sumber internet

Makan Netflix, Tidur Netflix… kiranya semua Netflix. Pasti bukan penulis seorang sahaja yang sebegini, pasti ada beberapa pembaca turut layan Netflix.
Orang sekarang ramai layan Netflix sebab di sana ada pelbagai cerita yang menarik serta menyeronokkan boleh ditonton seisi keluarga, sahabat malah seorang diri juga. Cumanya bila terlalu banyak program, kita akan jadi keliru mahu menonton yang mana. Nak mudahkan semua peminat Netflix, ini ada beberapa cerita admin ingin recommend yang langsung tidak membosankan malah anda boleh tonton sampai habis.

Sky Castle
Baiklah jujurnya penulis agak picky dalam memilih sesuatu cerita, walaupun ianya trending dan menjadi bualan hangat. Tapi lain pula berlaku pada drama Korea bertajuk Sky Castle. Ada sebab Sky Castle mencapai kutipan tertinggi dalam sejarah drama Korea kerana jalan cerita sangat segar, pemilihan pelakon kekal mantap langsung tidak hambar. Bayangkan episod pertama sahaja sudah memberikan elemen kejutan yang membuatkan anda tidak sabar mahu menonton kesudahan. Tabik spring untuk soundtrack yang sedikit sebanyak menghidupkan plot drama ini.

Modern Family
Selain Friends, ini satu lagi sitkom yang boleh penulis ikut dari musim pertama sehingga seterusnya. Jika anda mahu berjinak dalam bahasa Inggeris, this is for you! Dialog yang ringkas serta mudah difahami sangat berbaloi untuk anda pelajari. Bab lakonan juga tak perlu dipertikaikan kerana setiap karakter sangat hidup dan keserasian juga tampak semulajadi. Memang worth it!

Delhi Crime
Kenapa penulis suka Delhi Crime? Anda tahu skandal rogol berkumpulan melibatkan remaja perempuan dan lelaki dalam sebuah bas yang pernah kecoh di India suatu masa dahulu? Drama ini berdasarkan kisah tersebut. Walau permulaannya agak perlahan dengan sinematografi yang gelap tapi setiap babak berbaloi untuk ditonton dan berkait rapat. Bagaimana pihak polis, detektif dan orang awam berkerjasama mendapatkan bukti, sangat suspen dan keterlaluan. Dalam drama ini, anda langsung tidak nampak aktor yang kacak, cantik, pemandangan indah tapi yang ada hanyalah bandar New Delhi yang kotor, padat dan sesak dengan manusia.

Alias Grace
Sangat underrated tapi jalan cerita sangat genius, tak dijangka, suspen dan penuh tanda tanya, sehingga ke penghujungnya. Sampaikan kita tertanya “dia pembunuhnya ke”, “apa yang berlaku sebenarnya”, “dia ada masalah gangguan jiwa” dan bermacam lagi soalan bermain di minda yang menjadi tanda tanya yang tidak pengarah jelaskan. Satu lagi yang membuatkan penulis tak berganjak kerana pelakon utama menjayakan watak dengan sangat baik dan jelas – bonus dia sangat cantik, tak jemu dipandang. Anda kena tonton untuk tahu apa penulis maksudkan.

Bates Motel
Suspen, sensual, creepy, itu yang dapat digambarkan bila menonton siri Bates Motel. Vera Farmiga dan Freddie Highmore membawa watak ibu dan anak dengan sangat sempurna sekali, keserasian yang berkesan dan hidup cukup membuatkan penulis tak berganjak menontonnya. Drama mengisahkan Norman Bates dan ibunya berpindah jauh dan membuka sebuah motel yang diberi nama Bates Motel selepas insiden ngeri menimpa bapanya. Tetapi keadaan mental Norman yang tidak baik menjadikan hubungan ibu anak ini dilanda badai.

IKLAN

13 Reasons Why
Ya, drama kontroversi yang menjadi bualan ramai sebaik sahaja ditayangkan di Netflix. Mengetengahkan isu terkini seperti masalah buli dikalangan remaja sehingga membawa kepada perbuatan bunuh diri. Siri ini berkisarkan tentang kehidupan seorang pelajar sekolah tinggi, Clay Jensen dan rakannya Hannah Baker, yang telah membunuh diri selepas melalui siri keadaan yang tidak menyenangkan oleh beberapa individu di sekolahnya. Satu kotak yang dipenuhi dengan pita kaset yang dirakamkan oleh Hannah sebelum membunuh diri menceritakan 13 sebab mengapa dia menamatkan hayatnya.

The Crown
Drama yang bertemakan sejarah memang penulis cukup suka. The Crown salah satunya. Jalan cerita yang padat, sinematografi memukau mata, fesyen yang bergaya serta lakonan setiap aktor dan aktres patut dipuji. Siri ini benar-benar memberi gambaran terperinci tentang sejarah kerajaan Inggeris ketika era Ratu Elizabeth II, konflik di dalam kerajaan sendiri, konflik Elizabeth dan adiknya Margaret, konflik bersama suaminya Philips serta pelbagai lagi digarap cukup elegan. Menonton The Crown memberi penulis dua kelebihan, selain dapat menikmati siri drama berkualiti yang menghiburkan, penulis juga dapat mempelajari sejarah dengan cara yang menyeronokkan dan penuh pengisian.

Gilmore Girls: A Year in the Life
Siapa pengikut setia siri popular Gilmore Girls? Sebelum kedatangan Netflix, penulis terlebih dahulu sudah menonton siri di kaca televisyen sekitar awal 2000. Hubungan anak dan ibu antara Lorelai dan Rory Gilmore memang mencuit hati dan dekat di hati. Bila mereka bertelagah atas perkara kecil, penulis ikut sama emosi. Kini selepas bertahun lamanya, mereka muncul dengan sekuel Gilmore Girls: A Year in the Life yang menceritakan kehidupan Lorelai bersama Scott, Rory hidup terumbang-ambing dan menjadi kekasih gelap – ya sesuatu yang tidak dijangka dan tekanan melihat perkembangan wataknya serta banyak lagi yang berlaku di Stars Hollow.

Good Morning Call
Drama negara Jepun yang comel dan mencuit hati kerana gelagat watak utamanya, remaja perempuan sekolah menengah. Nao hidup bersendirian jauh daripada keluarga tetapi terpaksa berkongsi dengan rakan sebilik seorang lelaki yang menjelikkan. Mereka sangat membenci satu sama lain sehinggalah Nao sedari dia mempunyai perasaan aneh terhadap lelaki bernama Uehara tetapi lelaki tersebut menyukai kakak iparnya. Walau jalan cerita ringkas tetapi setiap babak ada sahaja momen kelakar yang cukup menghiburkan, memang best dan tak bosan.

IKLAN

Kingdom
Drama zombi tetapi berbezanya ialah latar masa ketika zaman Joseon. Episod satu sahaja Kingdom sudah memberikan impak kepada penonton, dengan kejutan kepada kewujudan makhluk aneh yang membuatkan kita tertanya-tanya, itu yang membuatkan penulis tidak berganjak. Plot drama ini kuat membentangkan elemen persahabatan serta hasad dengki yang membawa kepada dendam antara satu sama lain.

You
Melihat poster sahaja penulis sudah teruja kerana menampilkan Dan Humphrey dari Gossip Girl. Tapi siapa sangka dalam You, Penn Badgley tampil sisi berbeza sebagai lelaki psiko yang menakutkan, yang obses dan miliki kisah hitam. Jalan cerita You cukup gerun dan realistik, kita tidak sangka ada individu sebegini yang sanggup melakukan sapa sahaja demi memiliki ‘barang’ idamannya. Siri ini juga membuatkan kita lebih berhati-hati bila di media sosial.. siapa sangkakan!

Stranger Things
Siapa saja yang tidak menonton siri ini? Mengetengahkan latar masa era 80-an, siri ini menjadikan filem seram sci-fi 80-an sebagai rujukan, anda dapat lihat pengaruh dari karya John Carpenter, Steven Spielberg, dan juga Stephen King. Selain jalan cerita mantap, yang penulis suka adalah setiap pelakon memainkan watak dengan penuh kesungguhan, cara mereka berinteraksi menunjukkan keserasian semulajadi baik pelakon senior mahupun junior. Watak-wataknya sangat asli, relatable, kelakar dan mantap, tiada satu yang membosankan. Tampil dengan musim ketiga, siapa yang masih belum menontonnya, anda kena tonton!

Selain itu, gadis ini turut berkongsi senarai cerita best yang boleh ditonton sepanjang 2 minggu ini.

IKLAN

Senarai Cerita Best Di Netflix Yang Boleh Ditonton Bersama Pasangan
.

Senarai Cerita Best Di Netflix Yang Boleh Ditonton Bersama Pasangan
.

Senarai Cerita Best Di Netflix Yang Boleh Ditonton Bersama Pasangan
.

Senarai Cerita Best Di Netflix Yang Boleh Ditonton Bersama Pasangan
.

Senarai Cerita Best Di Netflix Yang Boleh Ditonton Bersama Pasangan
.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI