5 best places to experience fall in New York State (2)

Memiliki kulit awet muda merupakan impian semua orang. Pola hidup sehat dan rutin makanan yang sihat merupakan salah satu tips yang paling utama untuk anda mendapatkan kulit yang kelihatan awet muda, dan menjadi semakin cantik.

Akan tetapi, pernahkah anda mendengar tentang face yoga atau yoga wajah? Meskipun perkara ini kedengaran sedikit pelik, namun sebuah eksperimen yang dilakukan di Northwestern University di Chicago menemukan bahawa yoga wajah selama 30 minit dan dilakukan berterusan selama 20 minggu berturut-turut, dapat membuat wajah menjadi tiga tahun lebih muda.

Dengan melakukan yoga secara rutin, ini akan meningkatkan hormon yang tetap membuat anda awet muda, sihat dan makin cantik. Dalam seminggu, yoga yang perlu dilakukan minima sebanyak 4 sampai 5 kali.

Senaman Wajah Untuk Bakal Pengantin Kekal Awet Muda

Bukan hanya menjadikan anda awet muda malah rutin melakukan yoga juga bermanfaat menurunkan risiko depression, meningkatkan fokus, membuat daya ingatan anda lebih tajam, perasaan lebih bahagia, postur tubuh lebih menarik, otot tubuh makin kuat serta keseimbangan juga kelenturan tubuh jadi makin menarik.

Para saintis percaya jika kita melakukan rutin olahraga yoga sejak usia 20an, di usia 50 hingga 60 tahun kita akan kelihatan seperti seseorang yang berusia 20 tahun. Yoga juga dipercaya boleh mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung dan obesiti.

So kat sini Kak Dela share dengan anda, 7 senaman yoga muka yang simple untuk anda lakukan di rumah.

IKLAN
Senaman Wajah Untuk Bakal Pengantin Kekal Awet Muda

1. Senaman kembungkan Pipi

Kembungkan kedua pipi anda dan geser udara di dalam mulut anda dari satu pipi ke pipi yang lain sebanyak 5 kali. Kemudian lepaskan udara sambil mulut anda membentuk “O” kecil. Ulangi latihan ini tiga-empat kali untuk menjaga pipi anda agar kekal tegang.

2. Jelirkan lidahkan anda keluar.

Ye betul. Jelirkan lidah anda keluar sejauh mungkin yang anda mampu dan tahan pose ini selama 60 saat. Ulang sebanyak 3 kali.

IKLAN

3.Mendongak Melihat Ceiling

Dongakkan kepala anda dengan memuncungkan bibir anda seperti hendak mencium sesuatu. Tahan selama 5 saat dan ulangi sebanyak 5 kali. Untuk mendapatkan jawline yang lebih menonjol dan tulang pipi yang tinggi, anda juga boleh meletakkan lidah anda pada lelangit sambil mendongakkan kepala ke atas untuk meregangkan dan menguatkan otot-otot di leher anda. Nota: Kembali ke kedudukan asal setiap kali ingin meneruskan latihan.

4. Oh!

Jatuhkan rahang untuk membuka mulut anda, dan bentukkan “O” dengan bibir anda. Kekalkan kedudukan rahang anda sambil meluaskan bibir anda seperti anda akan tersenyum. Terus mengulangi bentuk “O” kecil dan “O” besar kira-kira 10 k

IKLAN

5. Fish Face

Senyum sambil merapikan bibir anda, kemudian buat wajah ikan dengan menghisap bahagian dalam pipi anda ke dalam jurang antara sisi gigi anda. Lakukan latihan ini lima kali untuk menegangkan dan membentuk bibir dan pipi anda.

Senaman Wajah Untuk Bakal Pengantin Kekal Awet Muda

6. Bye Bye Crow’s Feet!

Latihan ini berfungsi untuk mengurangkan garisan yang tidak diingini di mata anda, juga dikenali sebagai crow’s feet. Caranya dengan membuka mata anda luas-luas, seolah-olah sedang terkejut atau takut. Tarik kulit anda kebelakang semasa melakukan senaman ini dengan bantuan tangan anda.
7. Louis Armstrong “Satchmo”

Bengkokkan kepala anda ke sebelah kanan dan tahan selama beberapa saat untuk meregangkan otot-otot di leher anda dan kemudian ulangi di sebelah kiri. Anda juga boleh menggulung leher anda mengikut arah jam dan arah lawan arah jam (5 kali setiap satu) untuk menghilangkan dagu ganda itu.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI