Pernahkah anda mendengar tentang face yoga atau yoga wajah? Meskipun perkara ini kedengaran sedikit pelik, namun satu eksperimen yang dilakukan di Northwestern University di Chicago menemukan bahawa yoga wajah selama 30 minit dan dilakukan berterusan selama 20 minggu berturut-turut, mampu menjadikan wajah menjadi tiga tahun lebih muda.
Memiliki kulit awet muda merupakan impian semua orang. Pola hidup sehat dan rutin makanan yang sihat merupakan salah satu tip yang paling utama untuk anda mendapatkan kulit yang kelihatan awet muda, dan menjadi semakin cantik.
Dengan melakukan yoga secara rutin, ini akan meningkatkan hormon yang tetap membuat anda awet muda, sihat dan makin cantik. Dalam seminggu, yoga yang perlu dilakukan minima sebanyak 4 sampai 5 kali.
Double-chin
Bukan hanya menjadikan anda awet muda malah rutin melakukan yoga juga bermanfaat menurunkan risiko depression, meningkatkan fokus, membuat daya ingatan anda lebih tajam, perasaan lebih bahagia, postur tubuh lebih menarik, otot tubuh makin kuat serta keseimbangan juga kelenturan tubuh jadi makin menarik.
Para saintis percaya jika kita melakukan rutin olahraga yoga sejak usia 20an, di usia 50 hingga 60 tahun kita akan kelihatan seperti seseorang yang berusia 20 tahun. Yoga juga dipercaya boleh mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung dan obesiti.
So kat sini Kak Dela share dengan anda, 7 senaman yoga muka yang simple untuk anda lakukan di rumah.
Ads
1. Senaman kembungkan Pipi
Kembungkan kedua pipi anda dan geser udara di dalam mulut anda dari satu pipi ke pipi yang lain sebanyak 5 kali. Kemudian lepaskan udara sambil mulut anda membentuk “O” kecil. Ulangi latihan ini tiga-empat kali untuk menjaga pipi anda agar kekal tegang.
2. Jelirkan lidahkan anda keluar.
Ye betul. Jelirkan lidah anda keluar sejauh mungkin yang anda mampu dan tahan pose ini selama 60 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
3.Mendongak Melihat Siling
Ads
Dongakkan kepala anda dengan memuncungkan bibir anda seperti hendak mencium sesuatu. Tahan selama 5 saat dan ulangi sebanyak 5 kali. Untuk mendapatkan jawline yang lebih menonjol dan tulang pipi yang tinggi, anda juga boleh meletakkan lidah anda pada lelangit sambil mendongakkan kepala ke atas untuk meregangkan dan menguatkan otot-otot di leher anda. Nota: Kembali ke kedudukan asal setiap kali ingin meneruskan latihan.
4. Oh!
Jatuhkan rahang untuk membuka mulut anda, dan bentukkan “O” dengan bibir anda. Kekalkan kedudukan rahang anda sambil meluaskan bibir anda seperti anda akan tersenyum. Terus mengulangi bentuk “O” kecil dan “O” besar kira-kira 10 kali.
5. Fish Face
Ads
Senyum sambil merapikan bibir anda, kemudian buat wajah ikan dengan menghisap bahagian dalam pipi anda ke dalam jurang antara sisi gigi anda. Lakukan latihan ini lima kali untuk menegangkan dan membentuk bibir dan pipi anda.
6. Bye Bye Crow’s Feet!
Latihan ini berfungsi untuk mengurangkan garisan yang tidak diingini di mata anda, juga dikenali sebagai crow’s feet. Caranya dengan membuka mata anda luas-luas, seolah-olah sedang terkejut atau takut. Tarik kulit anda kebelakang semasa melakukan senaman ini dengan bantuan tangan anda.
7. Louis Armstrong “Satchmo”
Bengkokkan kepala anda ke sebelah kanan dan tahan selama beberapa saat untuk meregangkan otot-otot di leher anda dan kemudian ulangi di sebelah kiri. Anda juga boleh menggulung leher anda mengikut arah jam dan arah lawan arah jam (5 kali setiap satu) untuk menghilangkan dagu ganda itu.
Jika anda nak nampak berseri waktu majlis tunang, kena buat persediaan awal dan pastikan jangan buat saat akhir.
Mungkin nak buat ala kadar tetapi jangan sampai hilang seri, jadi jemput baca perkongsian saudari Mawar ini dan anda boleh cedok mana yang baik.
Tips 1:
Skincare Routine
Penjagaan kulit sangat penting untuk nampak muka berseri. Baru nampak smooth. Skincare routine ni kalau kita jaga confirm makeup dari awal sampai habis majlis cantik. Ini antara tips daripada MUA sendiri.
Tips 2:
Dapatkan Tidur yang Secukupnya
Tidur kena cukup supaya nanti bangun bangun pagi muka itu naik seri. Tak nampak penat. Bukan sehari sebelum ya tetapi kena cukup tidur a months before. Sebab sekiranya kita tak cukup tidur, muka kita akan nampak kusam/ tak bermaya/ jerawat pon mula buat tempat ‘perumahan’.
Tips 3:
Pemilihan Color Busana
Tak semua orang sesuai dengan semua color. Kalau salah pilih warna nanti tak naik serinya dan akan nampak tenggelam walaupun dah makeup. Jadi anda boleh refer table Mawar buat tu. Color apa yang sesuai.
Tips 4:
Pemilihan Makeup
Wajib survey MUA betul-betul. Tengok finishing makeup dia, maklum balas pelanggan dan barang apa yang dia pakai. Takut tak sesuai dengan kulit.
Hah, pastikan anda beritahu kondisi kulit anda macam mana. Tak ada lah nanti makeup itu kejap tahannya. Dan lagi satu, lebih baik pilih makeup look yang natural. Ini untuk elakkan wajah waktu jadi pengantin sehari nanti tenggelam.
Moga perkongsian ini membantu anda yang bakal menjadi tunangan orang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekuntum senyuman yang dilemparkan mampu untuk menceriakan kehidupan setiap hari. Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman sahaja anda mampu menceriakan hidup orang lain tanpa perlu mengeluarkan walau satu sen pun wang belanja.
Selain dapat membahagiakan orang lain, senyuman juga bagi diri anda wahai para jejaka memberikan pelbagai manfaat yang pelbagai untuk kesihatan. Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh. Jadi, jika anda ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga, berikan senyuman yang paling manis setiap hari. Bukankah senyuman itu juga satu sedekah?
Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka tetapi turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respon daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.
Bukan hanya Mona Lisa sahaja yang memiliki senyuman ‘maut’, senyuman seorang jejaka juga sebenarnya punya ‘bisa’ yang tersendiri. Berikut empat jenis senyuman jejaka yang membayangkan soal karakternya.
Senyuman Dengan Bibir Tertutup
Jejaka yang selalu tersenyum dengan bibir tertutup boleh jadi menyembunyikan sesuatu, mulai daripada bentuk gigi yang tidak sempurna, nafas berbau sehinggalah karakternya yang licik. Jika kita sudah cukup lama mengenalinya dan tidak ada perubahan pada senyumannya maka kemungkinan besar dia susuk jejaka yang sulit untuk didekati. Senyuman dengan bibir tertutup juga menandakan si jejaka sedang mengalami masalah yang enggan dikongsikan bersama. Jejaka dengan senyuman bibir tertutup juga seorang yang misteri dan kuat berahsia.
Senyuman Lebar Kelihatan Gigi
Si jejaka pemilik senyuman ini memiliki keyakinan diri yang sangat tinggi. Terlepas daripada kekurangan yang dimilikinya, dia susuk jejaka yang cukup realistik. Perhatikan juga sinar bahagia pada matanya untuk mengesan bahawa jejaka tersebut sangat selesa dengan apa yang dimilikinya. Lihat sahaja aktor-aktor Hollywood ketika melintasi karpet merah. Mereka tersenyum lebar dengan menampakkan gigi mereka. Ini menandakan mereka begitu bahagia dengan apa yang mereka miliki serta kehidupan peribadi secara keseluruhannya.
Senyuman Sekilas
Senyuman ini biasanya dimiliki oleh anak-anak kecil yang baharu pertama kali diperkenalkan dengan orang asing. Senyuman jenis ini kelihatan malu-malu sekali gus membuatkan empunya diri tidak tentu arah. Jejaka yang memiliki senyuman sekilas ini biasanya tergolong introvert dan agak sukar beradaptasi. Namun, seiring waktu jika sudah selesa dengan seseorang maka ia akan menunjukkan senyuman lebar yang tulus dan ikhlas.
Senyuman Palsu
Senyuman jenis ini biasanya senyuman lebar dan diikuti suara tawa, tapi kalau diperhatikan tidak menyentuh matanya. Senyuman ini sering ‘dipamerkan’ oleh jejaka yang sedang menyembunyikan sesuatu dan cenderung tidak setia. Perhatikan pula isyarat lain yang memperlihatkan kegugupan si jejaka yang sering hadir dengan senyuman palsu ini. Buat para wanita, berwaspadalah dengan jejaka dengan senyuman palsu ini! Mereka bukanlah calon pasangan yang setia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah orang, masih runsing tentang jodoh lambat, menunggu dan berharap akan hadir insan yang sudi menemaninya sampai ke hujung nyawa.
Namun begitulah, bukan mudah nak tepis kata-kata dan pandangan orang luar. Tetap ada yang menganggap kita jenis memilih atau mungkin tak usaha cari jodoh.
Jangan putus asa dan lalui lah kehidupan dengan bahagia cara sendiri. Dan lebih tenang jika membaca tulisan daripada saudara Syafiq Ridhwan ini, pasti akan tiba walau entah bila.
Tak Apa Jodoh Lambat
Untuk anda yang masih single, dan penghujung tahun telah tiba seperti tahun-tahun sebelumnya.
Masih di situ, keseorangan. Kerisauan. Gelisah. Masih bersedih menunggukan jodoh yang tak kunjung tiba walaupun pelbagai usaha telah dibuat.
Ketika mana orang mula bercakap-cakap dengan nada melemahkan. Ketika sesetengah orang mula bergurau senda berbaur sindiran.
Saat mereka merasakan, mungkin jodoh itu walau macam mana pun tak akan tiba sampai penghujung usia dalam hidup. Jangan risau kawan. Jangan sesekali risau.
Ada orang, Allah rezekikan semuanya dapat laju. Laju jumpa jodoh, laju sambung belajar, laju dapat anak, dapat kerja. Tapi ada orang semua itu seakan “lambat” buatnya. Ditangguhkan waktu bererti “disimpan” buatnya lebih baik.
Tuhan Maha Adil
Orang yang anda tunggu dalam perjalanan. Mungkin tak akan berjumpa hari ini. Mungkin juga bukan esok. Tapi ia pasti akan berlaku juga satu hari, walau lama macam mana sekalipun. Cuma membezakan kita dengan mereka, mereka jumpa dahulu tanggungjawab yang perlu dijaga. Kita berbeza masa sedikit sahaja.
Jaga hati, jaga iman, jaga segala-galanya dengan baik. Tuhan pasti menemukan anda dengan insan yang akan melengkapi kelemahan dan kelebihan hidup.
Dan satu hari kelak, boleh jadi cerita hidup anda akan bertukar. Dari seorang yang tiada apa-apa, keseorangan, penuh kesayuan dan kesedihan, anda akan bertemu dengan ramai orang. Semuanya orang yang baik-baik. Yang setiap satunya merupakan ujian.
Memahami Erti Keseorangan
Disebabkan anda dulu lebih memahami erti keseorangan, bila mana ada ramai yang datang dan mengambil berat walaupun sedikit, anda akan mudah untuk jatuh hati. Jatuh hati atas kebaikan budi perkerti, atas kecantikan paras rupa, atas jawatan dan pangkat yang ada, dan mungkin kerana mereka lebih berbeza sedikit berbanding orang-orang lain.
Pilih satu dan tetapkan hati untuk menjaga sampai Syurga.
Benar. Dalam dunia ini ramai orang yang baik. Tapi yang benar-benar baik untuk kita cuma satu.
Selebihnya yang datang adalah ujian. Buatlah pilihan yang tepat. Dengan izin tuhan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!