Hakikatnya semua rumah tangga ada masalah cuma yang bezanya macam mana kita handle dan bawa sesuatu isu sampai kepada titik penyelesaian.
Begitulah untuk mempertahankan sebuah cinta suami isteri, nak lagi faham boleh renungkan padangan saudara Firdaus Shakirin ini.
Semua Rumah Tangga Ada Masalah
Rumah tangga ni, bila banyak isu yang tak ada penyelesaian bersama.
Maka, end up akan hilanglah persefahaman. Bohonglah kalau kata, kau tak faham pasangan, pasangan tak faham kau, tapi boleh pula hidup bersama beranak pinak bertahun-tahun.
Ads
Atas dasar “persefahaman” apa kita bentuk dan bina keluarga kita sebelum ni?
Bila ada isu antara kita dan pasangan, seorang nakkan pilihan A, yang seorang lagi nak pilihan B. Cuba berbincang, cuba lagi cari yang mana ada titik persamaan, akhirnya tak dapat-dapat.
Masing-masing ada alasan kenapa bertahan di sebalik pilihan masing-masing dan masing-masing juga menganggap yang pilihan itu terbaik untuk dirinya atau diri pasangannya.
Ads
Berbincang hanya menyebabkan perbalahan. Berbincang hanya mengeruhkan lagi keadaan sebab tak dapat titik dimana dua-dua boleh bagi persetujuan untuk satu penyelesaian.
Maka disini, “hilang persefahaman” bersama sebab ada isu yang gagal mencapai kata putus, win-win untuk keduanya.
Nak Bertahan Kena Berbincang
Ads
Sayang sebenarnya andai rumah tangga yang kita bina bertahun-tahun diakhiri dengan isu yang kita tak dapat cari penyelesaian.
Penyelesaian itu adakalanya perlu datang dari pihak yang mampu menerima sesuatu pandangan untuk hubungan itu berubah ke arah yang lebih baik lagi.
Setiap rumah tangga ada masalah, andai kita mampu selesaikan masalah bersama, maka rumah tangga itu mampu kekal lagi.
InsyaAllah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang anak perempuan juga mempunyai tanggungjawan yang besar selepas mereka bernikah. Bukan hanya menurut suami sahaja.
Ingat jika anda masih mempunyai ibu bapa maka mereka masih dalam tanggungjawab anda. Berikan apa yang anda mampu untuk membahagia mereka. Barulah rezeki masuk dan berkat!
1. Berbakti dan menghormati orang tua
Walaupun sudah berkahwin, anda tetap perlu menghormati ibu bapa anda.
2. Hulurkan bantuan kewangan
Sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk memberi keselesaan kepada ibu bapa.
3. Menjaga nama baik ibu bapa
Jaga nama baik dan maruah keluarga agar nama baik mereka terpelihara.
4. Jalinkan silaturrahim dengan orang tua
Berkahwin tidak bermakna anda lupakan mereka. Jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa anda.
5. Ada komunikasi yang baik
Elak tinggikan suara pada mereka. Jaga adab ketika bercakap dengan mereka. Gunakan nada yang baik.
6. Jangan bebankan ibu bapa
Jangan sesekali susahkan orang tua anda. Ringankan beban mereka dengan membantu apa yang patut.
7. Layan mereka dengan mesra
Teruskan memberi layanan yang mesra dan istimewa kepada mereka.
8. Bersabar dengan kekurangan mereka
Mereka tetap manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Jangan cepat menghukum!
9. Sentiasa mendoakan mereka
Jangan lupa sentiasa doa kesejahteraan mereka setiap kali selepas solat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meniti alam perkahwinan di usia yang muda mungkin banyak cabarannya. Tambahan lagi, status sebagai seorang pelajar yang mempunyai kekangan membahagikan masa untuk keluarga dan pelajaran.
Menurut pasangan yang berkahwin di usia yang masih hijau, Fatin Amirah Amirrazli, 23 dan pasangannya Muhammad Nor Suhardy Azreen Samsuddin, 24, kematangan, sifat sabar dan bertolak ansur harus dipegang dan dijadikan prinsip hidup agar perkahwinan di usia muda sentiasa utuh.
Fatin yang mendirikan rumah tangga pada usia 20 tahun manakala pasangannya ketika itu berusia 21 tahun membuktikan masjid yang dibina selama ini bahagia hingga ke hari ini. Hasil perkahwinan selama tiga tahun telah mengurniakan mereka dengan seorang cahaya mata yang menjadi permata hati dan penambah kekuatan untuk pasangan ini terus bahagia hingga ke akhir hayat.
Detik Perkenalan
Kami mula berkenalan melalui media sosial dan ketika itu kami berdua masih belajar. Aku di matrikulasi manakala Suhardy di Politeknik. Niat sekadar berkawan membawa hubungan kami semakin akrab dari sehari demi sehari. Pada Disember 2013, kami mengatur satu perjumpaan di pusat beli belah Kuala Lumpur untuk bertemu buat kali pertama.
Pertemuan pertama kali itu membawa hubungan persahabatan kami semakin akrab. Rasa sayang mula timbul dan terdetik rasa rindu saat kami berjauhan. Perkenalan selama 30 bulan menjentik hati kami untuk membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Ketika umur aku 21 tahun dan Suhardy 22 tahun, kami selamat diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri.
Saudara Menentang
Pertemuan Suhardy dengan keluargaku pada kali pertama agak formal. Setelah berbincang dengan cukup mendalam dan terperinci, ibu bapa aku memutuskan untuk menyatukan aku dengan Suhardy secepat mungkin.
Persetujuan di antara kedua-dua belah keluarga rupanya mencetuskan ketegangan yang tidak disangka. Ini kerana ada saudara-mara terdekat aku yang tidak bersetuju di atas perkahwinan aku dengan Suhardy. Mereka bimbang aku tidak dapat memberikan perhatian dalam pembelajaran sejurus aku berkahwin kelak.
Mereka mencadangkan agar kami menangguhkan perkahwinan ini. Disebabkan kedua orang tua aku sudah bersetuju serta yakin aku mampu bergelar isteri dan pelajar yang baik, perkahwinan kami diteruskan jua. Keluarga Suhardy juga merasakan perkara yang sama dan yakin bahawa Suhardy dapat menjadi suami yang bertanggungjawab walaupun usia kami masih muda.
Banyak Kelebihan
Aku bangga bergelar isteri pada usia muda, begitu juga Suhardy. Perkahwinan kami membuatkan kami matang dalam menguruskan kehidupan. Menjadi isteri dan ibu pada usia yang muda membuatkan aku rasa lebih bertanggungjawab kepada keluarga. Malah pemikiran kami juga lebih dewasa dan terbuka.
Isu kahwin muda dipandang negatif oleh segelintir masyarakat di Malaysia. Ramai yang menganggap berkahwin muda merupakan sesuatu perkara yang tidak wajar. Sedangkan jodoh dan ajal manusia itu telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Jadi, usia bukanlah ukuran kepada sesebuah kebahagiaan dalam perkahwinan.
Pilihlah pasangan yang tepat dan memahami anda dan keluarga. Sentiasalah mengutamakan keluarga terlebih dahulu dalam memilih pasangan agar perkahwinan berkekalan dan diberkati. Restu keluarga amat penting dan paling utama, tanya pada diri anda, adakah anda yakin dan mampu untuk menjadi isteri dan suami terbaik di usia yang muda. Pastikan juga anda mampu menggalas tanggungjawab.
WALAUPUN PERKAHWINAN NAMPAK INDAH, NAMUN DI SEBALIK PERKAHWINAN ITU BANYAK ONAK DAN DURI YANG PERLU DIHADAPI. PERSIAPAN TENTANG ILMU AGAMA, KEWANGAN DAN MENTAL AMAT PENTING SEBELUM BERGELAR PASANGAN SUAMI ISTERI. RASA CINTA, JUJUR DAN SABAR MERUPAKAN ANTARA SIFAT YANG HARUS DISEMAI DALAM DIRI UNTUK MEMBENTUK SEBUAH KELUARGA YANG BAHAGIA.
Foto : Koleksi Peribadi Fatin & Suhardy
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berikut adalah dzikir selepas solat fardhu yang thabit dari hadith-hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam:
Maksudnya: “Aku memohon keampunan ALLAH, aku memohon keampunan ALLAH, aku memohon keampunan ALLAH. Ya ALLAH, ENGKAU Pemberi Keselamatan, dan dariMU datangnya keselamatan, Maha Suci ENGKAU wahai TUHAN Yang Maha Agung dan Maha Mulia.”
(HR Muslim)
(2)
Maksudnya: “Tiada tuhan selain ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA. MilikNYA segala kerajaan dan milikNYA segala pujian. Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan kehendak ALLAH. Dan tidaklah kami mengabdikan diri kami melainkan hanya kepadaNYA. MilikNYA segala nikmat, milikNYA segala kelebihan dan milikNYA segala pujian yang baik. Tiada tuhan selain ALLAH, dalam keadaan ikhlas beribadah kepadaNYA, walau dibenci oleh orang-orang kafir.”
(HR Muslim)
(3)
Maksudnya: “Tiada tuhan selain ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA. MilikNYA segala kerajaan dan milikNYA segala pujian. Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu. Ya ALLAH, tiada yang dapat menghalang apa yang ENGKAU telah berikan. Dan tiada yang dapat memberikan apa yang ENGKAU telah halang. Dan tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan, dariMU lah segala kelebihan.”
(HR al-Bukhari & Muslim)
(4) Tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali:
Maksudnya: “Maha Suci ALLAH, Segala Pujian Milik ALLAH, ALLAH Maha Besar”
Kemudian baca ucapan berikut bagi mencukupkan yang ke-100:
Maksudnya: “Tiada tuhan selain ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA. MilikNYA segala kerajaan dan milikNYA segala pujian. Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu.”
(HR Muslim)
(5) Baca Ayat Al-Kursi:
Maksudnya: “ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNYA). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNYA melainkan dengan izinNYA. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu ALLAH melainkan apa yang ALLAH kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi ALLAH (ilmuNYA dan kekuasaanNYA) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada ALLAH menjaga serta memelihara keduanya. Dan DIA lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”(Surah al-Baqarah, 2:255)
(HR an-Nasa’i, disahihkan oleh al-Albani)
(6) Baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas:
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Surah al-Ikhlas, 112:1-4)
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.“ (Surah al-Falaq, 113: 1-5)
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.” (Surah an-Nas, 114: 1-6)
(HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani)
(7) Dibaca doa berikut selepas solat fardhu Subuh:
Maksudnya: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon dariMU akan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan-amalan yang diterima.”
(HR Ibnu Majah, disahihkan oleh al-Albani)
(8) Dibaca bacaan berikut sebanyak 10 kali selepas solat fardhu Maghrib dan Subuh:
Maksudnya: “Tiada tuhan selain ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA. MilikNYA segala kerajaan dan milikNYA segala pujian. Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu.“
(HR at-Tirmidzi, disahihkan oleh al-Albani)
(9) Baca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah selepas solat fardhu Maghrib:
Maksudnya: “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada ALLAH, dan Malaikat-malaikatNYA, dan Kitab-kitabNYA, dan Rasul-rasulNYA. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. “ (Surah al-Baqarah, 2:285)
Maksudnya: “ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah ENGKAU mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah ENGKAU bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah ENGKAU bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. ENGKAUlah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” (Surah al-Baqarah, 2:286)
(HR al-Bukhari & Muslim)
Semoga dapat sama-sama kita amalkan dan kongsikan dengan yang lain-lain, in shaa’ ALLAH.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...