikut ini :
Rabbi laa tadzarnii fardan, wa anta khairul waaritsiin.
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya : “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak lengkap sebuah majlis perkahwinan tapi acara memotong kek. Pilihan kek yang tepat bakal membuatkan tetamu teruja dan meninggalkan kenangan yang terindah. Bagi pemilik @scrummycakedesign pakar dalam membuat kek kahwin mempunyai pengalaman yang luas dan kepakaran dalam bidang ini. Lihat sahaja kreativiti yang dihasilkan pada kek perkahwinan yang ditempah, semuanya dihias begitu indah dan mewah mengikut tema yang diingini oleh bakal pengantin.
Pesona Pengantin mendekati insan kreatif ini bagaimana bermula perniagaannya.
” Saya memulakan perniagaan secara tidak sengaja dengan membakar kek cawan untuk hari jadi anak. Sejak itu,saya jatuh cinta dengan proses ‘design’ ketika menghias kek. Mencuba pelbagai perisa dan hiasan pada permukaan kek membuatkan saya semakin bersemangat untuk menjadikan pembuatan kek ini sebagai satu cabang perniagaan. Bermula sejak 2011 secara serius sehinggalah sekarang,” ujarnya.
Keistimewaan
Agar tampil berbeza dan unik, seharusnya design yang dihasilkan sangat up-to-date dan sentiasa peka dengan perkembangan industri perkahwinan khususnya industri dekorasi kek di serata dunia contohnya dari Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Oleh itu bagi memantapkan skil yang ada dan dikembangkan dengan menghadirkan diri ke kelas-kelas dekorasi di dalam dan di luar negara. “Kami pakar dalam kek kahwin yang bertemakan “ringkas dan elegan’ dan juga sangat terkenal dengan hiasan lace dan Sugar Flower buatan tangan,” akuinya.
Idea sering datang tatkala membaca majalah sambil membuat rujukan mengenai rekaan terkini yang menepati cita rasa pelanggan. Dalam masa yang sama juga dia turut meneliti renda dari busana pengantin yang membuatkan lebih teruja untuk membuat dekorasi pada kek kahwin. Selain itu lukisan abstrak juga menjadi bahan rujukannya dan mampu memberi ilham untuk terus berkarya.
Cabaran
Akui pemilik, perniagan bukanlah satu perkara yang mudah yang boleh diambil remeh, pelbagai cabaran perlu dilalui yang paling mencabar untuk dirinya ialah pada detik permulaan memulakan perniagaan. Kekangan masa untuk menguruskan rumah tangga dan tempahan seolah-olah tidak menang tangan, hendak tolak terfikir pula rezeki tidak baik menolak rezeki. Saat itu dirinya menjadi one man show dalam menjayakan perniagaan ini. Tetapi setelah bekerja secara berpasukan, alhamdullilah kerja-kerja dapat diselesaikan dengan lebih efisien dan cermat. Sentiasa berpegang pada Tagline “Kalau tak cantik,buat sampai jadi cantik!
Nasihat
Buat mereka yang mahu serius dalam perniagaan, haruslah dilakukan dengan sebaiknya. Jangan bersikap hanya melepaskan batuk di tangga. Jangan mudah berputus asa walau apa sahaja cabaran yang datang melanda. Sememangnya persaing ramai di dalam industri. Sebagai peniaga, perlulah mempunyai sikap yang positif dalam persaingan. Jadikan ia satu cabaran untuk memperbaiki perniagaan itu dengan lebih baik dan terus maju jaya. Love what you do and let time take you to where you wanna go!
Ig: scrummycakedesign
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi anda yang mempunyai masalah buah pinggang yang memerlukan anda pergi ke klinik atau hospital setiap minggu untuk dialisis, anda harus membaca artikel ini, bagaimana untuk melakukan buah pinggang semulajadi dengan kos yang rendah.
Buah pinggang adalah organ yang sangat penting, kerja mereka adalah untuk menapis darah dengan menunaikan pelbagai bahan yang tidak lagi diperlukan seperti racun, garam dan bahan-bahan yang tidak diingini yang memasuki badan kita.
Sudah tentu, dari masa ke masa, akan ada timbunan garam dalam buah pinggang supaya ia boleh menyebabkan gangguan. Pada pesakit dengan sakit pinggul, fungsi di atas perut tidak boleh lagi dilakukan supaya normal untuk dibantu dengan alat khas yang disebut dialisis darah.
Ini cara sangat mahal tetapi ia juga berasa tidak selesa. Kini bagi anda yang sedang menjalani pemeriksaan dialisis setiap minggu, anda boleh menggunakan kaedah tradisional di bawah ini, bagaimana untuk mencuci darah secara semulajadi.
Cara-caranya :
1) Berus daun Saderi, Basuh sehingga bersih, kemudian potong potongan dan tambah kė dalam periuk, Tuang air bersih, kira-kira 1 liter, rebus selama 10 minit dan biarkan ia sejuk.
2) Ambil satu minuman setiap hari dan anda akan melihat semua garam dan racun lain yang keluar dari buah pinggang anda apabila anda buang air kecil.
Sumber: ViWanita
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini adalah sedikit nasihat buat wanita mahupun sesiapa sahaja yang berhadapan dengan masalah. Baik ubtuk anda yang sedang serabut hati nak mendirikan rumah tangga dan ditimpa masalah, cuba hadam dan amalkan jika berkaitan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!