Orang perempuan ni, memang macam inilah kan? Baik sangat. Cakap pasal baik ini, Ustaz Azhar Idrus ada cakap. Lelaki ini secara jujurnya lebih suka isteri yang baik berbanding isteri yang cantik. Sebab, kebahagiaan rumah tangga itu bukannya bila hari-hari dapat tengok isteri cantik.
Tapi kebahagiaan rumah tangga itu bila wujudnya rasa sakinah, mawaddah dan rahmah di antara suami isteri. Lagi ustaz cakap, cuba pergi Mahkamah Syariah. Kebanyakan yang bercerai semua yang cantik-cantik.
Maknanya apa? Maknanya kecantikan bukanlah kunci utama kebahagiaan rumah tangga. Bukanlah kecantikan tidak penting lansung, tapi nak tekankan ia bukan prioriti utama untuk kita bahagia. Berapa ramai yang cantik tapi menderita dalam rumah tangga. Bukan kecantikan yang menjadi kayu ukur kebahagiaan. Tapi suami lebih bahagia jika baik akhlak isterinya, hormat dirinya dan lembut tutur katanya.
Senaif-naif Isteri, Dia Tetap Boleh Tahu Kalau Suami Menipu
Oleh itu jadilah isteri yang baik. Buatlah sehabis baik terhadap pasangan kita seolah-olah dia akan mati meninggalkan kita esok hari.
Macam mana pula kalau kita dah doa dan dah jadi isteri terbaik untuk pasangan, tapi in the end suami tetap curang?
Redha. Sebab itu bila kita buat baik dengan pasangan, jangan mengharapkan balasan dari dia sebab dia pun manusia, tak pernah sempurna.
Dan kalau suami curang, jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhianati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya. Sebab hakikatnya hanya Allah yang berhak menilai semua kebaikan kita.
Ustaz Ebit Lew selalu cakap, kalau Allah datangkan ujian, sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita. Jangan pula tanya, apa kebaikannya? Tak nampak pun? Hati kita ini selalu dididik untuk nampak kebaikan itu dalam bentuk material dan duniawi saja . Kita lupa ada alam akhirat sana. Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti. Mungkin dengan asbab kesabaran kita, Allah tulis nama kita dalam senarai ahli-ahli Syurga. Siapa tahu?
Senaif-naif Isteri, Dia Tetap Boleh Tahu Kalau Suami Menipu
Lelaki yang curang bukanlah lelaki yang baik.
Dah tu, kenapa nak simpan lagi barang tak elok? Buat sakit dada, semak. Kita let go sajalah. Move onlah. Masa ini singkat sangat kalau nak berebut nak bergaduh soal manusia sebab kita tak tahu bila ajal kita untuk mati .
Kalau tak nak rasa sakit sangat, selalulah set mind yang suami kita itu bukanlah hak milik kekal kita. Allah hanya bagi pinjam untuk kita berkongsi kehidupan yang sementara. Untuk berapa lama? Hanya Allah yang tahu. Mungkin selama-lamanya atau mungkin tak lama lagi, Allah akan ambil balik pasangan kita atau mungkin jodohnya dengan orang lain pula kan.
Sakit itu memanglah sakit, tetapi Allah dah aturkan semuanya. Siapa kita untuk menolak? Tiada daya pun kita nak melawan takdir.
Untuk yang pernah dikecewakan, bersangka baiklah. Mungkin kita pernah meletakkan cinta kepada pasangan kita melebihi cinta kepada Allah. Ketahuilah sebenarnya Allah sangat cemburu jika kita meletakkan cinta manusia sebagai cinta paling agung.
Last but not least, contohi Dato Vida itu. Dah cerai tiga kali pun masih happy go lucky ketawa berdekah-dekah.
Sumber: Nadia Hazmi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI