Apa yang terlintas di fikiran korang bila disebut perkataan kemut? Stop! Jangan beritahu sesiapa. Cukup untuk diri sendiri sahaja ok. Tapi kemut yang kami nak kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan satu jenis senaman yang disaran untuk di amal oleh golongan wanita, senaman tersebut adalah senaman kemut ataupun senaman kegel.

Senaman kemut ataupun senaman kegel ini memberi manfaat kepada wanita seperti monyokong organ dalaman uterus dan pundi kencing ini membantu mengatasi masalah kencing tak lawas. Malah, menurut seorang jururawat yang membuat perkongsian mengenai senaman kemut ini, Lara Marina senaman kemut turut membantu wanita yang sudah berkahwin ketika bersama suami. Namun ujarnya, hanya segelintir sahaja wanita yang mengamalkan senaman kemut ini walaupun istilah tersebut biasa didengari. Beliau juga turut berkongsi langkah-langkah betul bagi wanita-wanita yang ingin mengamalkan senaman kemut tersebut.

Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.
Senaman Kemut Untuk Wanita Ada Masalah Tidak Lawas

SENAMAN KEMUT UNTUK ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS

Dah usia meningkat senja, mulalah ada masalah gagal dalam mengawal pengeluaran air kecil atau erti kata lain “Inkontinen Urin”. Bukan saja golongan tua, malah muda-mudi pun pun tak terlepas daripada masalah ini dan menjadi punca kencing tak lawas.

Sebab apa? Sebab salah satunya tak pernah dan jarang atau tidak selalu buat senaman kemut. Ramai yang hanya tahu sebut tentang senaman kemut tetapi tak tahu macamana cara yang betul mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Bukan susah pun nak buat senaman kemut. Boleh buat dalam keadaan duduk, berdiri, berbaring dan semasa melakukan aktiviti harian pun boleh! Senaman kemut dikenali juga sebagai senaman lantai pelvik dan senaman kegel’s.

Otot lantai pelvik kita adalah sekumpulan otot yang melintang di lantai pelvis, yang mana fungsi-fungsinya adalah untuk :

  1. Menyokong organ dalaman seperti uterus dan pundi kencing.

  2. Membantu kestabilan tulang pelvik.

  3. Menyumbang kepada aktiviti seksual.

  4. Mengukuhkan penutupan uretral semasa peningkatan tekanan dalam abdomen contoh batuk dan bersin.

  5. Senaman Kemut Untuk Wanita Ada Masalah Tidak Lawas

Jadi, nak kuatkan otot lantai pelvik supaya tiada masalah kencing tak lawas, kita mesti lakukan senaman lantai pelvik. Prosesnya akan berlaku pengenduran dan pengecutan otot-otot sekitar bahagian pelvik. Caranya :

  1. Duduk di dalam keadaan selesa. Bukakan kaki dan bongkokkan badan sedikit hadapan dan letak siku di atas lutut.

  2. Bayangkan anda nak buang air kecil tetapi tiada tandas di sekitar.

  3. Kemut otot-otot lantai pelvik anda.

  4. Tahan seberapa lama yang boleh. Jadikan 10 saat sebagai sasaran.

  5. Rehat 5 saat dan ulang lagi. Jadikan 10 kali sebagai sasaran.

Dalam kehidupan seharian pun anda boleh praktis senaman kemut.

  1. Duduk dengan kaki dibuka sedikit. Kemut otot lantai pelvik dan tahan 10 saat. Rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.

  2. Baring dengan kaki terbuka sedikit, kemut otot lantai pelvik, tahan 10 saat, rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.

  3. Berdiri dengan kaki dibuka sedikit. Kemut otot lantai pelvik dan tahan 10 saat. Rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.

  4. Kemut otot lantai pelvik semasa hendak mengangkat barang berat.

  5. Kemut otot lantai pelvik semasa senaman melompat.

  6. Kemut otot lantai pelvik semasa menaiki tangga.

KREDIT : Lara Marina Registered Nurse KKM

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI